Rabu, Ogos 05, 2020

Patutlah mereka dipilih sebagai LO...

Assalamualaikum dan apa kabar semua? LO adalah Liaison Officer, yang berfungsi untuk memudah urusan individu yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Beberapa bulan lepas aku ada cerita pasal pemilihan Mr.Y sebagai LO. 

Kisahnya dalam perjalanan ke Kuantan hujung minggu lepas, Mr.Y ajak jumpa dan bersilaturahmi dengan salah seorang kawan LO dia. Kami isteri dan anak-anak sebagai penumpang kena ikut je lah kemana pemandu bawa. Masuklah kami semua ke pekan bentong, sambil tunggu kawan Mr.Y (kita gelar dia Mr.F lah), kami pesan makanan dekat restoran tawakal. Anak-anak suka sangat lah kan dapat makan dekat kedai..Tengah makan datang kawan Mr.Y.



Gaya dan penampilan kemas dan menyenangkan. Biarlah mereka berborak...aku ada misi masa itu, nak cari selipar dekat kedai-kedai runcit yang ada sebelah-sebelah restoran. (selipar aku putus dalam kereta dan aku tak bawa selipar lebih). Selesai semua urusan maka kita nak berpisah lah kan... 

DIsinilah kisah berlaku....kereta tak boleh nak start... Nasib baik Uzayr tidur... Mr.F pula setia menanti untuk membantu apa yang boleh dan yang menyenangkan bahasa serta percakapan tidak membuat kita cuak atau cemas. Penting untuk orang sekeliling tenang supaya orang yang hadapi masalah tidak terkesan dengan tekanan masalah terutama kalau ada anak kecil.

Adakala kereta mampus atau tak dapat start, orang yang berdekatan akan membuat kita lebih cemas. Manusia macam ini kalau boleh kita nak elak jumpa bila berlaku masalah, mereka bukan membantu tetapi buat kita lagi serabut. 

Alhamdulillah selepas beberapa ketika, kereta dapat hidup dan kami selamat sampai ke kuantan.

Salah satu ciri yang perlu ada pada seorang LO adalah untuk sentiasa tenang dalam menghadapi masalah dan tidak menambah kegusaran orang yang diiringi. Maka aku rasa patutlah mereka dipilih sebagai LO kerana tak semua orang ada ciri tersebut. 

File PSD kepada File PDF -ZamZar online file conversion

Assalamualaikum....nak share satu web yang bagus untuk kita tukar file dari satu jenis kepada jenis yang lain. Aku buat design menggunakan Adobe Photoshop...bila buat design guna photoshop kita akan save file dalam bentuk PSD dan Jpeg. Kadang-kadang dalam bentuk adobe illustrator...jika itu permintaan pelanggan. Petang semalam kita dapat permintaan nak file dalam bentuk PSD dan PDF. Seingat aku pernah save file design dekat photoshop dalam bentuk PDF. Entah apa masalah tadi,bila nak save dalam bentuk PDF, keluar memo, "program error". Cuba dua tiga kali tak berjaya. Maka cuba cari ada tak program.yang boleh tukar PSD kepada PDF. Kalau nak tukar word ke PDF itu banyak sahaja.

Ada rupanya web yang buat perkhidmatan tukar file online. Aku dah test zamzar ni..not bad...banyak juga pilihan fail yang dia boleh convert. 


Ini link dia https://www.zamzar.com/convert/psd-to-pdf/

Itu sahaja perkongsian kali ini....



Selasa, Julai 28, 2020

Apa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

Bukan suatu yang pelik jika sisuami menghadiahkan sesuatu buat isteri. Tapi adakala hadiah yang diberikan bukan pilihan si isteri, bila ini terjadi, selalunya hadiah itu akan tersimpan menjadi khazanah almari atau rak-rak dirumah.

Nasihat aku buat suami-suami diluar sana, jika nak hadiah sesuatu buat isteri,berilah apa yang akan si isteri pakai. Perempuan ada satu sifat yang aku sendiri tak pandai nak jelaskan (aku pun alami, sebab itu awal-awal kawin aku dah bagitahu hadiahkan aku dengan barang yang akan aku guna bukan sekadar suka). Perempuan tidak semestinya guna apa yang dia suka..contahnya, dia suka tengok baju itu, dia suka tengok orang pakai baju itu, dia rasa nak ada dan pakai baju itu tapi bila dah ada, dia tak pakai pun baju itu. Alasan, corak.baju tak sesuailah,badan dia tak nampak cantik lah kalau  pakai baju tu. Sudahnya rugi duit en.suami beli tapi tak guna.

Berikut adalah beberapa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

  • Emas dan perhiasan diri~beritahu aku berapa ramai yang tak suka emas dan perhiasan diri, hampir kesemua perempuan suka. Tapi suami kena perhatikan, adakah isteri sentiasa ada perhiasan itu di badan atau tidak terutama jika keluar rumah atau hadiri apa-apa majlis. Jika ada, anda boleh beli. Jika tiada, cari keperluan yang lain kerana isteri anda bukan jenis memakai.
  • Barang dapur~ini hakikat semua mak-mak suka. Perhatikan apa minat isteri ketika di dapur, maksudnya apa yang selalu dia guna dan menu masakan yang selalu dia buat. Maka tuan-tuan boleh adakan gadjet dapur yang tak ada seperti periuk noxxa, airfryer, air coway atau cookco tak pun mixer.
  • Tiket percutian - tak perlu yang mahal, dapat lari dari rutin harian sehari dua pun sudah cukup bermakna buat isteri. Jika selalu isteri masak dan tidur dirumah, apakata setahun sekali bawa dia berkhemah tepi sungai. Aku ada kenal seorang kakak ini, dia bukan kaki pancing dan ada anak dua. Laki dia pula adalah kaki pancing, oleh kerana bosan duduk dirumah, dia setuju ajakan suami untuk berkhemah tepi sungai bersama kawan pancing laki dia. Pasang khemah sendiri, bawa makanan untuk camping macam zaman-zaman sekolah...walaupun dia merungut banyak nyamuk, sejuk dan macam-macam...tapi di penghujung dia kata best sebab dapat keluar dari rutin harian dan merasai sedikit cabaran mrnyediakan menu makanan buat anak-anak. Maka sebebarnya bawa isteri balik kampung pun dah buat dia lari dari rutin harian yang sama.
  • Ilmu~ramai yang tak tahu bagaimana nak beri hadiah berbentuk ilmu kepada isteri. Kebanyakkan yang terbayang bila kata bagi hadiah ilmu, mereka bayangkan buku. Bagi yang tak ada anak kecil, sesuai lah nak beri buku pada aku. Tapi jika yang ada anak kecil, nak urus diri pun mereka tak tenang apa lagi nak duduk membaca dengan tenang. Apa kata hadiahkan mereka dengan kelas-kelas atas talian aja sekarang....sambil buat kerja rumah mereka boleh dengar kelas-kelas menambah pendapatan, menambah menu masakan di dapur dan ilmu parenting. Kelas-kelas ini seeloknya berbayar lah, baru lah isteri nampak suami berusaha membantu isteri upgrade diri walaupun duduk rumah.
  • Masa untuk minat si isteri~cakap sahaja dekat isteri..."hari ini awak lakukan apa yang awak nak diluar rumah, abang urus anak-anak dirumah." Atau pun join minat isteri, seperti jika isteri suka buat kerja amal rumah anak yatim atau orang tua, ikut sekali. Jangan suruh isteri lakukan apa yang dia minat itu dirumah kerana dia akan ketepikan minat dia sebaliknya akan selesaikan urusan rumah yang belum selesai.Kerja dekat rumah tidak akan pernah habis terutama jika masih ada anak kecil.

  • Tanya isteri apa yang diperlukan bagi memudahkan urusan kerja rumah. Kadang-kadang suami nampak isteri susah nak masak, maka dibeli pelbagai gadjet hakikat isteri bila tanya apa yabg mementkannya. dia menjawab merasa letih nak angkat jemur kain baju...setiap kali nak sidai baju kena pakai pakaian menutup aurat, cuaca pula tak menentu...maka sidai angkat sidai angkat..banyak masa habis untuk itu sahaja... Nah...hadiahkan pengering baju ye tuan-tuan. 
Apa yang penting untuk isteri bukan nilai Ringgit hadiah tersebut tapi keikhlasan suami dalam menghargai pengorbanan isteri.

Rahsia Sell Online Reloaded -25/7/2020

Assalamualaikum.... selamat pagi..hari ini nak kongsikan ilmu apa yang diperolehi sewaktu join kelas Funnelevo, Rahsia Sell Online Reloaded.

Kelasm mula jam 9pagi sehingga 5petang. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku betul-betul join kelas online. Sebelum ini Mr.Y sahaja yang rajin join kelas-kelas or seminar ini. Jika sebelum PKP kita hadiri kelas dengan pergi ke venue-vanue yang ditetapkan..tapi kali ini kita join melalui internet. Alhamdulillah memudahkan kerja mak sebagai ibu (Mr.Y yang banyak ambil alih kerja hari tu).



Pada pendapat aku, banyak ilmu yang diperolehi antaranya:

  • Sesuatua yang tidak logik pada pandangan kita, mungkin logik pada pandangan seorang guru. Maka itu, jika guru menyuruh untuk melakukan apa-apa, kita sebagai murid, jangan membantah...sebaliknya cuba sebaikbya untuk laksanakan.
  • Buat apa yang Allah suka...Allah akan berikan apa yang kita nak.
  • Trafik tinggi, maka mata yang memandang lebih ramai. lagi ramai yang tahu tentang perniagaan kita,lagi tinggi jualan akan kita lakukan. Ini macam kita naikkan trafik blog lah.
  • Perkara utama dalam meningkatkan jualan atas talian adalah database dan trafik. Apabila kita ada database yang besar, kita boleh wujudkan trafik yang pesat melalui database tersebut.
Maka aku ambil keputusan nak mula mengumpul database. Sejak 2011 niaga online tapi buat database on off...tak istiqamahnya aku. Ya Allah kurniakan sifat istiqamah dalam diri nor aini. 

Itu sahaja perkongsian kali ini.

Isnin, Julai 20, 2020

Daftar bil TNB baru di rumah Subsale

Assalamualaikum... sebelum ini aku ada cerita macam mana surirumah belajar beli rumah subsale kan. Kali ini aku nak kongsi macam mana nak tukar nama dekat bil TNB rumah yang kita baru beli itu. Tak kan kita nak selamanya bil TNB keluar nama tuan rumah lama kan.  Sekarang mudah sangat nak daftar bil TNB baru di rumah subsale, ikuti langkah berikut..

Bahan bahannya
1) IC owner Baru
2) SNP muka tertera nama owner Baru Dan alamat rumah

Seterusnya buka mytnb portal dan pergi ke Change of Tenancy.(Boleh juga buat untuk setiap penyewa baru rumah dan rumah baru)

Bila isi borang Change of Tenancy,dan tunggu emel dari MyTNB untuk demand letter.Dalam demand letter tu dia akan minta bayaran deposit meter,duti setem dan change meter.So aku rasa macam terima demam letter 😆 deposit bil Rm500.


Selesai bayar di kiosk kedai tenaga dan dalam 48jam akan terima emel anda berjaya buka akaun baru myTNB.

Aku download myTNB apps di PlayStore dan cari nama pemilik dan alamat rumah untuk masuk akaun.

Siap semua dalam tempoh seminggu.
Ini link cara daftar akaun baru di MyTNB portal.