Selasa, November 12, 2019

Tiket percuma KL Hop On Hop Off

Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.

Tiket percuma KL Hop On Hop Off 

Sebelum dapat tiket percuma ini, anak-anak selalu jugak bertanya bila kita nak naik bas terutama selepas ummu balik kampung terengganu dengan bas. Ummu pula ada perancangan nak balik kampung lagi tapi masih dalam dilema samada nak bawak balik semua atau tak. Satu yang di fikirkan adalah abi payah cuti sekarang. Maka suatu rezeki lah untuk anak-anak merasa naik bas apabila tiket percuma untuk pelajar diedarkan. Abi kata jom semua naik sebab uwais dan uzayr tak perlukan tiket. Tiket dewasa RM25 tapi kalau beli dekat Klook's boleh dapat RM22 seorang. Ini untuk pas tiket 24 jam lah.



Harga tiket yang aku screen shot dari web KL hop on hop off
Maka puas hati lah kalau beli dapat murah rm3.


tempat-tempat persinggahan dia.

Aku pun ada baca review dari kawan aku pasal pengalaman naik bas ini. Maka insyalah ini menjadi salah satu aktiviti cuti sekolah.


Isnin, November 11, 2019

Baucer Diskaun Hari-Hari



Assalamualaikum dan selamat pagi.


Baucer diskaun 10% Hari Hari dan tiket percuma untuk pelajar menaiki bas KL Hop On Hop Off ini kita dapat masa hari dialog sekolah kakak humaira. Alhamdulillah ada rezeki untuk penjimatan nampaknya.

Baucer Diskaun Hari Hari

Tahun lepas untuk masuk sekolah darjah satu kami menghabiskan wang hampir rm500 sahaja untuk keperluan pakaian sekolah kakak humaira. Tahun ini kena beli untuk kakak hana pulak. Tapi rasanya baju kakak humaira pun nak kena tambah sepasang lagi untuk sekolah agama

Baju kurung saiz kakak humaira dan RM31.35 manakala untuk hana RM29.45 sepasang. Ini hanya baju kurung belum masuk tudung, anak tudung, baju dalam dan lain-lain keperluan.

Baca Juga: Analisa Bajet Famili
Sebenarnya kami suami isteri dah mula buat kiraan bajet teperinci perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak tahun depan bermula bulan enam lagi. Dekat bawah aku sertakan berapa kos yang kami perlu sediakan sebelum bulan 12 tahun ini untuk beli barang persekolahan. Ini hanya kos pakaian sebab topik kita pagi ini adalah baucer tiket hari-hari.

Andaikata kami belanja di hari-hari dengan kos sebegitu, maka kami akan dapat diskaun sebanyak RM30.60. Lepas lah nak buat belanja makan selepas penat berbelanja di Hari Hari.

Baca Juga:Adakala kita perlu pentingkan diri sendiri
Aku percaya kalau masuk hari-hari lebih dari itu akan aku belanja...dalam otak aku terbayang nak tambah underwear anak-anak dan suami, nak beli inner baru untuk diri sendiri dan anak-anak gadis. Maka terima kasih banyak-banyak hari-hari bagi baucer ini.

Siapa kat sini suka berbelanja di Hari Hari angkat tangan.

Renungan Subuh 11/11/2019-Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

RENUNGAN SUBUH *14 RabiulAwal 1441H* Isnin 11/11/2019

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ اللَّــــــهِ وَبَرَكَــــــاتُة

*Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga*

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”

Baginda s.a.w menjawab, “ *Wanita-wanita dunia lebih utama* daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Baginda s.a.w menjawab, “Kerana *solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah.* Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)

*_#WanitaSolehahDambaanKaumMuslimin_*
*_#KaumMusliminJugaPerluBerusahaKeArahHambaYangSoleh_*

Ahad, November 10, 2019

Terlayan gegar vaganza pulak...

Entah macam mana malam ni boleh terlayan gegar vaganza pulak. Sebenarnya aku tak pernah ambik port pun sejak program gegar vaganza ni bermula. Malam ni Mr.Y dengan baik hati buka program gegar vaganza live dekat you tube. Maka sambil lipat baju kita enjoy lah lagu-lagu lama.

Banyak kenangan lama muncul di minda apabila lagu-lagu lama dimainkan balik. The best part is...Datuk yusof haslam berselisih pendapat dengan bonda hetty kus endang.

Baju jihan musa malam ni cantik. Baju nabil aku tak berkenan.




Dialog Kualiti Kemenjadian Murid siri 2/2019



Dialog Kualiti Kemenjadian Murid siri 2, Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu telah diadakan pada 5 november 2019. Oleh kerana Uzayr tidur awal hari tersebut maka awal lah ummu pergi sekolah kakak humaira.  Gambar kat atas ayah Sumayyah tengah jumpa cikgu. Itulah cikgu Nasuha, Guru kelas Kakak Humaira.

Baca Juga: hari bicara akademik

Masa tahu ada dialog kualiti, macam-macam hal bermain dalam kepala ummu. Tapi tak apalah kita simpan tepi bagaimana perkembangan kakak Humaira di sekolah. Apa yang nak di tekan disini adalah kepentingan sahsiah pelajar. Zaman kita dulu hanya perkembangan dan penilaian akademik yang dilakukan, manakala perkembangan sikap dan sahsiah pelajar tidak dilaksanakan. Kira suatu yang bagus apabila pelajar tidak lagi dinilai berdasarkan pencapaian akademik semata. Sebaliknya pencapaian akademik perlu seiring dengan pencapaian sikap dan sahsiah pelajar. Sikap dan sahsiah pelajar dilakukan secara berterusan melalui amalan harian dan perlakuan dalam kelas.

Ini penilaian dilakukan..ada 6 tahap. Kata cikgu belum ada yang dapat tahap 6 sebab terbaik sangat tahap 6 tu...
Dalam banyak-banyak benda yang dilaporkan aku tertarik kepada satu bahagian yang memaparkan bilangan amalan baik dan bilangan kes. Bilangan amalan baik adalah perbuatan baik yang pelajar lakukan sepanjang sesi persekolahan. Bilangan ini akan bertambah dan dibawa sehingga darjah 6 walaupun pelajar berpindah ke sekolah lain. Manakala bilangan kes pun sama akan dibawa dan bertambah sehingga pelajar darjah enam. Nasihat cikgu hari itu harap-harap tak adalah kes sehingga darjah enam.