Jumaat, Ogos 16, 2019
Suami isteri itu
Suami isteri itu saling memerlukan sesama sendiri
Suami isteri itu sentiasa menyokong sesama sendiri
Suami isteri itu selalu berkongsi apa saja sesama sendiri
Suami isteri itu tiada rahsia antara sesama sendiri
Suami isteri itu saling meluah sesama sendiri.
Suami isteri itu selalu bergurau sesama sendiri.
SUAMI ISTERI ITU SERING BERGAMBAR SESAMA SENDIRI.
Kamu hanya dapat bergambar sesama sendiri dengan gembira dan tenang sebelum anak melasak. Bila anak mula melasak, angan2 lah gambar nya cantik. Waktu bergambar tiada lagi ketenangan tetapi penuh kelam kabut. Yang kekal adalah kegembiraan jika anda enjoy dengan kelam kabut itu....😂
Khamis, Ogos 15, 2019
Resepi Teh Tarik Arissto & Chicken Wrap
Asssalamualaikum, pagi tadi berpeluang menyiapkan sarapan pagi untuk Mr.Y sebelum pergi kerja. Menu yang kita sediakan pagi ini adalah teh susu yang ditarik menjadi teh tarik dan chicken wrap.
Kenapa teh susu jadi teh tarik? Sebenarnya Mr.Y bukan peminat teh, tapi aku nak tahu bagaimana bau dan rasa teh THE KING ARISSTO ini. THE KING ARISSTO adalah teh hitam asli tanpa campuran apa-apa bahan lain. Maka aku buat jugak tanpa letak susu pekat sebab Mr.Y dalam proses mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Mr.Y rasa sikit dia kata, "awak minumlah." Aku pun bau dan rasa sikit, hurm....bau teh kuat, rasa pahit macam sesuai sangat buat teh tarik. Tak tunggu aku terus ambil susu pekat satu sudu kecil dan mula tarik. Wow!!! rasa hampir sebiji macam teh tarik kedai mamak, agaknya mamak kat kedai tu pakai teh hitam buat teh tarik.
Teh Tarik Arissto
- Brew small cup kapsul The King
- 1 sudu kecil susu pekat manis (ikut manis mana yang kamu suka)
- 1/4 cawan susu segar yang dipanaskan, jangan sampai mendidih. (susu boleh tukar kepada susu cair atau susu penuh krim)
Campurkan semua kedalam cawan, sekarang ia menjadi teh susu. Untuk menukarkan kepada teh tarik, maka boleh lah tarik kepada seberapa banyak buih yang kamu nak. Sebenarnya buih akan lebih banyak dan bertahan lebih lama jika kandungan susu pekat lebih banyak.
Chicken Wrap
- kepingan tortila/wraps
- Isi ayam yang dipotong kecil
- tomato yang di potong keping
- daun salad dipotong
- kobis dipotong (aku guna kobis ungu)
- bawang besar di potong
- serbuk lada sulah
- serbuk lada hitam
- mayonis
- oregano
- minyak untuk menumis (aku guna minyak kelapa dara)
- kepingan keju
- sos cili
Cara-cara
- Panaskan kuali non-stik, apabila panas masukkan minyak.
- Apabila minyak panas masukkan bawang besar, tumis sehingga layu.
- Masukkan isi ayam dan tumis sehingga isi ayam dan bawang bertukar keperangan.
- Masukkan salad, tomato dan tomato. kalau ada lobak boleh jugak dimasukkan. Masak sehingga semua agak layu.
- Seterusnya masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan oregano. Gaul sekata dan tutup api. pindahkan kedalam mangkuk lain. Maka jadilah intinya
- Atas kuali lain panaskan kepingan tortila atau apa2 kepingan wrapper yang sehingga lembut.
- Letak inti ke atas wrap, seterusnya kepingan keju, mayonis dan sos cili.
- Seterusnya balutlah ia...maka jadilah chicken wrap.
p/s: Cara masak aku memang tak pakai garam sebab pada aku dia dah cukup rasa semuanya. Kalau korang rasa tak cukup garam, pandai-pandai lah ejas tambah garam sendiri.
Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
#hantukopi
#peminatteh
#MesinKopiPremium
Giveaway-01 by Ematunz
Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.
Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw.
Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat.
Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.
Klik gambar dibawah untuk join:

Rabu, Ogos 14, 2019
Welcome to Zoo Johor
Assalamualaikum, apa aktiviti cuti sekolah anak-anak anda? Aku dapat permintaan tulus ikhlas hari ini.
Humaira: ummu, jom lah buat aktiviti
Sumayyah: aha, aktiviti macam cuti dulu
Aku: apa aktiviti cuti dulu
Budak2: main water colour, buat topeng, lukis atas kotak bla..bla..bla...
Aku: ummu banyak kerja hari ni, baju belum sidai, baju belum lipat, uwais belum mandi, tempat tidur belum kemas...hurm...tak dapat lah nak tgk awak semua main benda2 tu.
Budak2: ala...bosan lah...
Maka lepas solat zohor, aku ajak mereka main lah. Kesian pulak kan... Mula2 susun kerusi meja makan, dorg banyangkan dorg naik kapal terbang...kapten dia hana khadijah. Lepas tu boleh pulak jadi keretapi. Tetiba humaira kata.."kawan-kawan tengok tu, ada gajah." Terus aku ada idea...buka video melihat haiwan di zoo dekat tv menggunakan aplikasi you tube.
Dalam banyak-banyak video haiwan di zoo, aku tertarik nak tengok video haiwan di Zoo Johor.
Hasilnya...nampak lah dorg teruja nak belajar nama-nama haiwan dan pelbagai soalan yang timbul. Maka selesai lawatan ke zoo johor hari ini.
Esok? Esok lah fikir....😂

Aku screenshot je review #zoojohor yang ada kat Facebook |
Hasilnya...nampak lah dorg teruja nak belajar nama-nama haiwan dan pelbagai soalan yang timbul. Maka selesai lawatan ke zoo johor hari ini.
Macam ni lah keadaan mereka saat melawat zoo johor. |
Esok? Esok lah fikir....😂
Langgan:
Catatan (Atom)