Isnin, Januari 14, 2019

Didikan seorang bapa

Assalamualaikum... Ayah aku jenis yang tak suka bercakap di telefon lama-lama, tapi kalau kena topik maka akan lama lah bual bicaranya. Dibawah adalah salah satu nasihat beliau berkaitan pengurusan kewangan.


Mungkin ada yang tertanya kenapa ayah aku cakap macam tu? ok kisahnya begini....

My lovely sister cakap monthly asb loan agak tinggi dan sedikit membebankan. Maka aku cadang dekat dia rendahkan loan dengan terminate lama dan buat baru. Oleh kerana adik aku ni jenis yang amat solehah (dari sekolah lagi dia jenis nak buat apa-apa akan tanya orang tua even beli dompet), dia pergi call ayah aku dan cakap aku suruh terminate asb loan. Ayah aku tak bicara panjang dengan dia, tapi terus call aku tanya penjelasan. Jenis ayah aku lagi satu tak suka benda terselindung dan biar lelama.

Ayah aku pun ada kata gak, kenapa kita kena buat asn loan sebagai simpanan masa tua. Pertama adalah untuk mendidik diri menjadi bertanggungjawab terhadap komitmen hutang. Kedua sebagai langkah paksaan untuk menyimpan terutama jika kita jenis payah nak simpan sendiri. Asal dapat gaji, habis guna.

Ahad, Januari 13, 2019

Kenangan Sekolah Sibu

Assalamualaikum...

Kakak humaira sempat masuk pra sekolah di sekolah kebangsaan ulu sungai merah selama 4 bulan. Aku kagum sangat sebab dalam tempoh 4 bulan itu kakak dah boleh membaca walaupun belum lancar.  Waktu ini kakak lebih fokus kerana dia dah penat sekolah main-main selama 2 tahun.

Manakala hana pula sempat masuk sekolah sedidik 4 bulan, hana lain sedikit dari kakak. Dia yang jenis cepat mendapat kawan baru dan lebih selesa berkawan baik dengan lelaki. Apa yang dia buat selama 4 bulan adalah bermain. Jika kakak humaira tak pernah kena denda oleh cikgu semasa disedidik. Hana hampir setiap minggu didenda. AKu tak kisah malahan menyokong dia buat perangai dan menyokong cikgu mendenda. Jangan tak tahu, dia punya kreatif buat masalah sampai tadika islam dia bawak. Hinggakan cikgu pening nak melayan. 

Sebagai tanda penghargaan dan kenangan buat guru-guru tersayang maka ummu beria-ia buat bookmark. 



Untuk cikgu sekolah hana
Untuk cikgu sekolah Kakak Humaira
                           

Sabtu, Januari 05, 2019

Nasi ayam masak kurang sejam

Assalamulaikum ... Nampaknya tugasan sebagai supermom kembali. Kerjaya kali ini lagi mencabar kerana kakak humaira dan kakak sumayyah dah m sekolah pagi dan petang.

Apapun aku tetap bersyukur kerana aktiviti menyediakan bekal kakak ipar dah tolong buatkan. Maka menu makan tengahari & malam adalah sama.

Semalam 4.1.2019, fikir apa benda nak masak nie, uzayr pulak bangun sama awal dengan orang nak ke sekolah...nampak ayam kak zu (kakak ipar) dah defrost kan. Fikir2 kita buat nasi ayam lah.

Selalu kalau masak nasi ayam akan masa kurang2 2 jam sebab nak rebus ayam sahaja dah sejam. Aku jarang guna stok ayam segera, sebab Mr.Y tak suka. Dia lagi suka yang homemade.  Dekat sini lah penting pressure cooker dan air fryer.


Rebus ayam 
  • periuk biasa: 1jam-2jam
  • Periuk noxxa: 15minit
Masak nasi
  • Periuk biasa:20-30 minit
  • Periuk noxxa: 7minit
Goreng ayam
  • Kuali biasa:10-15minit sekali goreng
  • Airfryer:8-10minit campak semua.
Nampak tak banyak mana masa dpt jimat kat sini. 😂



Semua gambar ihsan mr.google ye..

Sabtu, Disember 29, 2018

Hatiku tersentuh

Assalamualaikum...sekarang ada di melaka rumah kakak ipar. Kakak ipar kita nak bersalin hari ni. Semoga semua baik-baik. Kita hantar mak mertua. Anak-anak tanya "nenek duduk dengan wada aleeya lama ke? Nanti kalau kita nak jalan nenek tak ikut ke?" Kita terangkan yang nenek nak jaga mokda berpantang. Sekarang if kemana-mana tak bawak nenek, dorg rasa rasa tak lengkap. Ok bukan itu yang menyebabkan hati tersentuh.

Semalam teman mr.Y beli brg. Sampai kedai brg yg dah ada kat rumah pun dia ambil. Aku cakap lah, ini dah ada. Dia balas, mak nak duduk sini. Bila jawab mak nak duduk sini, hati ku tersentuh..

"Ya allah, baiknya hati anak ini, bertanggung jawab nya dia pada orang tuuanya. Bahagia nya ibu yang memiliki anak begini."

Perkara ini yang kadang-kadang kita kita ai anak lupa. Tanggung jawab anak lelaki menjaga orang tuanya, tak kira lah dimana saja orangtuanya berada.



Khamis, Disember 20, 2018

Tips mendapat rezeki yang berkat

Assalamualaikum dan selamat hari rabu.....


Hari ini nak cakap pasal rezeki yang berkat. Kita tidak tahu adakah rezeki yang kita perolehi adalah berkat atau tidak. Tetapi kita perlu sentiasa berusaha mendapatkan rezeki yang berkat. Insyalah apabila memperolehi rezeki yang berkat, segala keperluan hidup akan dipenuhi dan kita dijauhkan dari sifat meminta-minta. Setiap pagi jam 10 pagi akan dengar pepatah ini di tv al-hijrah,

"Rezeki yang berkat itu, sedikitnya cukup, lebihnya dapat diagih-agihkan."

Antara tips nya adalah:


  • Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Tidak kira lah rezeki itu banyak atau sedikit. Percaya dan yakin bahawa apa yang kita dapat adalah cukup untuk keperluan kita. 
  • Yakin dan percaya bahawa rezeki datang dari Allah bukan dari makhluk lain. Jangan pernah sesekali meminta kepada insan lain untuk rezeki. Manusia dan makhluk lain adalah perantara semata. Berdoa dengan yakin kepada Allah.
  • Tunaikan hak allah, jangan tinggalkan hak-hakNya serta jangan ada sifat melambat-lambatkan hak Allah. Jika kita mempercepatkan menunai hak Allah, maka Allah akan mempercepatkan hak kita.
  • Jaga hati dan keperluan ibu bapa, redha ibu bapa tanda keberkatan rezeki. Elakkan mengeluh depan mereka berkaitan kewangan. Senangkan hati mereka.
  • Uruskan hutang sebaiknya. Jika ada hutang, maka utamakan melangsai sebelum memenuhi kehendak.
  • Rancang perbelanjaan. 

Jom baca doa rezeki halal.....

Gambar encik google