RENUNGAN SUBUH *17 RabiulAwal 1441H* Khanis 14/11/2019
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة
*Istiqamah Dalam Amalan*
Istiqamah merupakan daya kekuatan yang diperlukan sepanjang hayat manusia dalam melaksanakan tuntutan Islam, mulai daripada amalan hati, amalan lisan dan anggota tubuh badan. Jelasnya, segala amalan yang dapat dirumuskan dalam pengertian ibadah samada fardu ain atau fardu kifayah memerlukan istiqamah. Istiqamah perbuatan dan amalan meliputi tekun bekerja melakukan apa sahaja yang baik yang diredai Allah SWT.
Firman Allah Taala didalam Surah Yusuf Ayat 87 ertinya “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
*_#IstiqamahMudahDisebutSukarDilakukan_*
*_#BiarSedikitTetapiBerterusan_*
Khamis, November 14, 2019
Rabu, November 13, 2019
Renungan Subuh - Rumah seperti kubur
RENUNGAN SUBUH *16 RabiulAwal 1441H* Rabu 13/11/2019
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة
*Rumah Seperti Kubur*
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu mengerjakan solat sunat ataupun membaca al-Qur’an dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith:
✅ Hadith ini menunjukkan kelebihan surah al-Baqarah dan membacanya dengan tadabbur dan mengamalkan kandungannya akan menjauhkan daripada syaitan.
✅ Islam menuntut kepada setiap umatnya agar menghiasi rumah mereka dengan amal ibadat wajib dan juga sunat, kerana rumah-rumah yang tidak ada penghuninya yang sembahyang sunat dan membaca ayat suci al-Qur’an diibaratkan kubur yang sunyi dimana syaitan serta iblis akan menguasainya.
✅ Syaitan dan iblis akan takut apabila mendengar ayat-ayat al-Qur’an dibaca oleh seseorang lebih-lebih lagi surah al-Baqarah.
✅ Digalakkan supaya mengerjakan solat sunat dirumah.
*_#PerbanyakkanIbadatSunatDiRumah_*
*_#ElakkanRumahSepertiKubur_*

Selasa, November 12, 2019
Double cashback dengan Boost dan Shopback
APA ITU BOOST APP ?
Boost app adalah aplikasi dompet mudah alih yang bertujuan untuk merevolusikan cara anda berurusan di dunia semakin digital dan mudah alih hari ini. Dengan menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital canggih, Tingkatkan membuat transaksi lebih mudah, lebih cepat, lebih selamat dan pengalaman keseluruhan lebih bermanfaat untuk pengguna. Dengan aplikasi Boost app, kita boleh membayar di pedagang yang mengambil bahagian dengan telefon bimbit tanpa kerumitan menggunakan duit kertas atau syiling. Kita juga boleh menambah kredit prabayar secara on-the-go, membayar bil dan juga membeli pelbagai baucar digital pada tawaran hebat melalui Kedai Digital yang terdapat dalam Boost App ni. Secara mudah kita bayar apa-apa barang yang kita perlukan dimana-mana kedai yang join Boost atau boleh beli secara online. Bukan beli sahaja tapi bayar bil juga ye. Setiap kali kita guna Boost app ni kita akan dapat cashback. Untung kan.

APA ITU SHOPBACK?
Beberapa hari lepas aku nak beli tiket bas, maka aku cakap dekat Mr.Y nak beli tiket bas guna ShopBack. Aku pernah cerita pasal ShopBack pada entry tahun 2017. Lama dah kan. Boleh klik link ShopBack ini kalau nak tahu. Secara ringkas ShopBack adalah sebuah laman web dan aplikasi yang memberi pulangan tunai apabila pengguna berbelanja secara online dengan rakan kongsi ShopBack. Sebagai contoh, setelah berbelanja RM100 di Shopee dan anda adalah pengguna ShopBack, anda akan mendapat kembali 6% (RM6) pulangan tunai yang dijanjikan oleh Shopee kepada pengguna ShopBack.
Bila aku bagitahu Mr.Y macam tu, dia kata guna Boost, Boost ada RedBus. RedBus adalah aplikasi untuk beli tiket bas. Banyak juga bas yang join app ini, antaranya adalah Darul iman, Konsortium Mutiara, Transnasional dan lain-lain. Aku kata lah aku tak join Boost, maka dia guna Boost dia lah. Aku tanya lah kenapa nak guna Boost, Mr. Y kata dapat double cashback.
Mula-mula dapat cashback dekat Shopback, kemudian dapat cashback dekat Boost. Untung kan. Korang kalau belum join Boost disini.
Naqiu Vs Awie di ambang watie
Aku saja cari video persembahan Nagiu boboy masas GGV untuk minggu ke-5 sebab terlepas bahagian tersebut. Sekali aku jumpa video duet yang dibuat oleh seorang hamba Allah ni. Pada aku cun lah nampak paduan suara dua insan ini.
Boleh tengok dekat link youtube bawah.
Berikut adalah lagu bagi minggu ke -6 Gegar Vaganza
- Naqiu Boboy - Juwita (Saleem)
- Jatt - Still Loving You (Scorpions)
- Ons Nation Emcees - GadIs & Bunga (Rahimah Rahim)
- Roy - Sonata Musim Salju (Hazami)
- Wan - Pengemis Cinta (Ella)
- Noorshila Amin - Karena Pengalaman (Elvy Sukaesih)
- Hady Mirza - Cinta Luar Biasa (Andmesh)
- Sham Visa - Suratan Takdir (Gersang)
- Feeza - Terus Mencinta (Siti Nordiana)
- Nurfatima - Enggan (Fauziah Latif)
Tiket percuma KL Hop On Hop Off
Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.
Tiket percuma KL Hop On Hop Off
Sebelum dapat tiket percuma ini, anak-anak selalu jugak bertanya bila kita nak naik bas terutama selepas ummu balik kampung terengganu dengan bas. Ummu pula ada perancangan nak balik kampung lagi tapi masih dalam dilema samada nak bawak balik semua atau tak. Satu yang di fikirkan adalah abi payah cuti sekarang. Maka suatu rezeki lah untuk anak-anak merasa naik bas apabila tiket percuma untuk pelajar diedarkan. Abi kata jom semua naik sebab uwais dan uzayr tak perlukan tiket. Tiket dewasa RM25 tapi kalau beli dekat Klook's boleh dapat RM22 seorang. Ini untuk pas tiket 24 jam lah.
Aku pun ada baca review dari kawan aku pasal pengalaman naik bas ini. Maka insyalah ini menjadi salah satu aktiviti cuti sekolah.
Baca Juga:Kids vs Donut & Arissto earl tea...

![]() |
Harga tiket yang aku screen shot dari web KL hop on hop off Maka puas hati lah kalau beli dapat murah rm3. |
![]() |
tempat-tempat persinggahan dia. |
Aku pun ada baca review dari kawan aku pasal pengalaman naik bas ini. Maka insyalah ini menjadi salah satu aktiviti cuti sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)