Ahad, Februari 10, 2019

Gadjet vs Solat

Mana-mana ibu yang ada anak kecil mesti pernah hadapi masalah untuk solat awal waktu, kadang-kadang dah hujung-hujung waktu pun belum dapat solat. Adakala tengah solat kena behenti untuk layan anak, pujuk anak. Ada ketika dah nak selesai solat anak datang suap makanan...mencabar hidup seorang ibu. Kita berharap dengan solat hati menjadi tenang dan lebih bahagia, tapi jika begitu keadaan saat solat, hati makin panas adalah. 


Maka untuk elak masalah berlarutan aku mengalah dengan aplikasi you tube dalam telefon. Untungnya uzayr dan uwais hanya nak video zikir tenang hati by ustaz abdullah fahmi.


Jangka masa video ini agak panjang maka, lepas solat nak doa panjang-panjang sikit boleh lah. Masalah nak solat awal waktu insyalah selesai tetapi untuk mengaji selepas solat tanpa gangguan adalah sedikit mencabar, kerana apabila anak kecil nampak ibu buka Al-quran maka mata tidak lagi kepada you tube sebaliknya kepada Al-quran. Kadang-kadang hanya dapat sentuh untuk melepas keinginan.

Nampak tak kebaikan gadjet nan satu ini dekat sini...

Sabtu, Februari 09, 2019

Dunia di mata mu....


Kehidupan yang kita jalani adalah kita yang tentukan besar atau kecil impian dan matlamatnya. Orang kata kalau insan ada impian besar dia akan berjaya dengan usaha yang kuat dan gigih, tetapi impian hanya tinggal kenangan jika dia sekadar berangan tanpa usaha yang gigih dan kuat. Ada kata impian kecil tak akan berjaya, tak akan senang hidup. Tak salah ada impian kecil kerana mungkin itu sahaja yang dia inginkan. Dia merasa cukup bahagia dengan impian yang kecil, masa banyak dihabiskan dengan keluarga. Fahamilah apabila impian besar, pengorbanan pun besar. Sanggup ker? Semua pilihan ditangan anda....anda buat, anda dapat...




Jumaat, Februari 08, 2019

Saya adalah terhad

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak yang sempurna dari segala segi, pelajaran, fizikal, perlakuan dan macam-macam lagi. Ada ibubapa yang terlalu memberi tekanan kepada anak untuk menjadi sempurna. Umur 4tahun anak dah kena pandai baca buku. Umur 5 tahun dah habis iqra. Umur 6 tahun dah pandai gimnastik..erk....

Jika ibu bapa mengharapkan anak yang sempurna, maka ibu bapa perlu dahulu menjadi ibu bapa yang sempurna. Hakikat kita yang mencorak keluarga tak dapat disangkal lagi. Anak akan lebih mudah mengikut perlakuan ibu bapa.

Jika keluar ke pasaraya, sebagai perempuan yang ada sembilan nafsu ummu teringin nak ambik macam-macam ikut kehendak tetapi abi sentiasa ada mengingatkan tentang kepentingan mengutamakan keperluan. Maka itu yang ummu pesan dekat anak-anak. Sebelum memenuhi kehendak pastikan keperluan telah dipenuhi.

Kakak pernah bertanya, "kawan kakak setiap kali keluar dengan mak ayah dapat mainan, tapi kakak tak pun, asyik beli barang dapur je." Jawapan ummu, "kalau ummu beli mainan untuk kakak dan adik-adik, maka ummu tak dapat nak beli barang makanan. Makanan adalah keperluan, kalau tak makan kita akan sakit betul tak. Sekarang ummu nak tanya adakah mainan kakak itu lebih penting dari barang dapur?" Maka kakak mula berfikir dan alhamdulillah dia tahu mana yang penting. Ini bukan bermaksud tidak pernah memenuhi keinginanan dia untuk dapat maianan. Tetapi hanya meminta mereka bersabar seketika. Ada lebihan bajet barang dapur insyalah dapat mainannya.

Tidak semua orang dapat tinggal denngan aman bersama mertua terutama perempuan. Adakala muncul juga perasaan dalam hati hasil hasutan nafsu dan syaitan untuk mengharapkan suami melebihkan isteri. Tetapi hasil didikan ayah dan cik mengatakan walau apa yang berlaku utamakan yang lebih tua. Mereka tidak bercakap atau suarakan hal tersebut, tetapi mereka laksanakan. Ingat lah anak kecil perhatikan apa yang kita buat dan bagaimana kita layan orang lebih tua.

Hana anak kedua yang manja dan bijak, selalu juga bertanya sewaktu awal-awal kami tinggal dengan nenek, "ummu dengan abi ni selalu ikut cakap nenek, bagi apa nenek nak. Kita orang nak apa-apa selalu tak dapat." Balasan yang ummu bagi, "sebab nenek mak abi, sebab nenek lebih tua dan sebab apabila kita gembirakan hati nenek, Allah akan beri rezeki lebih kepada kita. Hana nak rezeki lebih tak?"

Kami selalu membalas setiap persoalan anak dengan sedikit penjelasan dan diakhiri dengan persoalan balik, untuk asah otak mereka berfikir sendiri. Jangan soalan terus dibalas dengan soalan, otak mereka masih belum berkembang sepenuhnya, kita perlu bantu otak mereka berfikir dengan cara yang betul.

Walaupun anak kita muka mungkin muka hampir sama dengan sepupu dia, tapi percayalah dia adalah terhad. Jangan mengharap anak yang terlalu sempurna sewaktu membesar kerana sekali dia jatuh kita pun tak mampu membantu. Tetapi jadikan anak kita berbeza dari yang lain, kenapa perlu berbeza kerana selalu orang akan ingat perbezaan. 


Saya tidak sempurna tetapi saya adalah terhad.

Ahad, Februari 03, 2019

Kenapa tak teruskan homeschooling....


Sewaktu bawak Uzayr ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, terserempak dengan kawan waktu dekat UKM dulu. Sekarang musim budak tak sihat, maka soalan yang ajukan adalah "kenapa datang klinik? Anak tak sihat ke?" hehhee...tapi bukan pasal kesihatan anak kita nak borak kali ni. Kita nak fokus kepada persoalan seterusnya setelah berborak bla..bla..bla...

"Buat homeschooling untuk anak-anak kat rumah ke?"

Jawapannya, sebelum usia 5tahun sahaja kita buat homeschooling, masuk usia 5tahun kita hantar playschool dan 6 tahun masuk tadika. Sebenarnya usia 5tahun kita hantar anak ke tadika tapi untuk main dan bersosial. Manakala 6 tahun baru kita mintak dia fokus sedikit. Banyak sebab kenapa tak teruskan Homeschooling mencapai usia 5tahun... iaitu:

Kemahiran bergaul dan berkawan

Apabila anak sentiasa berkepit dengan mak, walaupun kita bawak mereka ke majlis-majlis atau acara-acara mereka tak memberi respond yang bagus apabila ditegur oleh rakan dan saudara. Disitu kita dapat agak anak kurang pendedahan kepada teknik berkawan, bergaul dan bersosial. Kemahiran berkawan dan bersosial ini penting untuk masa depan mereka. Jika nak dikupas topik ini agak panjang. maka kita skip ok....

Keyakinan Diri 

Dirumah kita sukar melihat keyakinan diri anak-anak kerana mereka sentiasa berhadapan dengan orang yang sama. Tetapi apabila disekolah mereka perlu berhadapan dengan guru dan kawan-kawan. Aku tak malu mengaku yang kakak humaira memerlukan masa agak panjang untuk yakin berada dihadapan. Humaira mula sekolah umur 4tahun tetapi pada usia 5tahun setengah baru dia nak kehadapan apabila guru suruh ketuai bacaan ikrar. Saat ini, aku bersyukur sangat apabila cikgu dia mengatakan dia sudah yakin untuk kehadapan.

Displin

Displin dirumah dan di sekolah adalah berbeza. Mereka perlu tahu bahawa setiap tempat ada peraturan yang berbeza dan perlu dipatuhi.

Pengurusan Diri

Ada budak pada usia 4tahun masih belum pandai tukar pakaian sendiri, makan sendiri dan mandi sendiri. Sepatutnya jika anak kita normal dan tak ada masalah, semua kemahiran pengurusan diri asas telah dikuasai. Bab tak pakai pampers jangan kita cakap lah sebab ada budak usia 5tahun masih pakai pampers.


Oooppsss!.....Uzayr dah bangun..kita stop dulu ok...

Sabtu, Februari 02, 2019

Terjebak dengan drama- drama hantu dari korea....

Assalamualaikum...2-3 minggu ni aku banyak habiskan masa dengan tonton online drama hantu korea. Ini semua gara-gara Mr.Y perkenalkan. Cerita pertama aku tengok adalah The Guest...

The Guest



Drama korea yang 16 episod ini aku katogorikan sederhana kepada tidak takut langsung tahap nya. Aku kurang suka dengan watak hero dia sebab dia macam tak jelas dengan apa yang dia nak cari sebenarnya. Watak polis perempuan pun agak menjengjelkan. Watak paderi pula terlalu beku bagi aku. Apa pun jalan cerita dia sebenarnya agak menarik. Watak yang menarik dalam cerita ini adalah kawan dia dukun lelaki tu. Penghabisan cerita ini kurang sesuai bagi aku. Ada ke patut dia terpaksa menjauhkan diri dari keluarga dan kenalan sebab tak pasti sama ada syaitan masih ada dalam diri dia atau tak. Kesian datuk yang dah tua, hari-hari tunggu cucu balik.


The Priest


Ini cerita agak menarik ditambah dengan peranan watak yang nampak jelas. Walaupun watak lelaki dan perempuan mengalami masalah hilang memory. Paderi muda sanggup lepaskan kerjaya sebagai doktor semata-mata nak selamatkan buah hati dia. Watak perempuan yang suka kepada kerja sukarelawan ni pun aku suka. mungkin jiwa aku ada sisa-sisa sukarelawan. Cuma yang tak tahan nya, berbelas episod aku tengok rupanya hanya dalam mimpi dia. Pengakhiran cerita dia memberi kita satu pengajaran yang penting..walau apa pun kepercayaan kita jangan sesekali kita letak korban nyawa sebagai penghapus syaitan. Tahap ketakutan masih sama sederhana kepada tak takut.