Sabtu, November 07, 2020
Kembara Menuju Allah ustazah Asma Harun
Khamis, November 05, 2020
E-book ke-2 dari Srikandi Saham - Trade What You See Prequel
Assalamualaikum... Sebelum ini aku ada cerita pasal e-book dari srikandi saham yang amat mudah nak difahami oleh orang biasa, orang yang bukan dalam bidang saham dan pelaburan. Alhamdulillah aku belum baca sampai habis tapi dah 75% e-book aku berjaya baca. Kenapa lama sangat masa aku ambik nak baca e-book yang hanya 122 muka surat sahaja? Sebab aku nak faham betul-betul apa yang nak disampaikan. Kalau nak faham betul-betul aku kena buat catatan apa yang aku faham. Belum habis hadam buku 1, srikandi saham dah keluar e-book ke-2. Aku pun tau pasal e-book ke-2 ini melalui Mr.Y. Apa dia cerita dalam e-book ke-2 Trade What You See Prequel?
Sebelum aku cerita apa yang ada dalam e-book kedua srikandi saham, aku nak share lah sikit apa ilmu aku dapat dari e-book pertama srikandi saham setakat yang aku baca ye.
- Pengenalan Srikandi saham cerita bagaimana dia bermula dan kenapa dia memilih untuk bermain saham walaupun modal kecil. Ini menarik sebab bukan semua ada modal besar nak mula main saham. Tapi dia tak suruh kita main beli sahaja saham.
- E-book pertama Srikandi Saham banyak kongsi kajian kaunter yang dia buat, bagaimana nak buat kajian kaunter. Antara kaunter kaunter yang disentuh adalah Ucrest, keyasic, Perdana, Uzma, Hibics dan lain-lain.
- Pertama kali aku dengar dan faham apa itu "buy on rumours, sell on news" dan perkaitan sentimen semasa dengan sektor mana yang akan beraksi. Masa awal pandemik covid-19, sentimen harga minyak jatuh giler-giler untuk kita orang biasa. Tapi bagaimana dengan pasaran saham? Dalam ini ada diceritakan.
- Nak melabur kena ada trending plan. Nak buat trending plan kena tahu kaunter itu buat apa. Maka kena buat kajian kaunter.
- Dato' Awang Daud Bin Awang Putra, siapa dia? Korang kenal? Aku tak kenal sebelum baca, dah baca e-book Srikandi Saham baru kenal sikit. Kenapa beliau dikatakan insan yang ada sentuhan emas dalam Bursa Saham? E-book pertama Srikandi Saham turut berkongsi tentang individu penting dalam pasaran saham malaysia. Bagaimana rutin seorang pelabur berjaya turut dikongsikan.
- bagaimana nak mula?
- dekat mana nak daftar?
- apa jenis akaun saham yang ada?
- kena pergi kaunter ke setiap kali nak beli saham? Sekarang musim covid-19 memang payah nak gerak ke sana sini...tak boleh beli saham guna online ke macam guna Maybank2u?
Rabu, November 04, 2020
#MYHackathon- Tahniah untuk pemenang ke peringkat akhir bagi lokasi Kuala Lumpur
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), di bawah inisiatif PENJANA membawakan program MYHackathon yang bertujuan untuk mencari bakat bakat hebat anak Malaysia untuk membantu mendigitalkan sistem penyampaian servis kerajaan.Program MYHackathon yang akan dijalankan secara hibrid fizikal (untuk hari pertama sahaja) dan “online” (untuk hari kedua sehingga ketujuh) ini akan diadakan di Enam (6) lokasi seluruh negara, seperti tarikh di bawah:Kuala Lumpur - 03 Oktober 2020 (Sabtu)Kuala Terengganu - 05 Oktober 2020 (Isnin)Johor Bahru - 24 Oktober 2020 (Sabtu)Kuching - 26 Oktober 2020 (Isnin)Pulau Pinang - 21 November 2020 (Sabtu)Kota Kinabalu - 23 November 2020 (Isnin)Penyertaan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas, samada secara individu berkumpulan ataupun syarikat.Jadilah antara rakyat yang pertama menyumbang kepada penyelesaian masalah digitalisasi Kerajaan Malaysia, sambil memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai sehingga RM10 ribu dan geran kerajaan bersyarat bernilai RM250 ribu.Jangan tunggu lagi, jom DAFTAR SEKARANG melalui http://bit.ly/myhackathon2020Yuran adalah PERCUMA dan TEMPAT SANGAT TERHAD. Pihak penganjur hanya menerima 200 peserta di setiap lokasi program pada hari pertama untuk mematuhi syarat penjarakan sosial & SOP Covid-19.Untuk maklumat lanjut sila layari www.myhackathon.gov.my
Selasa, November 03, 2020
Dr. Stranger~pengaruh drama korea Mr.Y
Assalamualaikum, entah macam mana aku boleh terjoin Mr.Y layan drama korea. Sebelum ini kami marathon tengok Hotel De Luna, sekarang dia duk marathon Dr.stranger. Pada aku cerita ini menarik bukan sebab kisah cinta tetapi sebab kepakaran dan politik nya. Sambil aku tengok, terlintas dalam fikiran aku betul ke dekat korea utara pakar-pakar bedah akan diuji melakukan pembedahan dalam keadaan gelap? Betul ke orang korea utara menggunakan rakyat tak bersalah untuk jadi bahan uji kaji? Banyak sebenarnya isu yang wujud dalam kisah Dr.Stranger ini.
Kerana nak dapat nama, maka sanggup korbankan kepakaran yang sukar dicari ganti. Kerana politik sanggup belakangkan nilai kasih sayang. Cerita ini ada lawak, serius dan sedih. Masa mula-mula Mr.Y kata nak layan Dr.Stranger, aku ingat Dr.Stranger Avengers tu, rupanya cerita lain..Cadangan aku...nak feeling layan sendiri, insyalah anda akan dapat sesuatu...
Sabtu, Oktober 31, 2020
Antara masa dan duit....
Aku perhatikan, ada suami yang tak pernah berkira hulur duit dekat isteri tetapi amat sukar memberi waktu untuk isteri melakukan apa dia suka.
Aku perhatikan juga, ada suami tak mampu nak hulur duit untuk isteri tetapi sentiasa izinkan isteri memiliki ruang waktu untuk melakukan apa yang diingini.
Aku perhatikan lagi, ada suami duit nak bagi dekat isteri amat berkira, masa untuk isteri pun berkira.
Aku perhatikan terus, ada suami yang memberi keseimbangan antara keperluan duit dan masa. Isteri beruntung mendapat kedua-duanya secara seimbang.
Duit itu ibarat keperluan luaran manakala masa itu keperluan emosi. Antara keperluan fizikal dan emosi, mana lagi penting? Hakikat isteri cukup pakai menutup aurat sudah memadai. Manakala keperluan emosi itu lagi utama apabila suami dah meyediakan keperluan fizikal yang wajib itu cukup. Emosi isteri atau ibu yang stabil akan mewujudkan keharmonian rumah tangga. Emosi isteri senang untuk dilayan. Ada isteri cukup sekadar suami mendengar dia membebel, manakal ada isteri hanya perlukan waktu solat yang tenang.