Jom meriahkan majlis kawan baru saya ni....
klik banner atas untuk sertai...
Langkah dalam Pemberdayaan Komuniti: "Beraya dalam PKPB"
Komuniti Sasaran:Objektif:
- Kawasan dan Desa Kediaman
Keperluan, Masalah, Peluang:
- Memastikan orang ramai mematuhi semua SOP yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (kepatuhan sosial, disiplin sosial dan tanggungjawab sosial)
- Keperluan: Untuk mengikuti SOP CMCO semasa perayaan Hari Raya.
- Masalah: Ketidakpatuhan terhadap SOP terutama dalam pergerakan dan jarak sosial, kemungkinan sesak dan pembersihan peralatan yang tidak betul boleh menyebarkan penyakit.
Pengetahuan, teknologi dan idea untuk memperkasakan masyarakat
- Peluang: Pemimpin masyarakat memimpin pengawasan dan pemantauan kawasan mereka.
- Mematuhi SOP
- Jarak fizikal, walaupun semasa melayan tetamu, jarak yang selamat mesti dijaga
- Gunakan `mask’topeng muka apa bila menerima tetamu
- Membudayakan pengunaan pembersih tangan atau membasuh tangan dengan betul sekurang-kurangnya selama 20 saat
- Jaga kebersihan rumah
- Gunakan pinggan dan cawan pakai-buang. Cuci semua peralatan hidangan dengan teliti setelah melayani tetamu. Makanan sedia bungkus adalah alternatif.
- Elakkan kesesakan, tempat tertutup dan kontak dekat dengan tetamu
- Berani mengatakan ‘TIDAK’ kepada bakal tetamu terutamanya mereka yang rumahnya mempunyai kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak, orang didalam rawatan dsb.
- Belajar menerima tetamu secara berperingkat-peringkat dan menghadkan bilangan tetamu di dalam rumah.
Carta Aliran Pelaksanaan
- Belajar menggunakan teknologi ‘Zoom’, Facetime’ atau ‘Skype’ untuk beramah mesra secara maya, bukannya berjumpa secara fisikal.
1. Pemimpin masyarakat / kampung dan jawatankuasa perumahan / kampung(JTK)
- Memastikan semua ketua isi rumah di kawasan mereka mengetahui SOP.
- Memutuskan definisi bilangan orang yang maksimum dalam satu rumah di kawasan mereka, samada 10/15/20 (bergantung kepada keluasan rumah).
2. Di pintu masuk:
- Memilih dan melatih sekuriti untuk ditempatkan di pintu masuk jika belum ada sekuriti.
- Periksa rumah yang akan dikunjungi pelawat, pastikan bilangan ke setiap rumah dalam satu masa tidak melebihi jumlah maksimum ditentukan JTK.
- Pastikan semua orang memakai ‘mask’ /topeng muka.
- Daftar masa masuk, nama pemandu, nombor plat kereta, alamat rumah yang dikunjungi, bilangan orang dalam kereta, nombor hubungan.
- Sekiranya ada orang di dalam kereta yang mengalami simptom COVID-19, jangan biarkan mereka masuk ke rumah.
3. Langkah-langkah di rumah:
- Sekiranya boleh, lakukan pemeriksaan suhu badan.
- Setiap rumah mesti mempunyai pembersih tangan di pintu masuk.
- Daftar nama dan nombor telefon pelawat.
- Tidak boleh berjabat tangan, salam atau berpelukan.
- Jauhkan jarak antara satu sama lain terutama warga emas, jika warga emas boleh diasingkan atau ada penghadang kaca adalah lebih baik.
- Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati atau jangan melawat langsung.
- Jangan menghidngkan makanan secara ‘buffet’. Elakkan makanan dari terdedah.
- Makanan lebih baik dibungkus terlebih dahulu atau gunakan pinggan dan cawan pakai buang di mana penghapusan sisa makanan dan peralatan pakai buang.
4. Sebelum beredar pulang, mohon tetamu mencuci tangan atau guna pembersih tangan.5. Semasa keluar, sekuriti mencatat masa para tetamu meninggalkan kawasan ini.
- Pastikan semua permukaan di ruang makan, ruang legar dan kawasan yang tetamu mengunjung di bersihkan dengan rapi setelah tetamu pulang pada penghujung hari.
Semua langkah di atas akan mempermudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif dari kawasan tersebut.
Kami berpendapat bahawa yang terbaik adalah tidak merayakan Hari Raya dengan mengunjungi sesiapa tahun ini, tunggu hingga wabak ini terkawal, masih ada Raya tahun hadapan.
Kaedah alternatif adalah menelefon saudara-mara atau menggunakan 'Zoom' untuk berbual, ianya lebih selamat.
Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-senarai-cadangan-garis-panduan-beraya-dalam-pkpb-242794