Selasa, Oktober 12, 2021

Tetiba rasa nak beli sesuatu yang tak dirancang..

 




Assalamualaikum dan selamat pagi...

Kalau tetiba rasa nak beli barang yang tak dirancang...Apa yang anda buat?

1.Guna wang simpanan untuk beli
2. kumpul duit dulu utk barang tersebut
3. minta orang belikan
4. beli je sebab memang ada standby duit untuk beli barang tak dijangka.

Cara no.1, kita tak nak pakai sebab simpanan seGlalu kecemasan dan sesuatu yang memang dah ada tujuan.

Cara no.2 ayah kita ajar dari zaman sekolah lagi...katanya kalau bukan kecemasan, kita kena sabar kumpul duit dah cukup baru beli.

Cara no.3, nak minta laki beli tapi kita ingat pesan ayah kita, jangan suka meminta pada suami. Lelaki tak suka perempuan meminta, dia akan lebih ikhlas beri kalau dia sendiri rasa nak hadiahkan.

Cara no.4, memang standby duit untuk barang tak jangka...kita standby duit dlm LUNO. Luno pun tengah naik...maka kita kuarkan profit sebanyak nilai  yang nak guna beli barang kita nak. Boleh kan macam tu. Nak join Luno boleh pakai link kita 👇

https://www.luno.com/invite/TMMDVY

Anda pula guna cara bagaimana?

#yamanaimy
#surirumahtrading


Khamis, September 30, 2021

Review Perk Coffee.. - [FREE COFFEE TRIAL]


Assalamualaikum dan selamat pagi.. pernah dengar pasal perk coffee tak? Aku mula-mula dengar dari Mr.Y. Dia tak sabar sangat nak tunggu kopi ini sampai. 

 [FREE COFFEE TRIAL] 
📦Calling all coffee lovers!☕
From now for a limited time, you can try your first order of Perk Coffee for FREE when you trial our coffee subscription!
Just pay RM 5 for shipping, and pause or cancel future orders anytime after your first coffee delivery.
-Only for new subscribers
-Once only per subscriber
https://perkcoffee.co/my/get-started/?promo=115903


Kopi Perk ini ada beberapa pilihan. Kali ini Mr.Y pilih jenis drip. Oleh kerana kami tak pernah pakai guna kaedah drip ini maka video kat bawah menunjukkan cara yang salah untuk buat drip kopi.
Aku pelik kenapa kopi harga mahal, dekat RM4 sepaket tapi rasa lebih teruk dari kopi 3 in 1. 


Selepas pada kejadian aku pun buat kajian bagaimana nak dapat hasil terbaik apabila buat drip kopi ni.Buka youtube dan perk website. Akhirnya dapat tahu teknik yang betul. Tapi kesabaran yang tinggi kalau nak betul-betul sedap.

Cara dia tuang air panas dari coway secara perlahan dan tidak melebihi paras sebuk kopi dalam beg tersebut. Apabila air telah kering tambah lagi. Biarkan hasilnya menitik setitik setitik.. aku dapat untuk 190ml dalam 30 minit. Kemudian tambah susu yang telah dipanaskan bersama pemanis yang korang suka. Aku kadang pakai gula untuk orang diabetis, kadang susu pekat dan kadang-kadang stevia asmak.
Dia punya rasa memang antara yang terbaik lah pada aku. Ada banyak jenis kopi dari dark roast, medium -dark roast dan  medium roast. Aku dah cuba 2 iaitu urbanite dan 
Nicaragua La Esperanza
.


Atas adalah video aku rekod semasa tunggu dia menitik. Sabarkan saya.....


Itu sahaja perkongsian kali ini. Kepada peminat kopi jangan lupa mencuba....

Khamis, September 16, 2021

Review madu asmak

 Assalamualaikum dan selamat pagi...



Ini 3 jenis madu yang isteri boleh pilih untuk suami...tapi kita bukan jenis memilih, maka laki kita pilih sendiri madu mana dia 

Sekarang kami sekeluarga amal madu kurma merah. Jujur cakap ini botol pertama kami amal madu kurma merah. Nak tahu beza rasa 3 madu ni....meh sini nak ceta...


🅼︎🅰︎🅳︎🆄︎ 🅰︎🆂︎🅻︎🅸︎

macam madu asli biasa 


🅼︎🅰︎🅳︎🆄︎ 🅷︎🅰︎🅻︎🅸︎🅰︎ 🅱︎🅴︎🆃︎🅾︎🅽︎🅶︎

ada rasa pedas2 sikit...pedas halia... kalau buat masak anak2 kita makan...tapi kalau buat air dorg tak nak sangat. 

Madu ni bagus sangat kalau nak buang angin.


🅼︎🅰︎🅳︎🆄︎ 🅺︎🆄︎🆁︎🅼︎🅰︎ 🅼︎🅴︎🆁︎🅰︎🅷︎

madu ini buat air sedap rasa manis-manis buah. Bau dan rasa dia ada sikit macam bau air rendam kurma yang kita panggil air nabeez.

Madu ni ada halba juga. Sebab tu susu badan bertambah dan meriah.


#yamanaimy

Selasa, Ogos 24, 2021

Resepi bingka ubi kayu

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kali kedua aku buat  bingka ubi kayu. Pertama kali buat hari tu, dia jadi lembik maka aku tak letak resepi kat sini. Kali ini aku berjaya buat dalam bentuk tak lembik tapi atas dia tak cantik sangat kata Mr.Y... tak apa yang penting rupa ada...


Kredit kepada en.google untuk gambar ye...kita punya tak sempat snap dah abis..

BAHAN-BAHAN

5 cawan ubi parut (kisar dengan sedikit air)

3/4 cawan gula pasir

1 Kotak santan segera

1/4 cawan air

Sedikit esen warna kuning.


CARA PENYEDIAAN


Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang 6" (dapat 2 loyang)

Bakar dalam air fryer pada suhu 140C selama 20 minit pertama, naikkan suhu kepada 160C dan tambah masa lagi 10minit.

Siap dan boleh dimakan begitu sahaja. 




Isnin, Ogos 23, 2021

Nasi Arab Tak Sengaja, Guna Bahan-Bahan Dekat Dapur Je Tapi Sedap.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Semalam konon nak buat nasi ayam, tetiba rasa macam jemu pula buat nasi ayam...tetiba tercari resepi buat nasi arab... jumpa beberapa resipi maka kita gabungkan dia ikut kesesuaian bahan yang ada kat rumah. Oleh kerana kita telah ubah suai resipi maka kena simpan sini untuk kegunaan masa akan datang.



Stok Ayam

9 ketul ayam (sekor ayam potong 12)
1 Biji bawang besar 
1 Biji Tomato
1 sk jintan manis
1 sk lada hitam
1 sk biji ketumbar
3 Biji buah pelaga 
1 Batang Kayu manis
1/2 sk Serbuk kunyit
1 sk Rempah kurma
2 sudu minyak masak
Sedikit garam

Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk bersama air yang banyak. Kita akan gunakan air rebusan tersebut untuk masak nasi dan buat sup nya. Rebus sampai ayam masak.

Ayam Bakar Madu

1sk serbuk kunyit
2 sm Madu
2 sm Minyak

Ayam yang telah masak di tos keluar dan diperap dengan kunyit dan madu (aku guna madu kurma merah Asmak-madu itu je yang ada). Perap dalam 10minit sahaja. Sebelum masuk airfryer sapu ayam dengan minyak (Aku guna minyak zaitun asmak). Tujuan untuk dapat ayam bakar yang nampak dan rasa juicy. Dah cukup masa perap bakar pada suhu 150 api atas sahaja selama 15-25minit. (nampak ayam dah berkilat.. boleh lah angkat sebab ayam tu dah masak sebenarnya)

Kita kena galakkan anak-anak makan sayur

Nasi 

1 Biji Bawang besar
1 inci Halia
3 sekawan (kayu manis/bunga cengkih/bunga lawang)
1 sm minyak sapi
1 sm minyak zaitun
3 cawan beras (basuh dan toskan)
4 cawan air rebusan ayam yang kita sediakan awalnya tadi

Panaskan minyak sapi bersama minyak zaitun. (Kalau tak ada pakai majerin atau planta pun ok dengan minyak masak biasa). Setelah panas, masukkan bahan2 hiris dan 3 sekawan td.. Tumis smpi garing yer.

Masukkan beras.. Gaul bersama bahan tumis…Tumis sehingga garing.. Baru nasi sedap.

Last masukkan  air rebusan ayam td.. Masukkan dlm periuk, masak nasi macam biasa.

Salsa/sambal arab

Cili api
Cili besar
Tomato
Bawang putih
Mix Herbs
Garam sedikit
(blend semua bahan diatas perah sedikit jus lemon)

Salatoh

Tomato
Timun
Bawang besar
(potong kiub bahan2 diatas)
Gaul semua bahan dlm 1 bekas. Letak sedikit gula dan garam. Perah sedikit lg jus lemon dan tabur biji Habbatusaudah (dapat sekali dengan pembelian madu Asmak). Siap!

Ulam 

Daun salad
Lada hijau
Timun jepun
(bahan ulam ini ikut suka lah nak banyak mana dan apa jenis)