Assalamualaikum...adakah anda semua tahu pasal hyperlaxia? Beberapa minggu lepas termenonton rancangan Hello Doktor , TV3 yang di hoskan oleh Jasmin Hani. Topik berkisar hyperlexia dan dyslexia.
Dyslexia, aku biasa dengar dan tahu apa dia. Ia tu masalah dalam pembelajaran. Dimana budak lambat membaca akibat apa yang dia nampak adalah berbeza dari kita yang normal ni. Contoh mudah, kita nampak hurup 'b' sebagai 'b', tetapi budak dysleksia nampak 'b' sebagai 'd'. Begitulah sebaliknya.
Hyperlexia pulak macam berlawanan dengan dyseleksia. Dimana budak yanga mengalami hyperlexia, mempunhai kebolehan membaca seawal usia 2tahun tanpa perlu diajar, 'self learning'. Tetapi masalahnya, mereka pandai membaca tetapi tidak memahami dan dan tidak dapat mengaitkan suatu perkataan dengan perkataan yang lain. Selalunya budak hyperleksia akan mengalami masalah pergaulan, mereka sukar nak bergaul dan berkawan. Mereka lebih selesa bermain sendiri. Mereka juga memilik keinginan yang kuat. Maka mak pak yang ada anak mcm ni perlu kesabaran tahap tertinggi lah.
Sebenarnya banyak banyak lagi yang ddibincangkan. Tp secara am nya,itu lah hyperlexia.
Assalamualaikum dan selamat petang. Ini adalah produk terbaru adik saya yang bijak sana, hensem dan macho. Pandai cari dui masih solo. Bermulut manis tapi amat menghormati wanita yang pandai menjaga maruah. Siapa berkenan pada barang jualannya boleh terus hubungi FB dia, kalau berminat dengan tuanya, jom kita berurusan. Peace!!!
Gurau je din☺.
Sebenarnya amat bagus kalau kita dapat pasang penapis air ni diluar rumah. Kira seuruh air dalam rumah dah bertapislah kan. ye lah, selalu kita letak penapis untuk air minum dan air untuk memasak saja. Sedar tak, anak-anak suka telan air waktu mandi,huhuhuhuh
Assalamualaikum....Kecoh minggu lepas selepas rancangan analisi dengan tajuk Doula: Peneman Ibu Atau Penganti Doktor. Sebelum kita bicara lanjut pasal ni, kita share video rancangan tersebut..
Siapa bersama ibu bermula dari bukaan 1cm sampai bersalin, jawapan adalah peneman ibu lah atau doula. Apa yang aku faham doula adalah individu yang tak terlatih untuk menyambut kelahiran bayi. Dia lebih kepada pengurusan emosi. Maka jangan ambil risiko bersalin dirumah, berurusan lah dengan doktor. Sekarang hospital ada program husband friendly, maka husband dapat jadi peneman ibu atau doula paling selesa buat bakal ibu. Sebenarnya kalau husand takut darah, ibu atau mana-mana ahli keluarga kepada wanita yang akan bersalin boleh masuk sebagai peneman.
Sebenarnya MHI, TV3 pernah membincangkan isu ini pada tahun lepas. Tapi agaknya dia tak jemput doula maka kurang mendapat perhatian, tambahan pulak disiarkan waktu pagi. Yang best dalam MHI dia minta pendapat orang ramai.
Ini lah doula saya dari anak pertama sampai anak ke empat.
Humaira- doula Mr.Y masuk labor room mula jam 8.00malam, sampai pukul 12.40 pagi. lama doula ini meneman sampai kena marah dengan bini sebab baca surah terbalik-balik dan terlelap-lelap ngantuk. Lepas itu mak nak bersalin kena tegur dengan nurse sebab marah husband aka doula ni. nurse kata tak baik nak bersalin marah suami, nanti payah. hahaha..bagus nurse tu. nurse tu jugak cakap biar husband solat magrib dulu sebelum masuk labor room. sbb aku masuk labor room jam 7.00 malam.
Hana - Doula masuk labour room jam 10.23pagi sampai 10.30pagi. kali ini masuk sekejab sebab dah sampai bukaan 8, baju pun tak sempat pakai.nurse tlg pakaikan.
Uwais- Kali ini doula langsung tak sempat masuk labour room sebab dah sampai hospital bukaan full. Boleh klik link ini nak tahu proses kelahiran uwais.
Uzayr- doula ambil langkah awal, dia kata tak nak tunggu jadi macam uwais sbb dia tak sempat tgk anak keluar. dia nampak bini dah sakit sgt dia trs ajak ke hospital. Sempat lah dia masuk dalam 10minit jadi doula di hospital.
Assalamualaikum, dah lama sebenarnya tak buat kufi dekat magic mug. Dulu kita join designer program dekat printcious, dapat lah royalti sikitkan...tapi nampaknya dah tak ada program tu. Walau macam mana, kita tetap pilih printcious untuk hasilkan order customer sbb harga yang murah dan dan kualiti yang tip top.
Ok berbalik kepada kufi @ magic mug ni, kita tanya customer, nak letak gamba tak? Dia kata tak nak lah. Ok .kita bbuat draf tanpa gamba, design kufi kita ambil RM25 je.
Ini draf
Bila barang sampai customer truja sgt sbb terkejut bila masuk air dia keluar gambar, bila basuh jadi hitam balik. Magic kan.