Selasa, November 01, 2011

POCKET LANDSCAPE LAYFLAT HARDCOVER for RM50 only!!!


Sekarang telah hampir ke penghujung 2011...maka bermula lah pesta cuti sekolah dan beberapa perayaan seperti aidiladha, awal muharam dan krismas....Apa kata ambik gambar banyak-banyak dan lakarkan dalam bentuk Layflat hardcover photobook....

Promosi POCKET LANDSCAPE LAYFLAT HARDCOVER 5" x 7" ....20 pages with gloss laminated pages and cover...hanya RM50 tidak termasuk kos penghantaran. Promosi ini berlarutan sehingga hujung tahun....

Amat cantik di buat untuk baby yang baru lahir dan kanak-kanak. Saiz yang kecil, mudah untuk dibawa kemana-mana. Jika yang bercadang untuk merantau pada tahun hadapan, boleh lah abadikan gambar keluarga dalam bentuk POCKET LANDSCAPE LAYFLAT HARDCOVER ini...ye la, senang nak bawak....masuk pocket je pun....

Isnin, Oktober 31, 2011

PhotoBook Design

Untuk mengabdikan sebuah memori, kita sering merakamkan ia dalam bentuk gambar. Jika kamera dulu menggunakan gulungan filem sebagai perekod setiap gambar yang di ambil. Tetapi kini semua gambar di rakam dalam bentuk digital sama ada menggunakan handfon, kamera atau pelbagai gadget-gadget lain.

Jika dulu selepas gambar di ambil, kita akan cuci ia untuk melihat hasilnya, tetapi kini hasil nya tak perlu dicuci..terus di lihat atau di pindah ke komputer..maka dapat lah kita lihat ia dengan lebih besar dan jelas. Apa pun kita perlu ingat, bahan dalam bentuk digital ini akan rosak atau hilang juga...bayangkan jika rumah di rompak..pasti handfon or laptop akan hilang....mana nak cari balik gambar2 yang kita simpan di dalamnya. Maka cara penyimpanan kenangan zaman dahulu itu lebih selama. Tak ada sapa nak ambik album gambar kita. Yang bezanya dulu kita cuci sekeping2....apa kata sekarang kita gabungkan gambar2 itu dan jadikan ia dalam bentuk photobook.

Naimy art mula design photobook perkahwinan sebagai langkah permulaan. Seterusnya mengorak langkah lebih jauh dengan melakukan design bagi keluarga dan persahabatan. Terdapat pelbagai jenis photo book yang ditawarkan di pasaran, setakat ini naimy art telah melakukan design photobook bagi deboss hardcover, softcover, layflat hardcover dan fullwrap hardcover photobook.  Maka berikut adalah beberapa contoh cover yang telah di buat oleh naimy art...Jika ada permintaan lain boleh lah dirunding lagi....

cover 1

cover 2

cover 3

cover 4

cover 5

cover 6

cover 7

cover 8

Colour PhotoMug Design

Berikut adalah sebahagian design template photomug yang telah disiapkan oleh Naimy Art. Kebanyakkan photo mug ini adalah untuk di simpan sebagai kenangan dan sebagai cenderahati buat sahabat handai. Selain itu Naimy Art turut melakukan design photo mug sebagai  penghargaan buat pelanggan takaful ikhlas di bawah kelolaan agen Mohd Yaman Idris. 

Keluarga Adam sewaktu sambutan Aidilfitri 2011. Rekaan menggunakan konsep kekeluargaan sebagai kenangan sambutan aidilfitri pertama dengan puteri ke-2, shuada mardiha.
Kenangan keluarga di majlis perkahwinan cousin paling sporting. 
Ini lah keluarga baru yang semakin membesar. Sebanyak 3mug di sediakan bagi design ini. 3 mug mewakili 3 family kecil.
Design of friendship....khas buat sahabat yang bakal meraikan ulang tahun .  Corak dan tema adalah pilihan pelanggan. 
Salah satu design bagi pelanggan takaful ikhlas. 
Design of nostalgic. Khas buat sahabat yang istemewa.

*p/s: corak dan tema bagi setiap rekaan adalah mengikut kehendak pelanggan.
Jika berminat boleh hubungi saya di naimyamani@gmail.com
  

Salam baitullah 2011


Ini adalah sebuah rancang tentang pejalan-pejalan haji, merangkap tetamu Allah pada tahun ini. Rancangan nie ada setiap malam jam 9 selama 1jam di tv1bermula 23/10/2011 selama 20hari..…*Cuma malam ada perlawanan akhir piala Malaysia (29/10/2011) je tak da rancangan nie, penat aku tunggu…yg kuar bola lak..x apa lah*

Apa yang aku suka tentang rancangan nie adalah…pengajaran yang ada serta isu-isu yang sering di hadapi oleh jemaah haji…stakat ini yang topic yang paling aku suka adalah air mata kaabah dan di sebalik batu.

Air mata kaabah ada banyak jenia, air mata kagum, air mata sedih, air mata gembira dan air mata kerdil serta pelbagai lagi. Segala air mata ini berbeza antara hamba. Setiap hamba yang ada jiwa yang halus akan mengalirkan air mata apabila melihat kaabah buat pertama kali nya.  Kegembiraan bagi hamba yang impian melihat kaabah terlaksana, ketakutan bagi hamba yang mengenang dosa-dosa silam. Apakah terampun segala dosa lalu. Apakah makin bertambah keimanan kita. Apa sahaja kembali kepada diri sendiri.

Disebalik batu pulak tentang kaabah itu sendiri. Topik ini menarik tentang amalah bidaah jemaah haji. Tak ada guna kita memeluk kaabah itu. Tapi hayati lah kisah di sebalik pembinaannya. Renungi lah semangat di sebalik kaabah. Tempat tujuan seluruh umat islam di dunia.

Harapan diri agar tak telepas mana-mana topic dalam rancangan ini. Kerana ia begitu menyentuh hati. Makin lama tengok rancangan ini makin kuat rasa nak pegi Haji…insyalah suatu hari nant.

Teringat satu ungkapan dalam sebuah cerpen “ Jangan kira rezeki Allah dengan mesin kira manusia. Allah mempunyai mesin yang jauh lebih canggih. Tugas kita adalah berikthiar dan menyimpan duit. Kemudia Allah tentu melengkapkannya”

Minggu ke-19


Alhamdulillah…kini ia telah hamper memasuki usia 19 minggu…kira dah dipertengah jalan lah…Ini yang berlaku pada diri ini:
Bahagian atas uterus anda sudah mencecah pusat & uterus akan membesar lebih kurang satu sentimeter per minggu. Ukuran fetus sekitar 6 inci / 15 sentimeter panjang dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 9 auns / 240 gram. 

Fetus sudah mula menelan cecair amnion dan ginjalnya terus mengeluarkan kencing. Patut aku kencing banyak sekarang. Tengah malam pun rasa nak buang air lagi. Rambut atas kepala sudah mula tumbuh. Perkembangan deria memuncak pada minggu ini. Sel-sel saraf yang bekerja untuk setiap deria - rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh - sedang berkembang di ruang-ruang khusus di dalam otak. Penghasilan sel-sel saraf menjadi lebih perlahan apabila sel-sel saraf yang sedia ada menjadi besar dan membuat hubungan-hubungan yang lebih kompleks. Jika kandunganitu perempuan, dia sudahpun memiliki sekitar enam juta telur dalam ovari. Menjelang kelahiran, dia akan memiliki satu juta. Setakat hari ini masih belum tahu jantina fetus, malas nak scan…kira kejutan lah nant..Baru best...So barang-barang baby kita beli yang perempuan & lelaki boleh pakai.

Anda akan merasakan tendangan dan pergerakan tunggang terbalik bayi anda yang kian membesar. Ada masa-masanya, dia terlalu banyak bergerak sehinggakan anda tidak dapat tidur. Dah mula sejak minggu lepas, kadang-kadang wat tak tahu jer. Mula-mula x perasan dia gerak, tapi lama-lama rasa macam orang geletek dari dalam.. Sepuluh minggu ke hadapan ini merupakan masa paling sibuk dan aktif bagi bayi anda, tetapi ini akan berkurangan apabila rahim menjadi terlalu sempit.  Patut lah rasa makin kerap dia bergerak…

Maklumat di copy n paste dr blog lain yer…