Selasa, Ogos 27, 2019

Hana ikuti lawatan Tadika Islam Maiwp Tengku Ampuan Jemaah

Tahun ini adalah pengalaman pertama Hana ikuti lawatan sekolah. Tahun lepas puas ummu dan abi pujuk, tak nak dia join lawatan. Kakak yang semangat nak join tahun lepas tapi tak jadi sebab demam pada hari lawatan. Tahun ini abi macam tak berapa nak bagi tapi hana bersemangat nak ikut serta. Maka kita berilah.  Jom layan gambar yang dikongsi oleh Mr.Y dan cikgu-cikgu.

Selalu pergi sekolah dengan mak long dan pak long tapi hari ini, abi hantarkan. Suka benar dia kalau abi hantarkan.

Sebagai langkah keselamatan andai dia terpisah dari cikgu atau kumpulan lawatan, abi masukkan kad nombor fon uumu dan abi dalam lipatan lengan baju. Lengan baju labuh, memang kena lipat.

Untung Hana dapat jalan-jalan naik kuda.

Lunch KFC mereka.
Ini ummu terlebih berangan dan berkoyal.


Bila ummu turun padang berniaga Arissto

Assalamualaikum dan selamat pagi. Jumaat lepas aku join Mr.Y dan kawan-kawan dalam team Arissto buka gerai. Kira tolong jaga booth sekali lah. Sebenarnya ini adalah kesan gerai diserbu oleh orang ramai bulan lepas. Masa tu kata Mr.Y, dia dan kawan-kawan tak cukup tangan.

Hari isnin masa bawak uzayr check up setahun enam bulan dia tanya aku pasti ke nak turun jumaat 23 ogos 2019 untuk tolong jaga gerai Arissto. Aku jawab, nanti tanya mak boleh jaga budak-budak tak. Hari khamis aku buat keputusan bawa Uwais dan tinggalkan Uzayr dekat nenek. Kebetulan Hana pulak payah nak bangun untuk ke sekolah maka aku suruh dia jaga Uzayr sekali.

Siap pasang meja, belanja Uwais makan dahulu. Nak berniaga kena ada tenagakan.
Sebenarnya aku tak pernah tinggalkan Uzayr lebih satu jam dekat mak. Kira ini pengalaman pertama buat aku dan Uzayr berjauhan melebihi 2jam. Hampir 7jam jugak kena tinggal. Pukul 10.30pagi aku call mak tanya macam mana Uzayr, mak kata Uzayr dah bangun tapi Hana masih tidur. Penat betul Kak Hana join lawatan sekolah hari khamis tu, rupanya bukan hana saja yang belum bangun, kawan-kawan sekolah pun ramai tak datang...heboh dalam group whatsapp tadika dia anak-anak tak nak bangun ke sekolah.

Bila tak ada orang dekat gerai aku suruh Uwais edarkan template. Oleh kerana percakapan Uwais belum jelas, maka setiap kali orang tidak faham apa dia cakap, mak kena jadi translator. Berani dia approach orang untuk edar template Arissto.





Kawan-kawan dalam team arissto yang turun adalah Iman dan Faezah. Faezah bawa baby Faeq(ntah betul ke tak ejaan nama dia). Sambil jaga gerai sambil berborak, banyak juga ilmu berkaitan kopi yang aku dapat dari iman dan faezah. Antara ilmu baru adalah:
  • Serbuk kopi yang baik tak akan hilang apabila dibancuh, bukan macam kopi segera.
  • Kopi tidak boleh dibancuh menggunakan air mendidih kerana akan hangit. Apabila hangit ia akan hilangkan rasa kopi sebenar. Sebab itu mesin Arissto mempunyai kepanasan sehingga 92° C sahaja. Keraa itu pengguna dicadangkan menggunakan air dari tapisan untuk buat kopi Arissto.
  • Buih-buih atas air kopi menunjukkan kopi tersebut di bancuh dengan baik.

Selain buat jualan air kopi, kami beri minuman teh Arissto percuma. Hampir waktu tengah hari Mr.Y ajak naik atas untuk lunch nasi lemak air tangan rakan-rakan lab dia. Sedap betul sambal nasi lemak dia, walaupun pedas. Sebenarnya Mr.Y ada jamuan perpisahan pelajar praktikal.

Masa ini aku dah turun balik jaga gerai. Jangan terkejut lab Mr.Y semua perempuan.

ada jugak gambar aku satu.
Kira-kira jam 1.00pm ktorg tutup gerai.

Isnin, Ogos 26, 2019

Naimy Art: Free Gift Template Resit

Naimy Art: Free Gift Template Resit: Assalamualaikum dan selamat pagi. Suatu ketika suami sis cakap nak beri resit sewa kepada penyewa tetapi tak sempat nak cari. Sambil-sambil... Inginkan design unik dan khas boleh hubungi kami. http://www.facebook.com/messages/NaimyArt @ Whatsapp: 0196998384/0196158384

Khamis, Ogos 22, 2019

Permaianan Blok meningkatkan imaginasi dan kreativiti anak-anak

Bongkah yang dihadiah oleh CuCah untuk kakak humaira sewaktu usia 3 tahun. Kakak Humaira dah tujuh tahun.
Assalamualaikum dan salam semua.  Semalam aku layan uwais main lego. Masyallah dia punya imaginasi mengalahkan mak dia.

Dalam banyak-banyak mainan yang pernah kitorang beli untuk anak-anak...aku rasa bongkah-bongkah blok lah paling berbaloi..kerana apa? sebab ia banyak dan tahan lama. Harga pula, ada yang murah, ada yang mahal.


Apa itu permain Blok?
Permainan blok adalah permainan yang melibatkan bongkah-bongkah atau ketulan-ketulan plastik, kayu atau kain yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk. Anatara permaian blok yang popular adalah Blok Lego.

Usia berapa sesuai untuk permainan blok?
Sebenarnya ia sesuai dari peringkat bayi. Cuma ibubapa perlu pandai memilih bahan dan saiz. Jika bayi bawah setahun amat sesuai bongkah besar dan lembut seperti kain yang dimasukan span.  manakala untuk usia yang lebih besar saiz sederhana dan kecil boleh dimanfaatkan.

Fardah permaian blok

  1. Merangsang perkembangan saraf motor kanak-kanak
  2. Merangsang perkembangan kreativiti
  3. membantu daya berfikir 
  4. membantu dalam pertumbuhan kemahiran sosial
Syarat utama dalam apa saja permainan anak-anak adalah penglibatan orang lebih tua pada peringkat awal. Fahamkan mereka tentang fungsi dan peraturan permainan. Ada aku perhatikan anak-anak ini memasukan blok ke dalam mulut, ada yang membaling kepada kawan, ada yang tak ingin berkongsi dan macam-macam lagi...


sekian perkongsian pagi ini

Latihan solat berjemaah seawal yang boleh

Seawal usia berapa anak digalakkan untuk melakukan solat berjemaah? Pada aku seawal yang boleh. Bagaimana? Mereka dilatih dengan memerhatikan perbuatan mak ayah. Jika mak ayah rajin solat berjemaah bersama, insyalah anak tak akan rasa ganjal atau pelik untuk melakukan hal yang sama walaupun tanpa kehadiran mak dan ayah.

Kedudukan solat imam perempuan dan makmum perempuan ini tak berapa nak betul. 
Pinjam gambar en.Google