Khamis, Mac 12, 2020

Burnt Cheesecake Elba Air Fryer

Assalamualaikum dan selamat petang..akhirnya terlaksana juga hasrat nak buat resipi viral Burnt Cheesecake. Tapi kek kita, kita bagi nama Burnt Cheesecake Elba Air Fryer, sebab payah nak cari resipi guna air fryer jenama elba.

Ini siap potong...belum sejuk betul Mr.Y request potong sbb nak tengok dalam macam mana.

 Resipi sama macam yang aku share dekat sini. Bezanya aku letak perahan lemon sikit.

Aku suka corak lepas dikeluar dari loyang.

Harap yang minta kek ini suka lah.


KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI

Wabak conv-19 gelombang kedua ini menakutkan. Jom KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI


HARI 1-3
1. Gejalanya hamper sama dengan masuk angin.
2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.

HARI KE-4
1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
2. Mulai suara serak.
3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
4. Mulai gangguan pada tabiat pemakanan.
5. Sakit kepala ringan.
6. Diare atau gangguan percernaan ringan.

HARI KE-5
1. Sakit kerongkong, suara serak.
2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
3. Badan lemah, terasa sakit sendi.

HARI KE-6
1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
2. Batuk dengan lender atau batuk kering.
3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
4. Kelelahan, mual.
5. Sesekali sukar bernafas.
6. Jari sakit.
7. Diare dan boleh muntah.

HARI KE-7
1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
2. Batuk lebih banyak dan berkahak.
3. Biasa badan dan sakit kepala.
4. Diare yang lebih teruk.
5. Muntah.

HARI KE-8
1. Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
2. Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
3. Batuk yang berterusan.
4. Sakit kepala, nyeri sendi dan sakit punggung.

HARI KE-9
1. Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
2. Demam semakin teruk.
3. Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
4. Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.

Pada saat ini, ujian darah dan x-ray paru-paru perlu dilakukan.

Rabu, Mac 11, 2020

Burnt Cheesecake viral...bila nak buat ni...

Minggu lepas sambil lepak dengan 
Mr.y...dia cakap bila nak buat Burn Cheese cake? Aku pun bagitahu lah... Cream Cheese mahal bukan macam 3-4 tahun lepas. Tak sampai RM 8 untuk 250g. Sekarang dekat RM10. Macam berkira gila kan... Mr.Y pun kata..sekali sekala tak apa.

Maka kita pun beli lah barang-barang... Dah beli barang bila nak buat. Aku simpan resepi yang dapat dari FB resipi air fryer malaysia dulu.

Terima kasih buat yang share resepi.

Ya allah berikanlah kerajinan buat kami. Moga terjadilah resepi air fryer ini.

Selasa, Mac 10, 2020

Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh...


Semalam nampak pisang dalam peti...maka rajinkan diri mengodek si pakcik google untuk cari resepi apam...mak cakap buat apam pisang kukus lah. Aku tanya ada kelapa tak? Dia kata kelapa parut ada. Cari-cari tak jumpa...yang jumpa ada lah resepi di bawah.

Baca Juga:

Ayam percik air fryer


Resipi Kek Pisang Tanpa Telur Kukus Boleh...Bakar pun boleh..

Bahan-bahan

  • 1cawan pisang yang telah dilecek
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan minyak
  • 2/3 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
Cara-cara
  • Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. 
  • Bahan yang telah diayak dicampur dengan senua bahan-bahan lain.
Baca juga:

Review : Elba Air Fryer

Kalau kukus

  • Masukkan adunan dalam bekas kuih lompang
  • Kukus selama 15minit
Kalau bakar guna airfryer
  • Masukkan dalam bekas muffin yang saiz s
  • Preheat airfryer pada suhu 165
  • Selesai preheat, bakar lah kek pisang itu selama 12minit.
Selamat mencuba.

Hadiah Birthday Kakak Humaira

Assalamualaikum....ini adalah hadiah birthday kakak humaira untuk tahun ini. Apabila birthday kakak, adik pun dapat sama.

Baca Juga:

Hadiah ini juga akan jadi beg untuk mereka pakai semasa hari raya nanti. Alhamdulillah, semalam beg ini sampai. Gembira dan teruja sangat anak-anak...tak sempat nak ambil gambar mereka dengan bag sebab beerkejar naj ke sekolah agama pulak.

Harga 2 beg mickey mouse beserta pos adalah bawah RM15. Bukan nilai mahal atau murah tapi kegembiraan anak-anak itu penting.

Ini link aku beli beg.. ⚠️ReadyStock⚠️(R18) Miey Slingbag 

Jangan lupa masuk shopee melalui shopback untuk dapat cash back. Kalau belum daftar, Klik link bawah dulu ye...
Hey! Check out ShopBack where you can earn Cashback as you shop online. Sign up via my link and get a RM5 welcome bonus today!