Khamis, Ogos 29, 2019

Apabila suami tolong buat kerja rumah...



Ini cara aku, kalau boleh setiap kali Mr.Y tolong buat kerja rumah, aku nak cakap terima kasih melalui gambar.

Apabila suami tolong buat kerja rumah berkemungkinan wujud beberapa situasi...

Pertama, si isteri buat tak nampak apa suami buat. Selalu kalau isteri buat tak nampak, anak-anak akan nampak juga. Suami akan terus melipat je sebenarnya kalau bini buat tak tahu.



Kedua, si isteri akan mengeluarkan kata-kata sindiran seperti "mengigau apa awak tolong lipat baju ini?' "apasal tetiba baik hati tolong lipat ini?' " ini tolong mesti ada niat lain ni'. Ini bahaya, pertama niat baik suami akan terbantut, boleh jadi gaduh dan yang kedua pandangan anak-anak. Ibu menunjukan contoh yang tak elok. Kenapa perlu memulakan pergaduhan. Belum apa-apa, dah berprasangka buruk dekat suami.

Ketiga, si isteri mengeluarkan kata-kata penghargaan. Ini yang sebenarnya bagus dan baik. Anak-anak ambil contoh dari perlakuan ibubapa.

Anda pilih bagaimana reaksi anda apabila suami bantu kerja rumah. Elakkan terbit percikan pergaduhan.

Faliyana mom store

Assalamualaikum dan selamat petang. Kali ini nak share sikit pasal store Falyana Mom Store.n Kenapa nak share info pasal store ini? sebab kebelakangan ini, store ini lah yang sering dikunjungi oleh kami sekeluarga. 



Faliyana Mom Store adalah kedai yang menyedikan pelbagai kelengkapan ibu dan anak dari awal usia kandungan sehingga kanak-kanak. Mula-mula masuk kedai ini, aku rasa macam wow!!! banyaknya barang baby dan ibu berpantang. Masuk kedalam sikit nampak keperluan anak-anak yang lebih besar yang lain. Sebenarnya kami kerap kesini untuk mengambil stok mesin kopi dan kapsul kopi. Tapi kalau dah nama seorang mak dan ada bawa anak-anak, jangan harap hanya itu yang diambil adalah seperti berikut:

Moms Precious-Pro Mom Bag
Aku memang suka bawak bag-pack untuk letak apa-apa barang keperluan anak-anak terutama untuk travel. Pada aku lebih senang. Berkenan giler dekat bag ini sebab ia unisex, maksudnya lelaki bawa pun tak nampak macam bag pampers. Mr.Y memang setuju lah bila aku kata nak beg ini. Bergaya sikit bila bawak bag pampers anak-anak.

Soft Book
Aku pilih 2 buah soft book, sesuai sangat untuk uzayr yang suka sangat koyak buku dan kotak. Pasti dia tak dapat koyakkan soft book ini sebab buat dari kain.

Kalau ada yang berminat nak shoping barang kerpeluan bayi dan ibu boleh layari Faliyana Mom Store. Sebenarnya hadiah untuk 2 orang sahabat yang baru melahirkan anak pun kami beli dekat sini. Jimat masa dan tenaga. 


Rabu, Ogos 28, 2019

Berita kopi: Starbucks At Home by Nestle

Assalamualaikum, awal pagi kecoh dalam group whatsapp arissto pasal Starbuck dah keluarkan Kapsul kopi mereka sendiri. Menarik. Nampaknya pasaran kopi makin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Berita penuh pasal kerjasama antara Nestle dan Starbucks boleh baca sini.

Yang jual dekat shoppee...harga kat atas tu...

Boboiboy the movie 2 ~ Family Time


Sehari selepas raya korban kami bawa anak-anak tengok boboiboy the movie 2. Memang dari awal keluar thriller aku dah cakap kat Mr.Y yang aku nak tengok wayang gak. Mr.Y bagi dengan syarat kalau Uzayr menangis kena keluar. Ok lah kita terima syarat tersebut.

Kira pecah rekod setelah 8tahun tak menjejak kaki ke pawagam. Last tengok movie dekat wayang masa mengandung Humaira, sekarang humaira dah 7 tahun. Masa dorg tengok upin ipin keris siaman tunggal pun tak dapat join walaupun hati rasa nak sangat join. Kisahnya rasa Uzayr sangat tak sesuai untuk bawak masuk wayang time tu, umur baru masuk setahun. Kira sekarang dah setahun 6 bulan. 

Reaksi uzayr memang diluar jangkaan, dia enjoy tengok movie terutama bila keluar watak papa zola dan pipi zola. Tengah cerita dia bosan nak jalan tapi tak jadi jalan jauh sebab watak papa zola dan pipi zola keluar lagi. 



kesimpulan untuk next movie ejen ali ummu boleh join lagi...tapi uzayr mcm tak minat sangat cerita ejen ali.hurm......



Giveaway Merdeka 2019'

Klik banner untuk sertai..