Jumaat, Mei 24, 2019

Kematian di bulan ramadan....kematian di cemburui...

Setiap yang hidup akan pasti menghadapi mati. Dimana, bagaimana dan bila saat tibanya kematian seseorang adalah rahsia milik Allah. Setiap kita merancang, tetapi Allah terlebih dahulu merancang. Sebelum kita lahir ke dunia, Allah tetalh tetapkan tarikh, masa dan keadaaan kita ketika mati.

Sehingga saat ini 19 Ramadan 1440H bersamaan 22 May 2019, negara dikejutkan dengan 2 kematian tokoh terkenal. Seorang adalah seorang ushawanita dan ahli perniagaan yang banyak membantu menigkatkan ekonomi masyarakat iaitu Pengasas Dnars Kosmetik, Faziana Rahban Ahmad 40tahun. Manakala seorang lagi adalah seorang pemerintah dan pemimpin berjiwa rakyat iaitu Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Bilal Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah. Rasanya tak perlu saya ceritakan sumbang bakti kedua insan tersebut, tersebar luas di media sosial tentang keduanya. Dua-dua memiliki peribadi yang baik.



Apabila mendengar kematian di bulan ramadan maka akan cemburulah kita yang masih hidup bukan kerana kematian dalam bulan ramadan pasti ke syurga tetapi kematian dalam bulan ramadan menunjukan Allah memuliakan insan tersebut. Samada mereka yang meninggal dalam bulan ramadan akan masuk syurga atau tidak adalah diluar kekuasaan kita untuk menentukan. Kerana yang menentukan syurga atau neraka seseorang adalah amalan mereka semasa hidup.

  • Firman Allah SWT:
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
al-Nahl:32
Maksudnya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan.”

Syeikh al-Sya’rawi ketika menafsirkan ayat ini mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT akan memberikan syurga sebagai balasan kepada setiap hamba-Nya yang telah melakukan amal soleh ketika di dunia dahulu serta disebabkan hamba tersebut telah mengikut manhaj atau jalan yang benar. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 7897/13]
 .

1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik