Isnin, Oktober 31, 2022

Laksa Sarang di Medan Selera Taman Warisan Pertanian, Putrajaya

 Assalamualaikum dan salam semua... Selalu nampak orang post dekat FB dan insta makan laksa sarang, tapi tak pernah lagi berpeluang nak makan laksa sarang ini sehinggalah ahad minggu lepas keluar dengan kakak dan adik. Kakak kata dia teringin nak makan laksa srang dekat Putrajaya. Kita pun apa lagi, on je lah.

Ini lah rupa laksa sarang dekat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Selain laksa ada pelbagai menu lain. Dengar kata nasi kandar dia boleh tahan. Tapi sis makan laksa sarang ni dengan kopi...adik ku lupa nak cakap kopi kurang manis...makanya...tak habis lah ia...

Salah satu nikmat bila jadi mak adalah, dapat menikmati makanan sebaiknya apabila anak mu tidur...


Penanggah Taman Warisan Pertanian,
No. 7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Jumaat, Oktober 21, 2022

PRU15 jatuh pada tarikh menikah....KALUT

 Assalamualaikum dan salam semua. Semalam kita dah tahu tarikh-tarikh penting untuk PRU-15. 

Maka secara rasmi, tarikh mengundi jatuh pada hari sama menikah adinda bongsu. Apa lagi, kecohlah dalam group whatsapp adik beradik dan anak beranak. Lepas tahu, terus adik aku call ayah bagi tahu, tapi ayah macam tenang-tenang dengan yakin jawab teruskan. Tak lama lepas itu adik forward voice masage dari katering. Haaa....baru kalut semua sbb ada masalah dari pihak katering. Pekerja mereka balik negeri lain untuk mengundi.

Maka sebagai kakak yang selalu dapat bincang lebih baik dengan ayah, aku call ayah bagitahu beberapa masalah yang mungkin terjadi jika diteruskan pada tarikh tersebut. Antaranya:

  1. Semua menantu tak dapat balik. Sebab seorang menantu mengundi di johor, seorang di Selangor dan Mr.Y sendiri di KL.
  2. Apabila Mr.Y tak dapat hadir, maka hanya aku dan ulya yang akan balik ke kampung untuk majlis adinda dan mengundi. Kakak aku yang sulong, anak ada dua, berbagi dengan en.suami. seorang akan ikut bapa, seorang ikut emak. Kalau ikut hanya 4 cucu dapat balik daripada 9orang cucu ayah.
  3. Katering tak ada pelayan, siapa nak layan semua sibuk hari mengundi sebab adik aku yang bujang bertugas untuk PRU-15 nanti. Yang tak bujang, pasti menjaga anak sebab isteri bekerja.
  4. Persoalan tok kadi macam mana? boleh ke tak pada tarikh itu pun timbul. 
  5. Pihak sebelah pun hendak mengundi, tak akan nak suruh pengantin datang dengan saksi sahaja...saksi pun nak mengundi. Kalau satu negeri, mungkin tak ada masalah. Yang menjadi masalah, negeri juah ke utara.
Selepas dari aku bentangkan masalah kepada ayah, ok kita cuba tarikh-tarikh yang boleh dianjakkan.
Kad kawen hanya beberapa keping yang dah diedarkan, maka tak jadi masalah untuk betulkan. Tarikh pada kad kita potong manual letak tarikh baru.

Saja bagi kerja tambahan....

Siapa pernah ada pengalaman, majlis kawen sama dengan tarikh mengundi. Ini kali pertama buat kami sekeluarga. Boleh kongsi pengalaman.




Ahad, Oktober 16, 2022

Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.

 Assalamualaikum dan salam semua. Dalam posting sebelum ini aku ada cerita yang Uwais masuk hospital dan kami jangkakan perbelanjaan tambahan adalah RM1000 ke Rm1500. (cerita boleh baca sini)

Screenshot perbualan kami.

Sewaktu buat anggaran tambahan itu, aku pasrah lah andai kata Mr.Y kurangkan belanja bulanan aku. Memang kami ada tabung kecemasan, tapi aku rasa tak wajar nak guna banyak sangat dari tabung kecemasan dan apasalahnya aku kurangkan belanja bulanan aku. Tapi apabila Mr.Y kata bayaran tambahan tak sampai RM300. Aku besyukur sangat.


Semalam 14 oktober, Mr.Y update perbelanjaan bulanan dekat wasap wife dia ni dan minta simpankan dalam note. Untuk ibu dan isteri yang ada pendapatan, mungkin tak terkesan mana jika belanja bulanan dipotong tapi untuk aku yang tak ada pendapatan tetap dan mak yang hanya mengharap wang pemberian anak-anak setiap bulan, pengurangan perbelanjaan bulanan amat terkesan. Duit belanja bulananlah aku buat simpan untuk program cuti-cuti keluarga, buat beli apa yang aku teringin (kebanyakkan makanan), buat sedekah dan buat beli hadiah anak-anak. Mak pula akan rasa lapang untuk beli apa-apa dia nak sebab dia boleh bayar dengan duit yang dia ada. Kadang-kadang mak teringin nak makan sesuatu, minta aku order. Apabila aku order dan tak terima wang dia beri, aku perhatikan dia macam rasa tersekat nak makan lebih. Tapi mak senang hati makan apabila aku kata nanti rider hantar makanan sampai, mak bayar kat dia. Kebanyakkan apps food delivery sekarang boleh COD.

Bayangkan kalau potong duit belanja dia, tak ke tersekat niat dia nak makan itu ini, belanja cucu-cucu yang jarang jumpa atau beli apa saja dia nak (mak kita memang pandai membeli). 

Waktu uwais dekat hospital beberapa kali mak risau bab bil hospital. Sampai dia macam redha kalau duit bulanan dia cari Mr.Y kena potong. Tapi bila dpt duit belanja bulanan macam biasa, happy sangat dia. Terus cakap, "nanti beli makanan untuk org melaka, mak belanja."

Apabila aku cerita tetang reaksi mak setelah mendapat belanja bulanan yang sama nilai, maka Mr.Y cakap lah, "Mungkin ada rasa nak kurangkan bila banyak keluar duit, tapi biarlah kurangkan kat diri sendiri dulu, cari duit lain dari rezki takaful ke asmak ke."

Bagi aku pula, ini adalah pertama kali rasa berguna sangat ada pelan takaful. Jika sebelum ini teruskan bayaran takaful dengan niat nak sedekah sebab dalam takaful ada bahagian sedekah. Kita sedar kita tak cukup kuat untuk sedekah setiap hari. Kadang tengok duit dalam bag tinggal RM50, rasa sayang sangat nak keluarkan. Tapi kalau ambil takaful yang autodebit tak sedar pun, sedikit sebanyak kurang rasa sayang itu.

Bayangkan kalau kena bayar sendiri bil hospital sebanyak RM5k dari akaun bank, berat tapi terpaksa, Bila takaful yang selesaikan...alhamdulillah...bebanan itu terasa sangat kurang.

Sesetangah orang anggap belanja bulanan ini hal remeh, boleh bulan ini bagi banyak, bulan depan bagi sedikit. Pernah ke sewaktu kita membesar, menyusu badan, mak kita kurangkan kuantiti dan makan kita, kekerapan menyusu, tak pernah, bah kan jika kita tak sihat bertambah-tambah mak kita menepek dekat kita. Mak-mak selalu guna alasan "anak tak sihat, dia nak berkepit saja, makan pun tak sempat." Hakikat bukan anak saja nak berkepit, mak pun risau nak pergi mana-mana bila anak tak sihat.

Manakala, isteri kalau dapat duit dari suami, bukan 100% dia pakai untuk diri sendiri. Sebaliknya kalau aku lah, aku nak kalau kami pergi mana-mana atau balik kampung suami aku tak risau bab duit. Anak-anak minta nak cuba viral food itu ini tiada halangan. Maka sekurang-kurang 50% dari belanja yang diberikan aku buat simpanan goal maybank. Lebihan itu aku buat beli apa yang patut. 

Bukan semua perkara yang berlaku dalam hidup kita berjalan sebagaimana kita rancang. Ada perkara yang memang berlaku sebagaimana kita rancang, manakala ada hal yang berlaku jauh dari apa kita rancang. Antara benda yang mungkin terjadi tanpa kita rancang adalah sakit gigi, anak masuk wad dan kemalangan. Semua yang berlaku itu kita tak akan rancang, tak akan setiap kali berlaku perkara tak dirancang, kita akan kurangkan belanja lain terutama surihati kita.

Antara nasihat cik (mak aku) yang aku ingat sangat-sangat, " jangan cakap tak ada duit melainkan kita betul-betul tak ada duit terutama dekat orang tua kerana keberkatan hidup adalah dengan redha orang tua.

عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA. ia berkata, Nabi SAW telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. (HR At-Tirmidzi No: 1821) Status: Hadis ini dinilai shahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Nikmat yang kita tak mampu beli dekat kedai adalah redha orang tua. Insyalah apabila redha ibu bapa bersama, rezeki yang sikit akan terasa banyak. Kalau ikut gaji Mr.Y sahaja macam tak mampu nak bayar takaful sekeluarga bulan-bulan tapi insyalah kalau kami cuba sebaiknya berbakti kepada orang tua, rezeki akan datang dari tempat tak disangka-sangka. Doakan kami. 

"Ya Allah, kau murahkanlah rezeki keluarga kami, rezeki kesihatan, ilmu dan kejayaan dunia akhirat. Amin"

Jika ada yang mencari pelan takaful boleh hubungi http://www.wasap.my/+60126606419/KadMedic atau https://linktr.ee/mdyaman



Khamis, Oktober 06, 2022

Ayat Standard QARUN Yang Ramai Usahawan Kaya Raya Di Malaysia Pakai - Ustaz Badlishah Alauddin

Perkongsian pagi ini.....

Dia (Qarun) berkata, "Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata karena ilmu yang ada padaku." Tidakkah dia tahu, bahwa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka." (QS. al-Qasas: 78).

Istidraj merupakan pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Ini termasuk nikmat harta, kebijksanaan, kerjaya, kesihatan, kekuatan
dan sebagainya.

Sakit jiwa - Aku tanpa cintamu (samarinda tv3)

 


Siapa layan drama ini? Aku? Tak layan pun tapi terjoin sama tengok sikit-sikit sejak mak mertua aku melayan. Tahniah lah kepada Bella sebab berjaya bawa watak Nuha. Apasal lah bodoh sangat si Nuha ni. Taat pada suami bukan membabi buta. Kalau dah keadaan laki itu membahayakan....selamatkan lah diri sendiri. Watak Adam, buat aku rasa kenapa aku join tengok ceta ini. Aku harap anak-anak aku tak tengok dan laki aku tak layan. Payah kalau terpengaruh dengan perangai Adam ni.

Begitulah seorang wanita bergelar isteri. Walau apa terjadi, dia tetap risau keadaan orang lain. Seboleh mungkin dia akan cuba menutup aib suami dan rumah tangga sehingga menampakkan diri dia seperti seorang yang bodoh. 

Lelaki seperti Adam itu ramai...tapi kita saja tak tahu. 


Semoga kita tak berhidup dengan lelaki seperti adam. Penuh kepura-puraan...