Sabtu, Jun 01, 2019

Resepi Tart nenas nenek kg.Baru




Inti
5 biji isi nenas yang di blend dimasak bersama 1kg gula pasir. Apabila ia dah masak dan pekat. Biar sejuk dan gentel lah bulat-bulat.

Doh (jangan diubah sedikit pun jenama yang digunakan dalam penghasilan doh kali ini...kalau tak hasil tak seperti diharapkan)
  • 250g buttercup*
  • 1cawan planta*
  • 3/4 cawan gula aising*
  • 1penutup botol asen vanila
  • 1biji telur
  • 3 - 4 cawan tepung gandum. 
  • 1biji kuning telur untuk sapuan.



  1. Pukul bahan bertanda sehingga kembang dan putih. 
  2. Masukkan asen vanilla dan telur, gaul rata 
  3. Masukkan sedikit-sedikit tepung gandum sehingga doh dapat dibentuk. Doh sedikit melekit ditangan.
  4. Balut inti yang dibulatkan dengan doh yang telah siap
  5. Buat bentuk kesukaan anda dan sapu kuning telur atasnya
  6. Bakar suhu 160℃ -200℃ selama 15-30minit (bergantung kepada oven masing-masing sehingga bahagian bawah sedikit keperangan)



Selasa, Mei 28, 2019

"Mak pak dah tak ada, buat apa balik kampung raya?"



Pernahkah anda mendengar dialog seperti di atas? Pasti ada yang pernahkan, terutama jika salah satu pasangan telah kematian kedua orang tua. Dialog ini bukan sering diluahkan oleh pasangan tetapi selalunya oleh mertua dan ipar duai....Apabila ia diluakan maka serbasalahlah pasangan dan menantu. Katahuilah anda-anda yang bercakap ikut sedap mudah anda bahawa,


  1. kami dan membuat persefahaman bahawa kami akan beraya ikut giliran. Jika tahun ini kena kepada isteri atau suami yang tak ada mak pak dah, kami tetap nak balik sebab itu tanda anda setia dan menunaikan hak pasangan.
  2. Mak pak dah tak ada, tapi adik beradik lain, saudara mara lain masih ramai di kampung. Saat hari raya lah nak jumpa yang jauh dan jarang bersua muka.
  3. Setiap insan ada perasaan rindu, begitu juga mereka. Selalu kalau mak pak dah tak ada memang payah nak ajak balik kampung, maka janganlah di tidakkan gilirannya kerana dia pun rindu. 

Walaupun sukar untuk memahami tetapi tidak salah untuk mencuba dan bertolak ansur...



Sepatutnya ini berlaku di 10 terakhir Ramadan

10 terakhir Ramadan adalah saat sepatutnya berlaku pesta ibadah. Tetapi yang sering terjadi dalam masyarakat kita adalah, 10 terakhir Ramadan adalah waktu rancak membuat persiapan raya. Ketika inilah kita menghitung bilangan kuih raya, pakaian raya anak beranak, hiasan rumah, duit raya dan pelbagai hal lain. Jika ada yang kurang dari jangkaan kita maka sanggup kita tak tidur malam nak buat biskut raya, sanggup redah lautan manusia nak dapatkan kelengkapan raya anak-anak dan suami, tak lupa juga kelengkapan rumah.

Sepatutnya apa yang perlu berlaku pada 10 terakhir ramadan adalah:
  • kita perbanyakkan bacaan Al-Quranm zikir dan istighfar bukan menyanyi lagu raya
  • Kita banyakkan sedekah bukan pembaziran menggandkan bilangan baju raya
  • Kita banyakkan berjaga malam untuk bertahajud bukan buat kuih raya
  • Kita mencari malam Lailatul Qadar bukan baju sedondon anak beranak
  • Kita banyakkan berdoa kepada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa dan mengharapkan kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
  • Kita lebih kerap dan lama berada di Masjid atau mana-mana rumah Allah, bukan lebih banyak masa didapur dan kompleks membeli belah.
Berikut adalah sunnah Rasullullah di 10 hari terakhir Ramadan....

Gambar ehsan mr.google 
Jom betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Sabtu, Mei 25, 2019

TOLLYJOY HARI RAYA 2019 GIVEAWAY



Menjelang Aidilfiri kali ini Azlindaalin.com sekali lagi berkerjasama dengan pengeluar produk bayi terkenal TollyJoy menganjurkan TOLLYJOY HARI RAYA 2019 GIVEAWAY.

Giveaway kali ini terbuka kepada sesiapa sahaja...bukan blogger jer tau...syarat pun mudah....Siapa nak join boleh klik banner diatas. Selain itu jangan lupa lengkapkan slogan. Berikut adalah slogan yang saya lengkapkan

Raya bergaya 2019 dengan TollyJoy kerana TollyJoy adalah pilihan dan trending kanak-kanak masa kini. Produk TollyJoy memberi keselesaan optimum untuk kami sekeluarga meraikan lebaran.
#TollyjoyHariRayaGiveaway #TollyjoyMalaysia #tollyjoyxazlindagiveaway 

Selamat mencuba!!!!

Jumaat, Mei 24, 2019

Kematian di bulan ramadan....kematian di cemburui...

Setiap yang hidup akan pasti menghadapi mati. Dimana, bagaimana dan bila saat tibanya kematian seseorang adalah rahsia milik Allah. Setiap kita merancang, tetapi Allah terlebih dahulu merancang. Sebelum kita lahir ke dunia, Allah tetalh tetapkan tarikh, masa dan keadaaan kita ketika mati.

Sehingga saat ini 19 Ramadan 1440H bersamaan 22 May 2019, negara dikejutkan dengan 2 kematian tokoh terkenal. Seorang adalah seorang ushawanita dan ahli perniagaan yang banyak membantu menigkatkan ekonomi masyarakat iaitu Pengasas Dnars Kosmetik, Faziana Rahban Ahmad 40tahun. Manakala seorang lagi adalah seorang pemerintah dan pemimpin berjiwa rakyat iaitu Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Bilal Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah. Rasanya tak perlu saya ceritakan sumbang bakti kedua insan tersebut, tersebar luas di media sosial tentang keduanya. Dua-dua memiliki peribadi yang baik.



Apabila mendengar kematian di bulan ramadan maka akan cemburulah kita yang masih hidup bukan kerana kematian dalam bulan ramadan pasti ke syurga tetapi kematian dalam bulan ramadan menunjukan Allah memuliakan insan tersebut. Samada mereka yang meninggal dalam bulan ramadan akan masuk syurga atau tidak adalah diluar kekuasaan kita untuk menentukan. Kerana yang menentukan syurga atau neraka seseorang adalah amalan mereka semasa hidup.

  • Firman Allah SWT:
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
al-Nahl:32
Maksudnya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan.”

Syeikh al-Sya’rawi ketika menafsirkan ayat ini mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT akan memberikan syurga sebagai balasan kepada setiap hamba-Nya yang telah melakukan amal soleh ketika di dunia dahulu serta disebabkan hamba tersebut telah mengikut manhaj atau jalan yang benar. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 7897/13]
 .