Ahad, Februari 27, 2022

Rindu pada yang tiada... hanya doa pengubatnya...

Assalamualaikum dan salam semua.. Bila datang rindu pada yang telah tiada...hanya doalah pengubatnya...




Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab hilngnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Jumaat, Februari 25, 2022

Alasan dan kejayaan......


 Assalamualaikum dan salam semua. Ada yang menjadikan alasan sebagai faktor kejayaan manakala ada orang menjadikan alasan sebagai faktor kegagalan. 

Apabila kita besarkan alasan yang ada, maka kita melambat dan menghalang kejayaan sendiri.

Rabu, Februari 23, 2022

Print A3 poster dekat TayTrading - Murah, senang dan cantik

Assalamuualaikum dan salam semua. Dalam hidup kena ada visi dan perancangan. Sebelum masuk awal tahun 2022 lagi aku dah mula buat vission Board. Tapi ada beberapa kali perubahan setelah dibincang dengan Mr.Y.  Apabila dah siap, duk mencari mana yang print cantik dah murah. Maka survey dekat shoppee...jumpa tay trading.
Proses nak boleh ke siap simple je... beli kat shopee, nanti mereka akan minta kita email art work yang nak dicetak. Lepas dapat terus lah dicetak dan pos.

Keadaan yang sampai lepas buka plastik hitam
Sticker nama dan nombor senang nak tampal dekat pamphlet

Vision board buat beberapa keping, satu tampal bilik kerja, satu bilik tidur dan satu lagi dekat mana tahu. Yearly planner pulak adalah perancangan bulanan dan akhir seklai ada weekly planner untuk anak dara kita.

 

Ahad, Februari 20, 2022

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie


 Assalamualaikum dan salam semua. Awal pagi minggu kita sertai Giveaway by Mamapipie.com.

Syarat penyertaan mudah aje:

      1. Terbuka lepada semua blogger di Malaysia.
      2. Buat blog post bertajuk "Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.
      3. Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu. Saja mama nak tahu post mama yang disukai korang.
      4. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang
      5. Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun)  || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| |
      6. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini..
Sesiapa yang follow mama kat instagram minta tulis nama instagram korang kat komen. Nanti mama follow back. 

Hadiah

3 beg comel seperti dalam banner tu menunggu tuannya.

Menarikkan hadiah dia..cara nak join pun mudah. Bagi memenuhi syarat yang ditetapkan. Aku tak dapat nak pilih post mana yang menjadi kesukaan aku. Mamapipie seorang kaki minum kopi, aku suka baca post pasal kopinya. Tetiba aku nampak dia ceta pasal Semooth Ngopi Seksyen 9 Shah Alam Selangor. Kebetulan aku memang tengah cari booth semooth ngopi area chowkit ni. Nak tengak apa beza rasanya. 

Maka buat masa ini rasanya post pasal kopi lah menjadi kesukaan saya. 

Sabtu, Februari 19, 2022

Saya jual @ Puspanita Corner Jabatan kimia malaysia, PJ

 

Bermula minggu lepas aku dah mula letak barang dekat puspanita corner, pejabat Mr.Y. Maka lebih mudah untuk warga Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mendapatkan Produk-produk Asmak. Rak kita berada pada nombor 3. Rak 1 dan 2 tak tahu jual apa...tapi rak no 4 jual barang berkaitan pokok bidara..manakala rak no 5 paling bawah jual kerepak dan kudapan. 

Satu lagi langkah untuk lebih kedepan...