Sabtu, April 13, 2019

Carousell-mdyaman

Assalamualaikum dan salam hujung minggu... 
Salah satu platform untuk kami jual barang adalah Carousell. Kenapa beli kalau nak jual? Ok dia macam ni, kami beli barang tersebut kerana kami memerlukan ia, tetapi sampai saat kami tidak lagi memerlukan ia, maka kami akan let it go...cara mudah adalah buang dalam tong sampah..tapi RUGI YANG AMAT.. barang elok dan masih ada nilai kalau dijual. Kalau bagi dekat orang jual barang terpakai mesti dia nak.

Barang mula-mula dijual adalah stroller bayi. Stroller ni kami jual selepas uwais lahir. Sewaktu nak pindah lagi banyak barang yang kami jual...ada yang jual secara offline ada yang jual secara online. Aktiviti jual menjual ini aku serah sepenuhnya kepada Mr.Y. Aku just cari apa nak dijual.  Hampir 70% barang rumah kami jual sewaktu nak pindah dari Sibu, sarawak ke Kuala Lumpur. Sebab memang dah tahu balik duduk rumah mak kan. barang rumah mak dah penuh buat apa nak bawak balik perabut semua bagaikan.

Pada aku bagus jual dekat carousell ni sebab kita boleh tengok keadaan barang sebelum bayar. 

Ini lah nama yang Mr.Y guna...

Rumah nak disewa pun dia masuk dekat sini...

Paling terbaru gelongsor anak-anak dijualnya...

Khamis, April 11, 2019

Percaya kepada diri...


Hidup sebagai surirumah sepenuh masa adakala amat memberi tekanan... Kita terfikir macam mana orang lain mampu buat itu ini...tapi kita 24jam kelek dan berkepit dengan anak je. Dalam hati dan otak macam-macam nak buat, tapi kenapa lost control everything... Patut boleh kawal anak-anak suapaya kita ada ruang waktu untuk diri sendiri.

Secara tak sengaja, dapat whatsapp gambar ayah di mekah dari adik. Cara ayah duduk dalam gambar mengusik kenangan lama, saat aku sedang membersihkan ayam kampung yang baru disembelih oleh toki, ayah menemani aku sambil berborak. Waktu itu ayah duduk atas susunan bata dan kayu, lebih kurang sama macam dalam gambar kat atas. Bezanya ayah galas tuala belang bukan beg.

Antara yang diborakan adalah perihal keberanian dan keyakinan diri. Ayah cerita pengalaman hidup dia dan apa pandangan orang apabila dia nak buat sesuatu tapi dia belajar tak tinggi, SRP pun tak ada. Adakala kita pun tak yakin dengan kebolehan kita, tapi tetap nak buat sebab kita nak tahu hasilnya. Tapi kita kita jangan jadi bodoh sombong, buat sesuatu dengan ilmu.

Maka aku rasa aku tak nak jadi orang bodoh sombong buat sesuatu tanpa ilmu...aku nak jadi orang yang mampu buat lebih baik dari apa pandangan orang sebagai surirumah sepenuh masa. Surirumah yang yang ada income sendiri, ada aset sendiri tapi dalam dalam masa sama anak-anak terasuh didepan mata...

Itulah bebelan makanan lunch hari ini.

Isnin, April 08, 2019

Ejen Ali - velocity sunway

Assalamualaikum, 30.03.2019 kami sambut birthday kakak humaira di texas chicken, velocity sunway. Selesai makan2 kita pergi join event ejen ali...anak2 seronok sangat dapat join akedemi M.A.T.A ni...

Tak sabar nak tunggu ejen ali the movie...

Review: XX-Ray 3


Tentu ramai yang masih ingat dengan filem fiction arahan Aziz M.Osma yang di tayangkan pada tahun 90an. XX-Ray ditayangkan pada tahun 1992, manakala XX-Ray 2 ditanyangkan pada hujung tahun 1995. Masa ni aku masih sekolah rendah, rasa hebat sangat bila orang Malaysia boleh hasilkan filem sains fiction macam ni.

Hari ini aku layan sekuel XX-Ray 3 pulak dengan anak-anak. Best part is....dorang seronok tengok dan tak berganjak. Satu kelemahan aku bila tengok dengan anak-anak ni adalah kena jadi tukang terjemah dan beri penerangan. "ummu, probe tu apa?" "Acu, kenapa dia laju?" "ummu,perempuan tu nama lana. Cantikan dia?" "Ummu, dia tulis apa?" "dia pakai topi apa?" "Dia cakap bahasa apa?" Maka jom tengok sinopsis nya apa...

Sinopsis Filem XX Ray III

XX Ray III mengisahkan tentang tiga anak muda iaitu Rayyan (pelajar fizik), Sam (pelajar kejuruteraan zarah) dan Lana (pekerja rahsia syarikat perindustrian yang berpengkalan di Jordan/sempadan Israel) dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Malaysia daripada disabotaj oleh seorang hartawan muda, Rosman yang mengancam untuk mengulangi insiden kehilangan kuasa tenaga elektrik di seluruh negara yang pernah berlaku pada Ogos 1996.
Insiden tersebut disebabkan wormhole (lohong ulat) yang menyerap kuasa utama tenaga elektrik dari stesen jana kuasa di Paka, Terengganu. Lohong ulat terjadi adalah berpunca dari sebuah probe yang tidak dikenali dari angkasa lepas.
Bapa Rosman, Tan Sri Ismail telah mengambil probe tersebut dan menyembunyikannya. Hakikatnya Ace Motion Pictures Sdn. Bhd itu bakal probe tersebut adalah salah satu daripada ribuan probe yang diprogramkan untuk membuka stargate terbesar dan menyerap tenaga matahari untuk dihantar semula ke alam semesta lain.
Ketiga-tiga anak muda itu kemudiannya mencari buku nota yang ditulis oleh Profesor Amir (seorang tokoh ‘urban legend’) yang dipercayai mempunyai jawapan untuk mengawal probe berkenaan dan seterusnya menyelamatkan sistem solar. 
Yang menarik nya...
Lagu latar yang digunakan sewaktu Hang Tuah dan Prof Amir nak buka perisai adalah lagu mentera semerah padi nyanyian M.Nasir...Budak-budak semangat time lagu ni...siap tanya hang tuah berjoget ke tu? Aku balas dia buka bunga silat lah. Habis cerita Hana dan Sumayyah tanya pasal lagu mentera semerah padi...aku pun buka youtube dan dorg layan video lagu ni. Jom layan sekali lagi..

 

Selain lagu mentera semerah padi, lagu kualiti juga menarik perhatian budak-budak ni. Bahagian lagu ini keluar menarik lah jugak ditambah sedikit kelakar. Bayangkan dunia tengah nak hancur boleh di nyanyi lagu kualiti buat live video dekat FB. Mungkin kerana lirik dan aksi yang ditunjukan menarik minat anak-anak. Kalau ada antara korang yang tak tahu macam mana lagu kualiti..ini aku share video you tube nya..


Itu saja perkongsian kali ini... sesuai cerita untuk tontonan family...


Ahad, April 07, 2019

Divide Tabung Haji (TH) : Hibah atau Hiba


Hibah atau Hiba? Terpulang pada pendeposit bagi yang menyimpan sebab nak pergi haji boleh la simpan 10k minimum. Kalau nak melabur boleh bawa duit lebihan pergi ke ASB, ASB2, AHB or unit trust.

Semoga next year ada pertambahan hibah dan ekonomi bertambah baik.InsyAllah.