Kisahnya dalam perjalanan ke Kuantan hujung minggu lepas, Mr.Y ajak jumpa dan bersilaturahmi dengan salah seorang kawan LO dia. Kami isteri dan anak-anak sebagai penumpang kena ikut je lah kemana pemandu bawa. Masuklah kami semua ke pekan bentong, sambil tunggu kawan Mr.Y (kita gelar dia Mr.F lah), kami pesan makanan dekat restoran tawakal. Anak-anak suka sangat lah kan dapat makan dekat kedai..Tengah makan datang kawan Mr.Y.
Gaya dan penampilan kemas dan menyenangkan. Biarlah mereka berborak...aku ada misi masa itu, nak cari selipar dekat kedai-kedai runcit yang ada sebelah-sebelah restoran. (selipar aku putus dalam kereta dan aku tak bawa selipar lebih). Selesai semua urusan maka kita nak berpisah lah kan...
DIsinilah kisah berlaku....kereta tak boleh nak start... Nasib baik Uzayr tidur... Mr.F pula setia menanti untuk membantu apa yang boleh dan yang menyenangkan bahasa serta percakapan tidak membuat kita cuak atau cemas. Penting untuk orang sekeliling tenang supaya orang yang hadapi masalah tidak terkesan dengan tekanan masalah terutama kalau ada anak kecil.
Adakala kereta mampus atau tak dapat start, orang yang berdekatan akan membuat kita lebih cemas. Manusia macam ini kalau boleh kita nak elak jumpa bila berlaku masalah, mereka bukan membantu tetapi buat kita lagi serabut.
Alhamdulillah selepas beberapa ketika, kereta dapat hidup dan kami selamat sampai ke kuantan.
Salah satu ciri yang perlu ada pada seorang LO adalah untuk sentiasa tenang dalam menghadapi masalah dan tidak menambah kegusaran orang yang diiringi. Maka aku rasa patutlah mereka dipilih sebagai LO kerana tak semua orang ada ciri tersebut.
Owhh
BalasPadamingatkan Local Order
ciri2 yg bagu dan patut kita pupuk ni
BalasPadam