Rabu, Mac 01, 2017

Apa tujuan hantar anak ke sekolah?

Zaman sekarang ibu bapa berlumba untuk hantar anak ke sekolah canggih dan glomour. Tujuan supaya anak pandai dan lepas itu mak bapak dengan bangga bagitahu kawan-kawan anak sekolah mana. Dapat berapa A. Anak yang baru usia 2 tahun dah dihantar ke sekolah. Sedangkan anak-anak masih perlu ruang untuk bermain. Usia mereka adalah usia untuk bermain. Kita dahulu umur 6 tahun pun belum tentu pandai baca. Zaman sekarang kalau anak dah 4 tahun tapi belum pandai baca, mak bapak segan nak bagitahu. Tapi pernahkah mak bapak tengok anak itu cenderung ke arah mana.?

Kami hantar humaira ke sekolah usia 4 tahun. Sebelum hantar dialog mak bapak humaira lebih kurang macam ni:
Mr. Y: budak 4-5 tahun kena main. Kena buat segala pergerakkan yang merangsang saraf 2 dalam badan.
Aku: apa tujuan syg hantar kakak ke sekolah?
Mr. Y: Supaya dia bermain. 
Aku: saya nak dia pandai bersosial yang positif dan boleh berdikari. 

Maka dapat buat kesimpulan, kami berdua tak harap kakak pamdai dari segi akedemik tapi kami harap kakak menikmati zaman kanak-kanak sebagaimana kami menikmatinya dahulu. 


Kotak komen hilang

Alkisah semalam Mr.Y bagitahu orang tak dapat nak komen di blog...

Alamak, ini dah kenapa??????

maka search dilakukan untuk tahu apa yang berlaku dan cara nak setel..mmmmmm

alkisah jupe beberapa tutorial..

cek punya cek... rupanya kotak komen kena sembunyi...

Dah masa bila pulak aku sembunyi ni....

huhuhuhu...
.

Rabu, Februari 22, 2017

Bisness bakeri

Assalamualaikumndan selamat pagi. Pagi ini kita nak promosi buku 'bisnes bakeri'. ada tak kawan-kawan yang berminat nak buat perniagaan berasaskan bakeri.

Ini adalah buku panduan memulakan perniagaan bakeri dari rumah. Banyak kelebihan buat perniagaan dari rumah. selalunya ibu atau isteri mennghadapi dilema menguruskan rumahtangga dalam masa sama perlu fikir menambah pendapatan keluarga.

Insyalah, kalau ada buku ini. Kawan - kawan akan mudah menguruskan hal rumah tangga dan perniagaan. maklumat lanjut klik baner.

Sabtu, Februari 18, 2017

RESEPI PAU CENDAWAN

Bahan-bahan inti Pau Cendawan

1 bji bawang holand
5-7 cendawan shitake
1sudu butter utk tumis
2 cubit lada hitam yg serbuk
1/2 cawan susu cair
3 keping keju cheesedale (nx time nak letak)
1biji carrot parut jugak
Satu sudu kecil serbuk ayam knorr

Cara-Cara 

1. Tumis bawang sampai layu,
2. Masukkan ayam tggu separuh masak
3. Lepas tu masukkan susu cair tadi...tggu sampai pekat sikit masukkan keju tadi
5. Taburkan lada hitam, serbuk tumix,gula dn sedikit garam....

Untuk bancuhan coklat

2 sudu serbuk coklat
2 sudu tepung beras
Tambah sedikit air untuk bancuh, bancuh macam korang bancuh water colour tu. Tak pekat sangat  dan tak cair sangat.

Untuk Doh

2 cawan tepung pau/gandum
Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni)
2 sudu yis
1 sudu besar shortening (ganti dgn minyak)
2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Lepas tu masukkan serbuk yis dan tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih. Dah kembang yis masuk kan dalam tepung uli sekejap kemudian tambah shortening. Uli tepung sampai lembut, lepas tu rehat kan doh dalam 20 minit.
Dah rehat dan kembang tumbuk tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap. Bila doh dah lembut bahagikan doh kepada 10. Ambik sikit doh simpan untuk buat batang cendawan.
Doh yang korang bahagikan tadi boleh la isi dgn inti. Dah isi inti sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi dgn menggunakan berus. Tunggu 40 minit baru kukus.
Kukus dengn api besar selama 10minit dan penutup kukus tu balut dgn kain. Kukus batang pau yg telah digentel sekali. Bila dah masak buat lubang belakang pau, selepas itu celupkan batang pau dengan coklat cair tadi, baru masukkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau tu. Kemudian kukus lagi 5 minit dan siap untuk di makan.


Tempat Makan Sibu : YS Cafe

Mula-mula makan nasi arab dengan housemate masa kerja dekat KL. Sanggup kami ke cyberjaya sebab nak makan nasi arab yang dikatakan enak serta lazat oleh ramai orang. Beli nasi arab untuk berbuka. Sekali tengok, banyaknya nasi dia. Kami beli sebungkus kongsi dua orang. Lepas itu balik kampung ayah pun duduk bercerita pasal nasi arab mandi.

Setelah pindah sibu, setiap kali rasa nak makan nasi arab kami tunggu peluang balik KL untuk makan. Satu kali kami jalan-jalan jumpa orang jual paket nasi arab, apa lagi beli lah beberapa paket. Dapat masak kat rumah beberapa kali.

Tapi sekarang tak risau lagi nak makan nasi arab sebab kami tahu dah mana nak cari di sibu. Nasi arab dia memang sedap dan memenuhi selera kami sekeluarga. Dekat mana lagi kalau bukan YS Cafe.

Ada satu kali Mr.Y bawak balik nasi arab dari YS Cafe untuk kami dirumah makan. Kakak humaira suka sangat sampai berlaku dialog lebih kurang macam ini lah~

Humaira: Ummu tahu buat nasi macam ni tak?
Ummu: Tak tahu kakak
Humaira: Jangan cakap tak tahu, ummu kena cuba buat dulu.
Ummu: Ummu nak cuba macam mana, tak ada resepi.
Humaira: Kalau tak ada, ummu tanyalah orang kedai macam mana resepi.
Ummu: ok kakak.
Humaira: Ummu cuba tahu.Dah buat nanti kakak rasa sedap ke tak.

Haa...nampak tak bertapa sukanya kakak humaira dengan nasi arab dari YS Cafe. Tapi sampai hari ini ummu masih belum buat lagi. Selain nasi arab, ada banyak menu lain lagi antara yang sedap adalah aiskrim gula apong.

Dekat bawah saya sertakan alamat dan waktu operasi.

Alamat
Lorong Kampung Nangka 8A, Sibu 96000

Business hour
Tuesday-saturday (7.30 am - 5.00 pm)
Sunday (7.00am - 3.00pm)

Ini waktu lunch weekend, seronok kakak humaira dan kakak hana makan aiskrim gula apong. Yang berdiri gambar bawah adalah anak tuan kedai atau merangkap bekas pelajar praktikal Mr.Y