Assalamualaikum dan salam hujung minggu...
Salah satu platform untuk kami jual barang adalah Carousell. Kenapa beli kalau nak jual? Ok dia macam ni, kami beli barang tersebut kerana kami memerlukan ia, tetapi sampai saat kami tidak lagi memerlukan ia, maka kami akan let it go...cara mudah adalah buang dalam tong sampah..tapi RUGI YANG AMAT.. barang elok dan masih ada nilai kalau dijual. Kalau bagi dekat orang jual barang terpakai mesti dia nak.
Barang mula-mula dijual adalah stroller bayi. Stroller ni kami jual selepas uwais lahir. Sewaktu nak pindah lagi banyak barang yang kami jual...ada yang jual secara offline ada yang jual secara online. Aktiviti jual menjual ini aku serah sepenuhnya kepada Mr.Y. Aku just cari apa nak dijual. Hampir 70% barang rumah kami jual sewaktu nak pindah dari Sibu, sarawak ke Kuala Lumpur. Sebab memang dah tahu balik duduk rumah mak kan. barang rumah mak dah penuh buat apa nak bawak balik perabut semua bagaikan.
Pada aku bagus jual dekat carousell ni sebab kita boleh tengok keadaan barang sebelum bayar.
Ini lah nama yang Mr.Y guna... |
Rumah nak disewa pun dia masuk dekat sini... |
Paling terbaru gelongsor anak-anak dijualnya... |