Zaman sekarang ibu bapa berlumba untuk hantar anak ke sekolah canggih dan glomour. Tujuan supaya anak pandai dan lepas itu mak bapak dengan bangga bagitahu kawan-kawan anak sekolah mana. Dapat berapa A. Anak yang baru usia 2 tahun dah dihantar ke sekolah. Sedangkan anak-anak masih perlu ruang untuk bermain. Usia mereka adalah usia untuk bermain. Kita dahulu umur 6 tahun pun belum tentu pandai baca. Zaman sekarang kalau anak dah 4 tahun tapi belum pandai baca, mak bapak segan nak bagitahu. Tapi pernahkah mak bapak tengok anak itu cenderung ke arah mana.?
Kami hantar humaira ke sekolah usia 4 tahun. Sebelum hantar dialog mak bapak humaira lebih kurang macam ni:
Mr. Y: budak 4-5 tahun kena main. Kena buat segala pergerakkan yang merangsang saraf 2 dalam badan.
Aku: apa tujuan syg hantar kakak ke sekolah?
Aku: apa tujuan syg hantar kakak ke sekolah?
Mr. Y: Supaya dia bermain.
Aku: saya nak dia pandai bersosial yang positif dan boleh berdikari.
Maka dapat buat kesimpulan, kami berdua tak harap kakak pamdai dari segi akedemik tapi kami harap kakak menikmati zaman kanak-kanak sebagaimana kami menikmatinya dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik