Khamis, Ogos 15, 2019

Giveaway-01 by Ematunz

Jom korangss join Giveaway by ematunz.blogspot.com . Serius senang sangat syarat dia (follow dan copy paste tak sampai 5 minit). Tarikh tamat 25.08.2019 11.59 malam.





Klik gambar dibawah untuk join:




Hadiah? Nama pun giveaway, mesti lahh ada. Hadiahnya, Bawal Kaca bernilai RM25 untuk seorang pemenang yang akan dipilih melalui Cabutan Bertuah. Pemenang boleh pilih nak corak apa, kaler apa. Mix and match gittuw

Info hadiah: Bawal kaca ini dipenuhi manik kaca ori gred AAAA, ala-ala batu Kristal Swarovski. Kualiti kain jenis Airis Premium rank no.2 selepas Bawal Original, ofkos laa senang bentuk. Setiap butir kaca sangat merelipp, paling penting melekat kuat. 


Ada 60 pilihan warna, dan berpuluh puluh design menarik. Berpinar mata tengok tau. Nak tengok lagi banyak, gambar ada di Bawal Kaca.






'Segmen | Giveaway UP Traffic by Madam Caramel '



Jom sama-sama kita naik kan trafic blog.

Rabu, Ogos 14, 2019

Welcome to Zoo Johor

Assalamualaikum, apa aktiviti cuti sekolah anak-anak anda? Aku dapat permintaan tulus ikhlas hari ini.

Humaira: ummu, jom lah buat aktiviti
Sumayyah: aha, aktiviti macam cuti dulu
Aku: apa aktiviti cuti dulu
Budak2: main water colour, buat topeng, lukis atas kotak bla..bla..bla...
Aku: ummu banyak kerja hari ni, baju belum sidai, baju belum lipat, uwais belum mandi, tempat tidur belum kemas...hurm...tak dapat lah nak tgk awak semua main benda2 tu.
Budak2: ala...bosan lah...

Maka lepas solat zohor, aku ajak mereka main lah. Kesian pulak kan... Mula2 susun kerusi meja makan, dorg banyangkan dorg naik kapal terbang...kapten dia hana khadijah. Lepas tu boleh pulak jadi keretapi. Tetiba humaira kata.."kawan-kawan tengok tu, ada gajah." Terus aku ada idea...buka video melihat haiwan di zoo dekat tv menggunakan aplikasi you tube.

Dalam banyak-banyak video haiwan di zoo, aku tertarik nak tengok video haiwan di Zoo Johor.

Aku screenshot je review #zoojohor yang ada kat Facebook

Hasilnya...nampak lah dorg teruja nak belajar nama-nama haiwan dan pelbagai soalan yang timbul. Maka selesai lawatan ke zoo johor hari ini.

Macam ni lah keadaan mereka saat melawat zoo johor. 

Esok? Esok lah fikir....😂





Kenali Teh Arissto dan kebaikkan nya


Assalamualikum dan selamat pagi. Hari ini aku nak kongsi sedikit maklumat berkaitan jenis-jenis teh dan kebaikan setiap jenis. Aku lebih fokus kepada jenis teh yang digunakan dalam kapsul Arissto tea iaitu teh hitam (black te) dan teh hijau (green tea).
  • Teh hijau 
    • mengandungi kompoun bioaktif yang dapat mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam badan dan melindungi sel-sel dan molekul daripada radikal bebas. Kenapa penting untuk kurangkan pembentukan radikal bebas ini kerana nak melambatkan proses penuaan. 
    • Memperbaiki fungsi otak melalui kandungan kafein di dalamnya.
    • Pembakaran lemak badan dan kecergasan fizikal.
    • Antioksida dan memngurangkan risiko kepada beberapa kanser.
    • Mengurangkan risiko nyanyuk, parkinson
    • Membunuh kuman
    • Mengurangkan risiko kencing manis
    • Kurangkan risiko sakit jantung
    • Bantu kurus
    • Kapsul Aristo yang menggunakan teh hijau adalah PRINCE



  • Teh hitam
    • Kesihatan mulut mengurangi pembentukan plak dan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan gigi berlubang
    • Jantung lebih baik
    • Antioksidan
    • Pencegah kanser
    • Mengurangkan risiiko diabetis
    • mengurangkan stress
    • sistem imun tubuh lebih baik
    • Salur pencernaan yang lebih sihat
    • Pertambahan tenaga melalui kandungan kafein
    • Kapsul Arissto yang menggunakan teh hitam adalah PRINCESS, THE KING, QUEEN dan EARL         
  • Infusi adalah proses menggunakan daun teh bersama pelbagai jenis herba, bunga dan buah bagi mendapatkan rasa yang lebih kompleks dan wangi. Kebaikan adalah berganda hasil gabungan dengan herba, buah dan bunga.
    • THE QUEEN menggabungkan teh hitam dan perasa buah markisa (passion fruit)
    • PRINCESS MENGGABUNGKAN teh hitam bersama dengan bunga rose
    • EARL menggabungkan teh hitam bersama minyak bergamot. Bergamot adalah limau purut.

Arissto menggunakan Ceylon Black Tea, iaitu teh hitam yang berasal dari Sri Langka. Dahulu sewaktu pemerintahan kaloni british Sri langka dikenali dengan nama Ceylon.

Kalau berminat,tekan je link kat bawah ni..
www.wasap.my/MesinArissto

#hantukopi
#peminatteh
#MesinKopiPremium


Isnin, Ogos 12, 2019

Gejala selsema dan batuk kurang dengan minuman Arissto Earl campur lemon

Assalamualaikum dan selamat malam. Malam ini aku nak share resepi teh lemon menggunakan kapsul teh Arissto. 

Sebenarnya pagi tadi bawa anak-anak layan Boboiboy the movie 2. Tapi sebelum masuk wayang lagi Mr.Y dah mula selsema.Malam ni terfikir nak buat teh lemon menggunakan kapsul teh Arissto yang yang ada kat rumah ini. 

Sebenarnya kapsul teh yang ada kat rumah ini hanya kapsul Earl. Daripada website Arissto dia kata Earl adalah: 

A blend of Ceylon black teas with an infusion of bergamot oil that promotes fresh and natural citrus notes.


Bila baca bergamot tu, apa benda lah bergamot tu. Apa lagi, search google lah jawapan nya. Rupanya limau purut.

Setelah ditapis oleh Mr.Y, ini lah hasil editing yang diluluskan. Kalau ikut aku nak letak macam2 lagi dalam gamba ni.

Resepi Teh Lemon Arissto Earl

  1. 1kapsul Earl
  2. 1sudu madu
  3. Sekeping potongan buah lemon
Cara buat: letak sekeping potongan buah lemon keDalam cawan istemewa Arissto. Kemudian brewkan kapsul Earl dengan mengambil cawan kecil. Lepas siap brew, sila letak madu. Maka tara siap...

Alhamdulillah siap... Bukan Mr.Y je yang layan air ni...uwais & uzayr pun sama layan.

Muka moyot sebab mula-mula ummu buat untuk abi sahaj..tapi lepas tu buat satu untuk dia dan uzayr share.