Sabtu, September 23, 2017
Rabu, September 20, 2017
Tempat makan sedap SIbu: The Leziz Sandwich
Pada suatu petang isnin, tetiba aku teringat akan sandwich yang pernah Mr.Y beli. Terus tanya,
Me: Leziz sandwich dah tak ada ke sekarang?
Mr.Y: Ada, dah buka kedai dekat bandung.
Me: Laaa... ye ke, ingat dah tak buat pasal lama tak nampak dia kat FB.
Mr.Y: ada dia ckp dekat FB page dia.
Me: Boleh test nanti makan kat sana...hehehe..
Esoknya kita jalani hari seperti biasa, bila petang ambik Mr.Y dekat pejabat. Perjalanan balik Mr.Y terus tak masuk simpang hospital.
Me: Nak kemana?
Mr.Y: Nak beli roti.
Me: Beli roti kat mana? selalu beli area permai or dekat area rumah je.
Mr.Y: (diam je)
Dia diam aku ikut je lah, lagi pun kat rumah tak ada masak apa-apa untuk dinner. Untung nasib dia ajak makan luar. Akhirnya sampai depan kedai The Leziz Sandwich..hahahaha... baru cakap semalam, hari ini dah tunaikan... Alhamdulillah rezeki...
Hasil makan-makan disana, kami pulang dengan perut kenyang, lain kali nak pergi lagi...nak cuba yang lain...

Ambik gambar depan kedai dulu... |
Ini lokasi kedai The Leziz Sandwich
Contact No. 010-886 5575
|
Hasil makan-makan disana, kami pulang dengan perut kenyang, lain kali nak pergi lagi...nak cuba yang lain...
Khamis, September 14, 2017
Kebakaran Pusat Tahfiz
Assalamualaikum, hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih berkaitan kebakaran pusat tahfiz seperti berikut:
Kuala Lumpur, 14 Sept. 2017 - Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi. Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian. Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadiam Sama2 kita sedekah Al Fatihah dan semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yg beriman..aamiin..Sebagaimana kebiasaan apabila berlaku bencana maka akan ramai yang berkumpul dengan peranan masing-masing termasuk mereka yang ghairah merakam setiap detik yang berlaku. Rakaman dilakukan disebarkan dalam media sosial yang boleh dikatakan hampir setiap orang ada. Berikut adalah pesanan ringkas dari Dr.Zubaidah Jamil Osman berkaitan video dan gambar yang mula menjadi tular.
Saya dengan rendah hati memohon ahli group tidak memforwardkan video kejadian kebakaran kepada kumpulan lain. Pihak Psych HKL sedang menjalankan Paychological First Aid (PFA) utk mangsa terselamat dan pihak keluarga terdekat. The video clip can be very traumatising and disturbing for those who are trying to cope with these challenging and difficult times.
Terima kasih.
Dr Zubaidah Jamil Osman
President
Malaysian Society of Clinical Psychology
JANGAN SEBAR GAMBAR MANGSA RENTUNG!!!!!
Berikutan kes kebakaran Pusat Tahfiz yang riuh disebar dalam What's Group hari ini. Saya mohon jasa baik semua "JANGAN SEBAR GAMBAR MANGSA RENTUNG ATAU DALAM KEADAAN NGERI!" Jaga hati keluarga mangsa. Apa perasaan kita jika mangsa itu anak2 kita..SANGGUP KITA SHARE? KALAU TAK SANGGUP, JANGAN SHARE...
Tanda iman seseorang adalah MAHU KEGEMBIRAAN UNTUK ORANG LAIN SEPERTI APA YANG KITA DAPAT dan.. TAK MAHU KESEDIHAN UNTUK ORANG LAIN SAMA SEPERTI KESEDIHAN YANG KITA DAPAT..
Kalau dah ada yg share... harap padam dan saling tegur menegur...
#copypaste sila forward!
Ahad, September 10, 2017
Cara masak laksa yang sedap by ROSHAZAREEZA
Assalamulaikum...tengah blog walking jupe cara masak laksa yang sedap dalam blog ROSHAZAREEZA. Terima kasih kepada tuan punya resepi. Maklumlah saya bukan selalu masak laksa (sekali je kot pernah masak). Alkisah ada kawan hadiahkan 2 bungkus laksa kering sebelum raya haji. Bincang dengan Mr.Y apa nak buat laksa tu. Ye lah Mr.Y dan anak-anak bukan kaki makan laksa, yang buat sebelum ini bawak ke sekolah untuk dihabiskan. Setelah berbincang Mr.Y, dia kata masak, nanti dia bawak pergi mana-mana untuk sedekah kawan-kawan makan. Biasalah orang ramai geng..ada geng surau, ada geng pejabat, ada geng grab, ada geng takaful, dan lain-lain lagi.
Sampai kini belum masak oleh sebab kekangan masa dan kesihatan anak tak mengizinkan. Insyalah jika anak dah betul-betul sihat kita buat. Orang cakap nak anak sihat kena banyak sedekah, maka jom lah bersedekah. Sedekah kenyangkan perut orang ni membahagiakan.
Jom salin dan simpan dulu resepinya... Sekali lagi terima kasih kepada tuan resepi..
Bila dah nak masak baru letak garam. Sesuaikan rasanya yer.

Khamis, September 07, 2017
Homemade Lamb Chop with mash potato
Sekali sekal datang angin tekak nak makan western. Tetapi kos makan dekat luar adalah mahal. Maka dengan baik hati kita buat lah sendiri. Asal hanya mak yang suka lamb chop, bapak boleh lah sikit-sikit. Mungkin air tangan ibu, semalam buat hana & humaira tak berhenti memuji. Humaira jarang nak makan kambing kerana sesetengah orang masak kambing masih ada bau. Setakat hari ini hanya kambing yang dimasak oleh pengasuh dia yang humaira makan, maka menjadi kekaguman lah jugak bila mak masak anak makan beria.
Langgan:
Catatan (Atom)