Khamis, Mei 28, 2020

'Segmen Hari Raya by Ummi


Jom meriahkan majlis kawan baru saya ni....

klik banner atas untuk sertai...

Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bloglist pertama aku join selepas raya. Jom sama-sama meriahkan majlis kawan kita ni...



syarat-syarat :
  1. follow Blog Adianiez.
  2. masukkan " https://www.adianiez.com/ " ke dlm bloglist utama blog anda.
  3. copy & paste banner di atas (link kan ke entri ini) ke dlm satu entry bertajuk " Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez ". publish!
  4. sila copy & paste link entry penyertaan anda di kotak komen sini.



Sabtu, Mei 23, 2020

Selamat hari raya aidilfitri daripada yamanaimy


Aidilfitri 1441H akan menjadi pengalam pertama buat semua....


Assalamualaikum dan salam semua. Setiap tahun menjelang syawal maka semua rakyat Malaysia akan bergembira kerana bukan hanya yang beragama islam akan bercuti tetapi bangsa lain  seperti cina, india, kadazan, iban dan lain-lain etnik di Malaysia akan bercuti yang agak panjang. Tahun 2020 kita teta bercuti panjang tetapi dalam konsep Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Perkara penting yang perlu kita tahu dalam perayaan PKPB adalah
  1. Hari raya pertama sahaja boleh berjalan raya
  2. Boleh pergi tak lebih daripada 20buah rumah
  3. Tak boleh ziarah merentasi negeri
  4. Kalau sakit jangan berjalan
  5. Tak boleh bersalaman
  6. Jaga jarak
Kenapa aku kata Aidilfitri 1441H akan jadi pengalaman pertama buat semua
  • Bagi mereka yang tak pernah merasa raya di perantauan akan merasai raya berjauhan dari kampung halaman dan ibu bapa dan nenek dikampung.
  • Bagi mereka yang tak pernah merasa raya sendirian akan mula merasa perasaan beraya sendirian. Boleh lah menyelami perasaan anak-anak yatim saat sendirian. Kesedihan dan kerinduan yang tiada ubat. 
  • Bagi mereka yang tak pernah menyediakan juadah raya sendiri, balik kampung semua mak ayah sedia, maka ini kali pertama nak sediakan juadah raya sendiri untuk anak-anak dan suami yang pasti nak merasa masakan tradisi.
  • Bagi yang setiap kali raya akan ada berpasang-pasang pakaian baru, mungkin raya kali ini hanya ada sepasang pakaian baru kerana PKPB tak dapat nak buat shoping raya, beli online lambat pula sampai.
  • Bagi yang bila raya, juadah penuh meja, maka raya kali ini aku percaya ramai yang sediakan juadah ala kadar.
  • Bagi yang setiap kali raya akan melawat kubur, akan membaca yassin dirumah seperti saranan kerajaan. Kita tak nak wujud Kluster Kubur lepas Aidilfitri.
Bagi aku ini adalah pengalaman raya pertama apabila Mr.Y buat aktiviti mengecat rumah, anak-anak tak sibuk dengan nak main mercun dan bunga api, pertama kali sepanjang ramadan semua berbuka puasa dirumah, tiada majlis berbuka puasa bersama rakan pejabat atau reunion kawan belajar dan pertama kali aku tidak akan melakukan ziarah semua anak aku bawah 12tahun, walaupun kerajaan kata boleh ziarah tak lebih 20buah rumah dalam satu kawasan. 

Anda bagaimana?




Beraya dalam PKPB.... langkah & Carta Alir

Assalamualaikum dan salam semua. Insyalah esok kita semua akan beraya buat pertama kalinya dengan norma baru. Aku gembira sahaja nak raya, macam-macam ada dalam kepala tapi dalam kegembiraan nak terima kedatangan tetamu, aku risau andai ada yang datang adalah pembawa virus covid 19. Berikut adalah langkah dan carta alir yang dianjurkan...

Langkah dalam Pemberdayaan Komuniti: "Beraya dalam PKPB"
Komuniti Sasaran:
  • Kawasan dan Desa Kediaman
Objektif:
  • Memastikan orang ramai mematuhi semua SOP yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (kepatuhan sosial, disiplin sosial dan tanggungjawab sosial)
Keperluan, Masalah, Peluang:
  • Keperluan: Untuk mengikuti SOP CMCO semasa perayaan Hari Raya.
  • Masalah: Ketidakpatuhan terhadap SOP terutama dalam pergerakan dan jarak sosial, kemungkinan sesak dan pembersihan peralatan yang tidak betul boleh menyebarkan penyakit.
  • Peluang: Pemimpin masyarakat memimpin pengawasan dan pemantauan kawasan mereka.
Pengetahuan, teknologi dan idea untuk memperkasakan masyarakat
  • Mematuhi SOP
  • Jarak fizikal, walaupun semasa melayan tetamu, jarak yang selamat mesti dijaga
  • Gunakan `mask’topeng muka apa bila menerima tetamu
  • Membudayakan pengunaan pembersih tangan atau membasuh tangan dengan betul sekurang-kurangnya selama 20 saat
  • Jaga kebersihan rumah
  • Gunakan pinggan dan cawan pakai-buang. Cuci semua peralatan hidangan dengan   teliti setelah melayani tetamu. Makanan sedia bungkus adalah alternatif.
  • Elakkan kesesakan, tempat tertutup dan kontak dekat dengan tetamu
  • Berani mengatakan ‘TIDAK’ kepada bakal tetamu terutamanya mereka yang rumahnya mempunyai kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak, orang didalam rawatan dsb.
  • Belajar menerima tetamu secara berperingkat-peringkat dan menghadkan bilangan tetamu di dalam rumah.
  • Belajar menggunakan teknologi ‘Zoom’, Facetime’ atau ‘Skype’ untuk beramah mesra secara maya, bukannya berjumpa secara fisikal.
Carta Aliran Pelaksanaan
1. Pemimpin masyarakat / kampung dan jawatankuasa perumahan / kampung(JTK)
  • Memastikan semua ketua isi rumah di kawasan mereka mengetahui SOP.
  • Memutuskan definisi bilangan orang yang maksimum dalam satu rumah di kawasan mereka, samada 10/15/20 (bergantung kepada keluasan rumah).
  • Memilih dan melatih sekuriti untuk ditempatkan di pintu masuk jika belum ada sekuriti.
2. Di pintu masuk:
  • Periksa rumah yang akan dikunjungi pelawat, pastikan bilangan ke setiap rumah dalam satu masa tidak melebihi jumlah maksimum ditentukan JTK.
  • Pastikan semua orang memakai ‘mask’ /topeng muka.
  • Daftar masa masuk, nama pemandu, nombor plat kereta, alamat rumah yang dikunjungi, bilangan orang dalam kereta, nombor hubungan.
  • Sekiranya ada orang di dalam kereta yang mengalami simptom COVID-19, jangan biarkan mereka masuk ke rumah.
  • Sekiranya boleh, lakukan pemeriksaan suhu badan.
3. Langkah-langkah di rumah:
  • Setiap rumah mesti mempunyai pembersih tangan di pintu masuk.
  • Daftar nama dan nombor telefon pelawat.
  • Tidak boleh berjabat tangan, salam atau berpelukan.
  • Jauhkan jarak antara satu sama lain terutama warga emas, jika warga emas boleh  diasingkan atau ada penghadang kaca adalah lebih baik.
  • Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati atau jangan melawat langsung.
  • Jangan menghidngkan makanan secara ‘buffet’. Elakkan makanan dari terdedah.
  • Makanan lebih baik dibungkus terlebih dahulu atau gunakan pinggan dan cawan pakai buang di mana penghapusan sisa makanan dan peralatan pakai buang.
  • Pastikan semua permukaan di ruang makan, ruang legar dan kawasan yang tetamu   mengunjung di bersihkan dengan rapi setelah tetamu pulang pada penghujung hari.
4. Sebelum beredar pulang, mohon tetamu mencuci tangan atau guna pembersih tangan.5. Semasa keluar, sekuriti mencatat masa para tetamu meninggalkan kawasan ini.
Semua langkah di atas akan mempermudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif dari kawasan tersebut.
Kami berpendapat bahawa yang terbaik adalah tidak merayakan Hari Raya dengan mengunjungi sesiapa tahun ini, tunggu hingga wabak ini terkawal, masih ada Raya tahun hadapan.
Kaedah alternatif adalah menelefon saudara-mara atau menggunakan 'Zoom' untuk berbual, ianya lebih selamat.
Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ini-senarai-cadangan-garis-panduan-beraya-dalam-pkpb-242794