Selasa, November 10, 2020

Antara mee rebus terengganu dan mee goreng basah...yang mana satu ni?

 Assalamualaikum dan selamat pagi..... semalam aku dalam dilema apa menu sarapan pagi untuk anak-anak... berikut adalah resepi mee rebus terengganu dan gambar mee goreng basah.






Setelah melihat dan merenung kedua-dua gambar maka aku buat keputusan untuk mee rebus terengganu...

Sabtu, November 07, 2020

Kembara Menuju Allah ustazah Asma Harun


Assalamualaikum semua... kali ini kita kongsi buku tak lah agak terbaru tapi amat kerap aku tengok iklannya. Apa yang terlintas dalam kepala aku, best sangat ke buku ini. Maka kita baca preview lah...

"Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu."

Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. 
Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

"Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri."

Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

"Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur." - Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

"Ya Allah. Bersama-Mu Aku Bahagia."

Inilah fasa seterusnya dalam hidup kita. Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah.

Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

"Ya Allah. Kepada-Mu Aku Kembali."
Buku ini sebagai bekalan untuk menghadapi saat kepulangan kita kepada Allah. Semoga kepulangan kita dalam keredhaan Allah.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan redha dan lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam golongan hamba-Ku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." Surah Al-Fajr, ayat 27- 30.
Daripada Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali.

Macam mana dah baca preview setiap buku? Bestkan ayat dia kan...siapa yang mencari ketenangan dalam jiwa sesuai sangat. Aku berhajat nak beli lah juga. Kalau korang nak beli boleh klik link sini.

Khamis, November 05, 2020

E-book ke-2 dari Srikandi Saham - Trade What You See Prequel

Assalamualaikum... Sebelum ini aku ada cerita pasal e-book dari srikandi saham yang amat mudah nak difahami oleh orang biasa, orang yang bukan dalam bidang saham dan pelaburan. Alhamdulillah aku belum baca sampai habis tapi dah 75% e-book aku berjaya baca. Kenapa lama sangat masa aku ambik nak baca e-book yang hanya 122 muka surat sahaja? Sebab aku nak faham betul-betul apa yang nak disampaikan. Kalau nak faham betul-betul aku kena buat catatan apa yang aku faham. Belum habis hadam buku 1, srikandi saham dah keluar e-book ke-2. Aku pun tau pasal e-book ke-2 ini melalui Mr.Y. Apa dia cerita dalam e-book ke-2 Trade What You See Prequel? 

Sebelum aku cerita apa yang ada dalam e-book kedua srikandi saham, aku nak share lah sikit apa ilmu aku dapat dari e-book pertama srikandi saham setakat yang aku baca ye. 

  • Pengenalan Srikandi saham cerita bagaimana dia bermula dan kenapa dia memilih untuk bermain saham walaupun modal kecil. Ini menarik sebab bukan semua ada modal besar nak mula main saham. Tapi dia tak suruh kita main beli sahaja saham.
  • E-book pertama Srikandi Saham banyak kongsi kajian kaunter yang dia buat, bagaimana nak buat kajian kaunter. Antara kaunter kaunter yang disentuh adalah Ucrest, keyasic, Perdana, Uzma, Hibics dan lain-lain.
  • Pertama kali aku dengar dan faham apa itu "buy on rumours, sell on news" dan perkaitan sentimen semasa dengan sektor mana yang akan beraksi. Masa awal pandemik covid-19, sentimen harga minyak jatuh giler-giler untuk kita orang biasa. Tapi bagaimana dengan pasaran saham? Dalam ini ada diceritakan.
  • Nak melabur kena ada trending plan. Nak buat trending plan kena tahu kaunter itu buat apa. Maka kena buat kajian kaunter. 
  • Dato' Awang Daud Bin Awang Putra, siapa dia? Korang kenal? Aku tak kenal sebelum baca, dah baca e-book Srikandi Saham baru kenal sikit. Kenapa beliau dikatakan insan yang ada sentuhan emas dalam Bursa Saham? E-book pertama Srikandi Saham turut berkongsi tentang individu penting dalam pasaran saham malaysia. Bagaimana rutin seorang pelabur berjaya turut dikongsikan.
Rasanya cukup 5 dulu apa aku dapat dari e-book trade what you see. Kalau anda nak tahu lebih lanjut jangan segan-segan klik link sini atau banner kat bawah.


E-book ke-2 Trade What You See Prequel dari Srikandi Saham pada aku adalah sambungan kepada buku 1. Kenapa? Bila baca buku pertama, aku fikir dia ni asyik cerita pasal kajian kaunter, plan pelaburan, syarikat-syarikat di bursa Saham, tapi tak ada cerita 

  • bagaimana nak mula?
  • dekat mana nak daftar?
  • apa jenis akaun saham yang ada?
  • kena pergi kaunter ke setiap kali nak beli saham? Sekarang musim covid-19 memang payah nak gerak ke sana sini...tak boleh beli saham guna online ke macam guna Maybank2u?
Rupanya segala persoalan itu ada dalam buku kedua iaitu Trade What You See Prequel.


Pelaburan saham adalah salah satu income yang pada aku mudah untuk surirumah buat kalau faham dan pandai. Maka nak faham dan pandai kita kena belajar dulu, jika baca tak faham bertanya kepada yang lebih faham. Sejak pandemik covid-19 melanda dunia, banyak sahaja sifu-sifu saham yang muncul. Pilih sifu yang betul-betul diyakini dapat membantu ye...Sekian sahaja perkongsian kali ini.

Upadate: Maaf, e-book srikandi saham sudah tidak dijual lagi.

Rabu, November 04, 2020

#MYHackathon- Tahniah untuk pemenang ke peringkat akhir bagi lokasi Kuala Lumpur

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), di bawah inisiatif PENJANA membawakan program MYHackathon yang bertujuan untuk mencari bakat bakat hebat anak Malaysia untuk membantu mendigitalkan sistem penyampaian servis kerajaan.
Program MYHackathon yang akan dijalankan secara hibrid fizikal (untuk hari pertama sahaja) dan “online” (untuk hari kedua sehingga ketujuh) ini akan diadakan di Enam (6) lokasi seluruh negara, seperti tarikh di bawah:
1️⃣ Kuala Lumpur - 03 Oktober 2020 (Sabtu)
2️⃣ Kuala Terengganu - 05 Oktober 2020 (Isnin)
3️⃣ Johor Bahru - 24 Oktober 2020 (Sabtu)
4️⃣ Kuching - 26 Oktober 2020 (Isnin)
5️⃣ Pulau Pinang - 21 November 2020 (Sabtu)
6️⃣ Kota Kinabalu - 23 November 2020 (Isnin)
Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas, samada secara individu berkumpulan ataupun syarikat.
Jadilah antara rakyat yang pertama menyumbang kepada penyelesaian masalah digitalisasi Kerajaan Malaysia, sambil memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai sehingga RM10 ribu dan geran kerajaan bersyarat bernilai RM250 ribu.
Jangan tunggu lagi, jom DAFTAR SEKARANG melalui http://bit.ly/myhackathon2020
Yuran adalah PERCUMA dan TEMPAT SANGAT TERHAD. Pihak penganjur hanya menerima 200 peserta di setiap lokasi program pada hari pertama untuk mematuhi syarat penjarakan sosial & SOP Covid-19.
Untuk maklumat lanjut sila layari www.myhackathon.gov.my
Dia atas adalah pengenalan apa MYHackathon yang disertai oleh Mr.Y..Alhamdulillah Mr.Y berjaya ke peringkat akhir. Selamat maju jaya untuk semua pemenang. Semoga perkhidmatan kerajaan lebih mudah dicapai oleh rakyat.





Selasa, November 03, 2020

Dr. Stranger~pengaruh drama korea Mr.Y

 Assalamualaikum, entah macam mana aku boleh terjoin Mr.Y layan drama korea. Sebelum ini kami marathon tengok Hotel De Luna, sekarang dia duk marathon Dr.stranger. Pada aku cerita ini menarik bukan sebab kisah cinta tetapi sebab kepakaran dan politik nya. Sambil aku tengok, terlintas dalam fikiran aku betul ke dekat korea utara pakar-pakar bedah akan diuji melakukan pembedahan dalam keadaan gelap? Betul ke orang korea utara menggunakan rakyat tak bersalah untuk jadi bahan uji kaji? Banyak sebenarnya isu yang wujud dalam kisah Dr.Stranger ini. 

Kerana nak dapat nama, maka sanggup korbankan kepakaran yang sukar dicari ganti. Kerana politik sanggup belakangkan nilai kasih sayang. Cerita ini ada lawak, serius dan sedih. Masa mula-mula Mr.Y kata nak layan Dr.Stranger, aku ingat Dr.Stranger Avengers tu, rupanya cerita lain..Cadangan aku...nak feeling layan sendiri, insyalah anda akan dapat sesuatu...