Selasa, Mac 10, 2020

Hadiah Birthday Kakak Humaira

Assalamualaikum....ini adalah hadiah birthday kakak humaira untuk tahun ini. Apabila birthday kakak, adik pun dapat sama.

Baca Juga:

Hadiah ini juga akan jadi beg untuk mereka pakai semasa hari raya nanti. Alhamdulillah, semalam beg ini sampai. Gembira dan teruja sangat anak-anak...tak sempat nak ambil gambar mereka dengan bag sebab beerkejar naj ke sekolah agama pulak.

Harga 2 beg mickey mouse beserta pos adalah bawah RM15. Bukan nilai mahal atau murah tapi kegembiraan anak-anak itu penting.

Ini link aku beli beg.. ⚠️ReadyStock⚠️(R18) Miey Slingbag 

Jangan lupa masuk shopee melalui shopback untuk dapat cash back. Kalau belum daftar, Klik link bawah dulu ye...
Hey! Check out ShopBack where you can earn Cashback as you shop online. Sign up via my link and get a RM5 welcome bonus today!

Sejarah tercipta - Dr.Zulkifli mufti pertama jadi menteri

Jika dahulu kita asingkan politik dan agama. Tapi di sekolah kita belajar bahawa politik adalah sebahagian dalam bab agama. Alhamdulillah akhirnya, menteri agama dilantik dari kalangan ahlinya.

Baca juga:

Musim Panas : Tanda awal strok haba.


Pada aku dia seorang yang lembut tapi Dalamtegas. Contoh dalam isu sajat menunaikan umrah, langkah penyelesaian adalah terbaik pada aku. Tidak menghentam mana-mana pihak dalam masa sama memberi ilmu. Boleh baca dekat

Semalam selepas dengar berita maka borak-borak dengan Mr.Y.  Kami rasa SS Dr.Zulkifli perlu masuk dalam politik pemerintahan untuk menjaga kepentingan umat islam. 


Sendiri tidak pernah berkesempatan untuk bergambar dengan Dr.Zulkifli.

Baca juga:

Renungan Subuh-BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

Selaian memteri agama dari ahlinya, menteri kewangan pun dari ahlinya juga. Semoga apabila ahli-ahli yang memegang jawatannya, maka lebih baik dah terjamin kesejahteraan kita rakyat Malaysia.

Sabtu, Mac 07, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 3)

Setelah aku yakin bahawa Wahed invest adalah patuh syariah maka aku pun downloadlah aplikasi wahed invest dekat play store. Aku ada cerita pasal perkenalan aku dan wahed dekat bahagian 1 (Klik sini) manakala pasal patuh syariah di bahagian 2 (Klik sini).

Apabila dah siap download dan installl, maka open sahaja aplikasi wahed invest dia terus tunjuk video demo macam mana nak register dan apa perlu buat. Video demo itu sangat membantu pada aku. Demo video adalah seperti dibawah...sebenarnya boleh saja tengok video-video dari wahed dekat channel wahed invest...


Aku mohon buka akaun pada 22 Februari 2020, akaun lulus lambat juga sebab sewaktu buka dia minta pengesahan alamat. Macam mana nak pengesahan alamat adalah melalui surat bank atau apa-apa bil atas nama anda. Aku pula tak sediakan benda itu awal-awal...2 hari lepas daripada itu baru aku muat naikan gambar surat nama aku beserta alamat yang digunakan dalam aplikasi wahed. Selepas pihak wahed review dokumen yang kita upload dan lulus baru kita masukkan deposit. 27 Februari akaun wahed aku lulus dan boleh mula deposit.
Carta alir ini ada dalam Aplikasi wahed tapi hilang bila dah sah mereka terima wang deposit. Kira carta ini memudahkan kita tahu dekat mana dah proses kita buat. Kalau ada apa-apa masalah tulisan biru "learn more' akan apa perlu buat. Macam aku hari tu dia keluar "upload your document'.

Aku masuk deposit RM100 sahaja memula. Dan bila anda dah masuk deposit anda boleh tengok apa kod referal anda. Kod referal aku adalah norbin136. Masa nak buka aku masukkan kod referal Mr.Y. Kenapa penting masukkan kod referal. Sebab kalau kita masukkan kod referal maka tuan milik akan dapat lah duit sikit dalam $5...tukar kepada duit malaysia dapat dalam RM20.

Belum dapat apa-apa...kalau ada yang sudi boleh lah masukkan kod referral aku itu.


Selepas pihak wahed terima deposit RM100 aku, mereka email bagitahu duit aku akan mula dilaburkan dalam tempoh 1-2 hari. Maka secara rasmi 3 Mac 2020 aku dapat pendapatan pertama sebanyak RM4.

Pendapatan pelaburan akan ada naik turunnya.

Sini aku nak kongsi satu lagi video berbahasa melayu tentang wahid ini...


Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

Khamis, Mac 05, 2020

Semoga bermanfaat

Buka blog, tetiba post Doa Munajat Seorang Isteri ni naik. Doa ini aku simpan dekat blog sebagai panduan dan peringatan untuk kemudian hari.

Kisahnya beberapa minggu sebelum nikah dulu, cik suruh baca satu kertas kajang...panjang giler karangan. Tulisan tangan. Terbayang tulisan tangan rumi dan jawi cik, cantik sangat.

Adakala bila kita rindu seseorang yang telah tiada, kita tidak tahu bagaimana untuk meluah dan terus berbakti, Allah tunjukkan jalan. Memang aku taip balik doa dan simpan dalam blog tapi rasanya kalau disebarkan dalam FB, twitter atau lain2 media sosial. Lebih ramai dapat manfaat. Semoga ilmu ini terus berkembang dan menjadi saham akhirat buat bonda.

Apabila ayah juga menghantar video bawah dekat whatsapp, aku tahu dia juga rindu kepada isterinya yang telah tiada.


Selasa, Mac 03, 2020

Corona Virus -Gambaran kanak-kanak 8tahun

Ini adalah gambaran tentang virus corona oleh seorang kanak-kanak berusia 8tahun iaitu kakak Batrisyia Humaira.

Kakak buat gambar ini menggunakan Picsart. Ini adalah hasil selepas dia bertanya tentang virus dan apa yang cikgu cerita di sekolah.