Selasa, Mac 03, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 2)

Sebelum ini aku cerita bagaimana aku dikenalkan dengan wahed Invest (Bahagian 1). Setelah dapat sedikit bayang-bayang maka aku buat carian lebih lanjut tentang benda ni. Perkara pertama aku cari adalah kesahihan Halalnya.... Berikut adalah maklumat yang berjaya aku kumpul untuk siasatan awal.

Wahed Inc., adalah syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia.

Dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2017, dan diperluaskan ke UK setahun kemudian. Aplikasi “Wahed Invest” menyediakan pilihan portfolio yang pelbagai kepada pelabur, seperti dana AS, sukuk, dan dana Dagangan Bursa (ETF).
Platform ini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 akaun di seluruh dunia. Dan kini telah tiba di Malaysia, yang mempunyai hampir 20 juta penduduk Islam.
Di Malaysia, Wahed Invest adalah antara tiga penasihat robo yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia setakat ini, selain daripada StashAway, dan MYTHEO.
Wahed Invest mempunyai empat orang ahli panel Penasihat Syariah, salah seorang  adalah Dr. Aznan Hasan, ahli lembaga syariah AAOIF, ahli panel syariah KWSP, dan Maybank Islamik.
Ini lah muka-muka penasihat syariah mereka.
Penasihat robo (robo-advisors) adalah kategori penasihat kewangan, yang menyediakan nasihat kewangan, atau pengurusan pelaburan secara online.
Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD5 (RM20).
Kod Jemputan: norbin136

Isnin, Mac 02, 2020

Saba Town - Quill City Mall

Selain Hadramout village, saba town turut menyediakan makanan berorientasikan makanan timur tengah.

Baca juga:

Family Gathering~Sulaiman Street, Kampung Baru...


Kali ini kami ambil pakej 2-3 orang punya makan. Aku pernah cuba makan nasi arab di Restoran Saba, cyberjaya. Rasa keenakan nasi dia memang teringat-ingat sampai kini. So pada andaian aku makanan dekat saba town ni sama sedap lah dengan restoran saba cyberjaya tu. Huhuhuhu... Hampa..makanan masih lagi sedap dan salad terbaik pada aku. Tapi tetap tak boleh lawan restoran saba cyberjaya.

Ahad, Mac 01, 2020

Aku & Wahed Invest (Bahagian 1-pengenalan)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pernah dengar pasal wahed invest? Aku pertama kali dengar dalam bulan lepas apabila Mr.Y bagitahu di mula melabur dalam pelaburan patuh syariah. Jujur aku cakap, aku tak pandai langsung bab pelaburan konvensional apatah lagi kalau pelaburan patuh syariah. Apa yang aku tahu kalau patuh syariah mestilah halal kan.

Masa mula-mula Mr.Y bagi tahu pasal Wahed Invest. Aku ragu-ragu BETUL KE PELABURAN ITU HALAL DAN SELAMAT? Jawab Mr.Y Insyalah selamat sebab ia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekeruti Malaysia (SC), maka ia bukan scam atau penipuan. Pelaburan halal kerana ia ada empat orang ahli panel pemantau patuh syariah.

Baca Juga:

Penipuan Pembelian Online


Pastu aku tanya lagi...BERAPA MINIMUN PELABURAN KENA BUAT 1000...10000? Mr.Y balas RM100 SAHAJA DAN BOLEH PILIH NAK MASUK SEKALI SEUMUR HIDUP ATAU SETIAP MINGGU ATAU SETIAP BULAN.

Ok. bila dengar RM100 sekali seumur hidup ini, aku berminat hahahaha kenapa...aku kan surirumah tak berpendapatan..maka untuk dapat RM100 sebulan amat payah (selalu laki aku bagi je duit tapi yang aku maksud payah adalah duit hasil usaha sendiri).

Maka aku teruskan soal jawab dengan laki aku... KALAU SAYA INVEST RM100 SEKALI SAHAJA, BERAPA PULANGAN SAYA AKAN DAPAT? MR.y kata, PULANGAN ADALAH BERDASARKAN RISIKO YANG KITA AMBIK. DALAM INI WAHED KITA BOLEH PILIH NAK AMBIK 'HIGH RISK, MODERATE RISK ATAU LOW RISK'. 

Mr.Y pun keluarkan telefon dia dan aku nampak dia buak Apps Wahed Invest, EH, ADA APPS SENDIRI KE WAHED NI? (soalan agak bodoh lah aku tanya, dah terang-terang nampak laki kau klik icon wahed kan) YE, ADA APPS DIA SENDIRI, DOWNLOAD JE KAT PLAYSTORE. DIA MACAM UNIT TRUST LAH, BEZA NYA UNIT TRUST PAKAI AGEN, WAHED KITA BUAT SEMUA SENDIRI.

Icon Wahed adalah huruf W yang warna hitam biru iru....

Sudah dia cakap pasal unit trust lak. Memang selalu dengar pasal unit trust tapi malas nak ambil tahu sebab rasa unit trust macam untuk orang ada-ada sahaja. Kembali kepada soalan berapa aku dapat kalau invest RM100 je..

Mr. Y kata, ini contoh dia punya pilihan..dia ambil Moderate aggressive risk.
U.S Stok dan Sukuk itu adalah jenis pelaburan yang dilakukan.

Di Bawah pula adalah jangkaan pulangan diperolehi kalau invest RM100 dalam wahed dengan deposit RM100 dalam bank.
Kalau masuk RM100 dalam Wahed invest maka dalam tempoh 5 tahun akan dapat untung sekitar RM51 berbanding RM1 kalau masuk RM100 dalam bank.

Banyak juga bila dibandingkan macam tu. Maka aku tanya macam kalau banding dengan ASB. Mana lagi tinggi dividen dia. Terus dia jawab mesti lah Wahed Invest lagi tinggi... Tahun ini Dividen ASB campur bonus hanya 5.5%. Kalau 5.5% setahun dapat dalam Rm5 sahaja. Wahed 5tahun dapat Rm51, kira setahun dalam RM10. Kalau ikut nilai persen cuba awak kira berapa dividen wahed.

DIa suruh kita buat kerja matematik pulak. Tambah tolak bahagi darab maka aku dapatlah Wahed punya dividen untuk setahun lebih kurang 11%. Betul lah hampir 2 kali ganda lebih nilai Dividen ASB 2019.
Ini aku buat pengiraan menggunakan kalkulator ASb yang terdapat dalam myrakan.com. Untuk tempoh 5 tahun kita hanya dapat sekitar RM23.26 sen. Tak sampai separuh nilai kita dapat kalau melabur dalam wahed invest.
Baca Juga:

MemBAINATkan ceta DRAGON BALL


Perbincangan kali pertama tamat setakat itu sahaja pasal aku tak terus download atau tanya lebih lanjut. Sibuk dengan anak kot...

Muat turun sekarang Aplikasi Wahed Invest di Apple Store, dan Google Play. Boleh mula melabur dengan modal serendah RM100.
Gunakan kod jemputan norbin136, bagi melayakkan anda menerima bonus bernilai USD2.5 (RM10).
Kod Jemputan: norbin136

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 February 2020 sehingga 11.59 malam 24 March 2020. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 4 pemenang bertuah dicari.
Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak Bergigi dan Follow Instagram @ombakbergigi 
  2. Buat entri bertajuk SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  3. Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  6. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 24 March 2020.
  7. Pemilihan pemenang akan berpandukan En.Random.org atau terpulang kepada OM jika tiba-tiba rajin nak pilih secara manual.


"Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"
Perkara yang sering menceriakan hari-hari aku sepanjang Januari 2020 adalah mendengar kisah-kisah anak-anak yang baru masuk darjah satu dan tadika. Bila dengar cerita mereka, maka aku cuba bayangkan suasana ketika itu...Hampir setiap hari ada sahaja kisah mereka. Ini antara beberapa post berkaitan mereka yang aku kongsikan dalam bulan Januari.


Sabtu, Februari 29, 2020

Tahniah Tan Sri Muhiddin Yassin (Perdana Menteri Malaysia Ke-8)

Tahniah Tan Sri Muhiddin Yassin atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.


Setelah beberapa hari kita dilanda kemelut politik. Akhirnya Tuanku Agong menamatkan kemelut dengan perlantikan TSMY sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Nampaknya pakatan harapan hanya berjaya memerintah sekitar 2 tahun. 

Semoga negara dan rakyat lebih sejahtera selepas ini. Jom lah kita nyanyi lagu setia.

Lirik Lagu Setia

Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi
Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua
Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara