Selasa, Februari 26, 2019

Doula : Peneman ibu atau penganti doktor



Assalamualaikum....Kecoh minggu lepas selepas rancangan analisi dengan tajuk Doula: Peneman Ibu Atau Penganti Doktor. Sebelum kita bicara lanjut pasal ni, kita share video rancangan tersebut..



Siapa bersama ibu bermula dari bukaan 1cm sampai bersalin, jawapan adalah peneman ibu lah atau doula. Apa yang aku faham doula adalah individu yang tak terlatih untuk menyambut kelahiran bayi. Dia lebih kepada pengurusan emosi. Maka jangan ambil risiko bersalin dirumah, berurusan lah dengan doktor. Sekarang hospital ada program husband friendly, maka husband dapat jadi peneman ibu atau doula paling selesa buat bakal ibu. Sebenarnya kalau husand takut darah, ibu atau mana-mana ahli keluarga kepada wanita yang akan bersalin boleh masuk sebagai peneman.


Sebenarnya MHI, TV3 pernah membincangkan isu ini pada tahun lepas. Tapi agaknya dia tak jemput doula maka kurang mendapat perhatian, tambahan pulak disiarkan waktu pagi.  Yang best dalam MHI dia minta pendapat orang ramai.


Ini lah doula saya dari anak pertama sampai anak ke empat.

Humaira- doula Mr.Y masuk labor room mula jam 8.00malam, sampai pukul 12.40 pagi. lama doula ini meneman sampai kena marah dengan bini sebab baca surah terbalik-balik dan terlelap-lelap ngantuk. Lepas itu mak nak bersalin kena tegur dengan nurse sebab marah husband aka doula ni. nurse kata tak baik nak bersalin marah suami, nanti payah. hahaha..bagus nurse tu. nurse tu jugak cakap biar husband solat magrib dulu sebelum masuk labor room. sbb aku masuk labor room jam 7.00 malam.

Hana - Doula masuk labour room jam 10.23pagi sampai 10.30pagi. kali ini masuk sekejab sebab dah sampai bukaan 8, baju pun tak sempat pakai.nurse tlg pakaikan.

Uwais- Kali ini doula langsung tak sempat masuk labour room sebab dah sampai hospital bukaan full. Boleh klik link ini nak tahu proses kelahiran uwais.

Uzayr- doula ambil langkah awal, dia kata tak nak tunggu jadi macam uwais sbb dia tak sempat tgk anak keluar. dia nampak bini dah sakit sgt dia trs ajak ke hospital. Sempat lah dia masuk dalam 10minit jadi doula di hospital. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik