Assalamualaikum. Kira-kira beberapa bulan kebelakang ini aku dalam kategori mengikuti perkembangan kisah turki ini. Sebenarnya setelah sekian lama aku tak terpengaruh emosi meononton drama, drama ini yang mampu buat air mata bergenang terutama apabila melibatkan hubunbgan kekeluargaan.
Kisah yang penuh dengan cabaran hidup. Apa yang best cerita ini adalah dia tak banyak bercakap pasal percintaan dan kekuatan ikatan kekeluargaan. Cerita ini juga mengambarkan kehidupan masyarakat turki dalam penghayatan agama islam. Ada yang akidah amat kukuh, manakala ada yang sanggup ketepikan amalan islam hanya untuk dunia. Aku bayangkan si klic daghan itu, seperti kamal atartur apabila dia melarang isteri serta anak solat dalam rumah. Tak ada ibadah yang boleh dilakukan dalam rumah dia. Apa Kah!!!
selalu aku akan cari online tapi cerita ini payah giler nak cari online yang ada subtitle english. Maka dengan sabar aku menanti setiap petang isnin hingga khamis jam 4 petang untuk tengok.
Beyaz masa kecil comel, dah besar pun comel ditambah dengan perangai gila-gila dia. Walaupun macam tu hubungan abang adik antara ferhat dan ayas macam tak kena time bergurau. macam janggal tak seperti bila dorg kacau beyaz.
Ok, itu sahaja pendapat aku pasal cerita turki ini.
Jumaat, Ogos 09, 2019
Khamis, Ogos 08, 2019
Blogger Challege: Day 11~ A difficult time in your life.
Masa paling sukar dalam hidup....? apa ek? ok rasanya belum betul-betul menghadapi masa paling sukar dalam hidup. Masa sukar itu ada tapi rasanya belum sampai tahap terlalu sukar.
Setakat ini yang paling sukar adalah sakit gigi saat mengandung kot. Ko dah trimester ke-3 tetiba gigi geraham sakit yang amat, makan masa berminggu-minggu. Sudahnya pergi klinik gigi cabut dengan risiko tanggung sendiri.
Utusan Cinta Buat Adam-Minggu Akhir
Assalamualaikum dan selamat pagi, mesti ramai yang menonton drama Utusan Cinta Buat Adam kan. Kira minggu ni kisah yang paling dinantikan. Ok aku pada awal tak layan sangat cerita ini. Tapi since last week bila dah melibatkan ilmu hitam secara tak sengaja aku terjoin sama. Syukur jugak aku tak terpengaruh dari awal. Membazir waktu magrib kalau mula dari awal.
Sebenarnya drama ini adalah adaptasi dari novel karya myra ameer. Review pasal novel ini semua best-best. Oleh kerana aku pun tak baca lagi novel dia aku tak boleh nak cerita atau review lebih lebih.
Apa yang aku nanti dalam episod hari ini dan esok adalah,
- Siapa selamatkan yana daripada menjadi mangsa tok itam?
- Bagaimana reaksi tok wan bila tahu kena tipu dengan yana
- Pulih kembali ke tak si aireen tu
- Adakah dura kembali sedar diri dan tak terhengih2 nak ke adam
- Apa jadi dengan tok itam
Yang aku boldkan itu paling nak tahu. hehehehe...so jomlah kita sama2 khatam drama ini. 2 hari je lagi.
j
Selasa, Ogos 06, 2019
Keluarga dan kopi
Seperti biasa sabtu minggu lepas kami ambik stok kopi yang agak banyak iaitu 6 mesin sekali gus. sebenarnya 2 mesin telah berpunya manakala 4 lagi adalah sebagai stok untuk pelanggan yang tetiba nak.
Anak-anak suka datang stokis Faliyana Mom Store. Mak dia pun suka. Macam -macam barang ibu anak ada sini. Kali ini kakak-kakak dapat cekak rambut. |
Tak muat tangan Mr.Y bawak mesin. 2 kali naik ok. |
Ke-esok hari akad, kami ada kenduri. Ikut aku malas nak pergi sebab Uzayr selsema, tapi Mr.Y kata jom ikut sekali, lepas pergi kenduri pergi kedai spek. Mak nak buat spek maka aku join lah. Tapi sampai kenduri, ada saudara call bagitahu nak datang rumah. Maka rancangan nak buat spek tak jadi, kita balik dan layan tetamu. Betul setiap tetamu yang datang, ada rezeki bersama nya. Rumah yang di kunjungi tetamu, insyalah murah rezeki.
Saudara dari melaka datang, kami jamu dengan kopi dan teh arissto. Terus berminat nak ambik. Sebenarnya mereka memang peminat kopi. Selepas itu mereka boleh berborak pasal kopi. |
Isnin, Ogos 05, 2019
Gembiranya hati isteri apabila suami beri lampu hijau.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Dua minggu lepas kami ambik 3 mesin kopi untuk kawan pejabat Mr.Y, tapi malam sabtu my yayang whatsapp seperti dibawah
Maka apa lagi..ahad kita terus buat penghantaran. Anak-anak semua di bawa bersama. Apa yang istemewa kali ini adalah demo mesin aku dibantu oleh barista cilik Hana Khadijah. Selalu aku demo dengan Mr.Y atau Mr.Y seorang je yang demo.
muka en.husband kepada my yunk yang happy dapat happykan isteri. |
Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
#hantukopi
#MesinKopiPremium
Langgan:
Catatan (Atom)