Khamis, Oktober 29, 2020
Rabu, Oktober 28, 2020
Sedihkan, bila perkembangan anak-anak kecil dibanding-bandingkan.
Ibu atau ayah yang ada anak pasti pernah mengalami situasi ini. Jangan kata orang lain bandingkan anak mereka dengan anak kita, kadang kita sendiri bandingkan perkembangan antara anak kita. Contoh, kenapalah adik tak boleh cakap lagi dah 2tahun tapi kakak dulu 2tahun dan bercocet mulutnya. Bayangkan kalau anak itu faham, mesti dia sedihkan, anak 4 tahun sudah boleh memahami perbualan ringkas orang dewasa terutama apabila kita bicara tentang mereka...
Setiap anak akan alami perkembangan yang berbeza. Sepertimana kita memerlukan pelbagai kemahiran dalam kehidupan, tetapi kita akan lebih cepat menguasai kemahiran tertentu. Ada kemahiran kita akan sedikit perlahan untuk kuasai. Begitulah anak kecil. Mungkin anak kita lambat bercakap tapi dia cepat menguasai kemahiran bermain muzik atau boleh makan sendiri dengan bersih dengan baik sekali.
Berikut adalah panduan carta perkembangan anak-anak. Jadikan ini sebagai panduan bukan penentu kecemerlangan anak.
Jika perkembangan anak terlalu lambat dari yang sepatutnya memang wajar kita bawa jumpa yang pakar. Apa yang aku nak cakap disini perbandingan yang dibuat oleh pakar bukan perbandingan makcik bawang. Bahasa yang digunakan adalah kemas dan cermat. Manakala bahasa makcik bawang adakala boleh menyakitkan hati. Adakala ini boleh jadi pergaduhan.
Jika kita bukan dalam bidang tersebut cukup kita sekadar menasihat mereka untuk bertemu dengan yang pakar. Tidak perlu kita bandingkan perkembangan anak kita dengan anak mereka. Aku baca dari buku Revolusi IQ.EQ.SQ (menyingkap rahsia kecerdasan berdasarkan quran dan teori neurosains mutakhir) karangan Taufik Pasiak. menyentuh mengenai teori multiple intelligence. Teori ini ada 7 aspek kecerdasan yang perkatakan iaitu lisan, matematik, gerak badan, kreativiti, muzik, interpersonal dan intrapersonal (emosi). Setiap kepandaian ini tidak berkembang secara sekata tetapi ada yang lebih kehadapan dan ada yang lebih kuat. Tetapi bagi setiap individu ia berbeza.
Mungkin anak mereka mengalami perkembangan kreatif yang pesat, sebab itu perkembangan muzik lambat. Apa yang penting sebagai orang luar, jangan bandingkan kerana kita tak tinggal sebumbung dan melihat perkembangan lain kanak-kanak tersebut.Itu sahaja bebelan hari ini..
Ahad, Oktober 18, 2020
Anak suka buat apa yang mak ayah buat....
Sabtu, Oktober 17, 2020
Wanita Idaman Syurga
Topik Assalamualaikum pagi ini adalah sambungan dari minggu lepas....apa nama ustazah ini ye....gaya penceritaan menarik. antara perkongsia yang aku dapat adalah..
+ kenapa anda dengar ini kerana anda suka dengar ilmu, kerana anda terima hidayah. hidayah dengan ilmu yang mendekat dengan Allah.
+ istiqamah, berterusan walaupun kecil. biar kita faham kenapa buat sesuatu bukan sekadar ikutan. Jangan menggunakan alasan, "tunggu, nanti dapat hidayah baru pakai"
+ key point wanita idaman syurga adalah syahadah, rujuk al-quran, jangan main cedok hadis hadis atau cerita cerita. Teruskan mengaji dan mengkaji.
+ anak-anak akan melihat contoh dari ibu bapa, jangan kata dah besar nanti jangan jadi macam mak. tapi ubah diri kita untuk anak jadikan kita idola.
+ kita hamba, kita yang perlu tunduk kepada kata Allah dan bukan Allah ikut kata kita.
Usatazah ini banyak beri contoh Neelofa. Apabila melihat perubahan Neelofa dari dulus shingga sekarang maka sesuai sangatlah contohnya itu.
PKPB lagi sekali.....
Apabila diumumkan bahawa PKPB akan dilaksanakan di seluruh KL, Putrajaya dan Selangor, maka wujud pelbagai reaksi.
Aku sendiri lebih setuju dengan perlaksanaan PKPB apabila melihat peningkatan kes baru covid 19. Kawasan anda terlibat ke?