Isnin, Jun 22, 2020

Aku & wahed Invest (Bahagian 11 - Welcome reward RM40 dari 21 hingga 28 jun 2020)

Assalamualaikum dan selamat pagi, 

𝑃𝑎𝑠𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑡𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑓𝑒𝑟𝑟𝑎𝑙 𝑐𝑜𝑑𝑒 NORBIN136 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑅𝑀10 𝑠𝑒𝑐𝑎𝑟𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑐𝑢𝑚𝑎 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟.

Alkisah malam tadi dapat e-mail dari wahed yang mengatakan wahed nak bagi duit raya...


Masa awal-awal wahed invest diperkenalkan di Malaysia, ganjaran penyertaan yang diberikan adalah RM40 menggunakan kod rujukan. Kalau tak guna kod rujukan maka tak dapatlah ganjaran penyertaan. Aku tak sempat merasa ganjaran ini, tapi aku sempat merasa ganjaran penyertaan RM20. Apabila covid-19 melanda dunia ganjaran penyertaan makin turun dari RM20 kepada RM10. Ini menunjukkan keadaan ekonomi dunia sedikit sakit. Ye lah banyak urusan perniagaan ditangguh operasi. Begitu juga pasaran saham.

Oleh kerana minggu ini adalah minggu terakhir bulan syawal maka wahed invest dengan berbesar hati nak bagi duit raya lebih kepada yang sertai wahed invest bagi tempoh 21 jun sehingga 28 jun 2020. Maka aku rasa ini masa terbaik bagi yang berhajat nak memulakan pelaburan. 

Kisahnya sehari sebelum ganjaran RM40 ditawarkan adik dan kakak aku sertai wahed invest menggunakan kod rujukan aku. Bila dapat e-mail ini aku rasa ruginya, kenapa register mereka awal sehari. Tapi apabila difikir balik aku rasa Allah makbulkan niat asal aku yang nak membantu mereka yang memerlukan. Alhamdulillah, adik dan kakak aku dapat menggunakan kod rujukkan mereka untuk ajak kawan-kawan mereka yang masih mencari pelaburan halal sertai wahed. Aku masih dapat promote kod rujukan di blog dan media sosial. 


Berminat?

Download app Wahed Invest di Google Play Store atau Appstore. Boleh juga melayari https://app.wahedinvest.com/referral untuk download app Wahed Invest.

Pastikan tuan puan menggunakan kod referral:

✓ NORBIN136

untuk mendapat RM10 secara percuma apabila anda mendaftar. Boleh refer ke post yang menerangkan step untuk mendaftar.

Jika masih tidak pasti, PM admin atau reply emel ini. Nanti admin akan cuba jawab pertanyaan tuan-puan. 

Jumaat, Jun 19, 2020

Amalan Yang Bocor

🟢 Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟢 Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. ia umpama bekas yang BOCOR.

🔵 Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟣 Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟢 Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟠 Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. ia umpama bekas yang BOCOR.

🔴 Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

🟡 Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.

🟢 Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. 

Jangan diBOCORkan bekas itu 
Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. 

Aamiin

Ummu, kakak lapar....

alahai kakak....ummu tengah asyik buat kerja kamu bangun cakap lapar...

apa nak bagi awak makan pukul 5 pagi ini kakak......

Khamis, Jun 18, 2020

Aku & Wahed Invest ( Bahagian 10 - Aku sesuai Saham yang mana?)

Assalamualaikum....

Unit Trust 
1) Ada ejen khas yang dilantik syarikat kewangan seperti kenanga, PMB, public mutual dan lain lain lagi.
2) Yuran 5% setiap pelaburan
3) Boleh labur guna KWSP atau cash sendiri
4) Sesuai untuk orang yang ada cash lebihan dan ada KWSP
5) Keuntungan dalam 15-20%

Wahed Invest @ Robo advisor 
1) labur seminum Rm100 sahaja
2) Yuran 0.5-0.75% dari pelaburan.
3) Boleh labur guna cash sendiri hanya bank transfer online
4) Sesuai untuk golongan millennial kerana boleh download apps di handphone.
5) Keuntungan ikut portfolio yang dipilih 2-12%

Saham 
1) Labur ikut unit saham di kaunter Bursa saham 
2) Perlu buka CDS akaun hanya Rm10 sahaja.
3) Belajar jual beli saham dengan teknik yang betul.
4) Labur saham bermula Rm1000 atau lebih.Kalau kurang untung kecil.
5) Boleh guna apps dan juga laptop.
6) Keuntungan dan kerugian bergantung pada ilmu yang dibelajar.Boleh untung lebih 100% dan boleh jadi rugi juga.

Semua bergantung pada kocek masing masing.

Unit Trust  dan wahed invest akan menjadi pasif sebab hanya labur dan biarkan. Ada masa dia beranak ada masa dia turun so kena target 3-5 tahun pelaburan.

Nombor tiga iaitu saham kena rajin dan aktif.Kalau dapat mentor dan group yang bagus boleh sama sama kaji pilih kaunter yang betul. 

Boleh lah pilih nak jadi trader bagaimana Swinger atau Scalper😎

Semuanya bermula dengan satu akaun CDS bernilai Rm10..

Berminat dengan wahed invest?

Sila download app Wahed Invest di Google Play Store atau Appstore. Boleh juga melayari https://app.wahedinvest.com/referral untuk download app Wahed Invest.

Pastikan tuan puan menggunakan kod referral:

✓ NORBIN136

untuk mendapat RM20 secara percuma apabila anda mendaftar. Boleh refer ke post yang menerangkan step untuk mendaftar.

Jika masih tidak pasti, PM admin atau reply emel ini. Nanti admin akan cuba jawab pertanyaan tuan-puan. 

Sekian,terima kasih.

Rakan labur anda.



Isnin, Jun 15, 2020

Kopi Durian Arissto

Assalamualaikum dan selamat pagi... sekarang dah masuk musim durian...

Harga durian mahal lagi buat masa ni pada aku... 3 biji boleh cecah harga RM1++...tapi kalau nama hantu durian...sanggup saja beli....

Aku share cara buat kopi durian menggunakan kapsul kopi arissto. Kalau tak suka kopi pekat, pilihlah kapsul luna atau amico, kalau tak suka pekat pilih kapsul sunrise atau in love.


Jika ada yang nak order atau cuba arissto boleh klik link bawah https://bit.ly/3gSiDmk