Sabtu, Februari 18, 2017

Tempat Makan Sibu : YS Cafe

Mula-mula makan nasi arab dengan housemate masa kerja dekat KL. Sanggup kami ke cyberjaya sebab nak makan nasi arab yang dikatakan enak serta lazat oleh ramai orang. Beli nasi arab untuk berbuka. Sekali tengok, banyaknya nasi dia. Kami beli sebungkus kongsi dua orang. Lepas itu balik kampung ayah pun duduk bercerita pasal nasi arab mandi.

Setelah pindah sibu, setiap kali rasa nak makan nasi arab kami tunggu peluang balik KL untuk makan. Satu kali kami jalan-jalan jumpa orang jual paket nasi arab, apa lagi beli lah beberapa paket. Dapat masak kat rumah beberapa kali.

Tapi sekarang tak risau lagi nak makan nasi arab sebab kami tahu dah mana nak cari di sibu. Nasi arab dia memang sedap dan memenuhi selera kami sekeluarga. Dekat mana lagi kalau bukan YS Cafe.

Ada satu kali Mr.Y bawak balik nasi arab dari YS Cafe untuk kami dirumah makan. Kakak humaira suka sangat sampai berlaku dialog lebih kurang macam ini lah~

Humaira: Ummu tahu buat nasi macam ni tak?
Ummu: Tak tahu kakak
Humaira: Jangan cakap tak tahu, ummu kena cuba buat dulu.
Ummu: Ummu nak cuba macam mana, tak ada resepi.
Humaira: Kalau tak ada, ummu tanyalah orang kedai macam mana resepi.
Ummu: ok kakak.
Humaira: Ummu cuba tahu.Dah buat nanti kakak rasa sedap ke tak.

Haa...nampak tak bertapa sukanya kakak humaira dengan nasi arab dari YS Cafe. Tapi sampai hari ini ummu masih belum buat lagi. Selain nasi arab, ada banyak menu lain lagi antara yang sedap adalah aiskrim gula apong.

Dekat bawah saya sertakan alamat dan waktu operasi.

Alamat
Lorong Kampung Nangka 8A, Sibu 96000

Business hour
Tuesday-saturday (7.30 am - 5.00 pm)
Sunday (7.00am - 3.00pm)

Ini waktu lunch weekend, seronok kakak humaira dan kakak hana makan aiskrim gula apong. Yang berdiri gambar bawah adalah anak tuan kedai atau merangkap bekas pelajar praktikal Mr.Y




Isnin, Februari 13, 2017

Tips berpantang sendiri.

Assalamualaikum, baru-baru ini menjadi tular kisah ibu mengkelar leher anak. Ibu yang baru habis berpantang dikatakan telah mendengar bisikan halus. Apa pun anak yang terkorban pasti ahli syurga.

Maka heboh di media sosial pasal jenis meroyan dan ciri-ciri wanita yang terkena meroyan ini. Mula-mula memahami bahawa meroyan ada banyak jenis sewaktu berurut dengan seorang mak cik taman permain. Dia menceritakan meroyan urat dan meroyan angin.

Meroyan adalah hasil daripada tekanan perasaan dan kepenatan badan yang amat sangat. Apabila ibu baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, kepenatan yang amat dirasakan menyebabkan dia mudah mengalami tekanan perasaan terutama jika mempunyai anak yang kuat menangis. Saat ini sokongan orang sekitar amat penting terutamanya suami. Adakala kata-kata semangat cukup, tetapi adakala tindakkan lebih baik.

 Ini adalah perkongsian pengalaman berpantang sendiri sebanyak dua kali... (macam banyak sangat je kan). Untuk pengetahuan semua, setiap kali berpantang aku diserang demam yang agak tinggi bermula dengan pantang anak sulung sehingga anak ke-tiga. Alhamdulillah suami amat memahami, saat ini semua urusan rumah dia akan ambik alih kecuali susukan bayi. Berpantang sewaktu anak sulung banyak dijadikan panduan buat berpantang anak-anak seterusnya. Jom lihat tips berpantang sendiri oleh saya...

  1. Sentiasa berzikir, kita dah tak boleh solat dan baca quraan, maka surah hafazan dan zikir-zikir menjadi maianan di mulut.
  2. Kalau boleh sepanjang berpantang elakkan buat kerja rumah, biar suami buat semua. Ini masa kita jadi permaisuri bagi arahan dan duduk tengok sahaja, jika ada anak-anak yang atas dari bayi baru lahir pun biar suami uruskan. 
  3. Setiap masa kalau boleh pasang orang mengaji atau berzikir. Ini aku buat setiap hari setiap masa kecuali waktu tidur.
  4. Jaga pemakanan, jangan makan benda berbisa dan boleh jadi masalah kepada sistem penghadaman. Bukan penghadaman kita sahaja tetapi juga bayi. Penting juga jaga pemakanan anak-anak yang lain kerana kita tak nak waktu berpantang anak-anak lain jatuh sakit. Kalau dapat bagi supliment bagi.
  5. Jangan malas nak mandi walaupun berpantang, pastikan mandi air panas (seelok disediakan oleh suami) untuk 2 minggu pertama dan mandi bukan waktu malam. 
  6. Bertunku dan berbekung juga penting...memang apabila pantang sendiri kita terbatas untuk buat semua ini. terutama jika ada kanak-kanak. Apa pun cuba juga buat.(kadang aku dah tertidur skali rasa mcm panas2 kat tapak kaki...rupanya Mr.Y tolong tunku kan wife dia, mmg aktiviti panaskan tuku kerja Mr.Y)
  7. Pastikan cukup tidur kerana ia mengembalikan tenaga. (berpantang anak pertama, baby asyik nangis malam, aku dibiarkan tidur dengan lena, sementara anak yang menangis di layan oleh suami serta ibubapa).
  8. Memang saat berantang ibu tidak boleh buat aktiviti luar. Anak-anak pasti bosan, maka wujudkan lah aktiviti yang menyeronokan dirumah. 


Ahad, Februari 12, 2017

ShopBack

Salam semua, Hari ni kita bercerita pasal shopback malaysia. Shopback  adalah web shoping online yang agak baru dekat malaysia ni. Menggunakan konsep yang hampir sama dengan web affiliate lain tetapi yang membezakannya ialah web memberi pulangan semula wang atau cashback apabila pembelian dilakukan.
                                                  
selain itu, ia turut menghimpunkan barisan e-commerce players kegemaran ramai. Antara nama-nama besar yang boleh ada kat shopback seperti EnsogoRakutenE-BayASOSAgodaGrouponAli ExpressLazadaQoo 10 & Zalora

Berminat boleh cuba alami sendiri... kami dah mengalaminya...
klik sini untuk alaminya...

Pakaging 3 layer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Kira-kira 2 minggu lepas dapat order  customer nak colour photo mugs. Selalu kalau order untuk photo mug,  saya akan order dari supplier dekat sibu sahaja, tetapi kali ini beliau nak colour photomugs. Maka saya pun buat design yang memuaskan hati beliau. Apabila beliau puas hati saya memasukkan design ke page 'designer' dekat printcious. Maka buat lah order...

Hasilnya macam ni...


  1. Barang sampai dalam keadaan seperti no.1. 
  2. Apabila buka ada kotak berbalut dengan plastik buble... maka buka lagi..ini kira lapisan kedua.
  3. Buka lapisan ke dua, iaitu kotak coklat yang agak keras ada lagi satu kotak. Alamak bagusnya packaging dia. 
  4. Buka lapisan ke tiga baru dapat tengok hasil. Colour mugs dibalut dengan plastik dan di sendal dengan kertas2. 

Menarikkan cara pembungkusan yang di buat oleh printcious. Saya suka kerana ini menambah nilai jaminan barang sampai dalam keadaan selamat. Maka hadiah hari jadi, hadiah 

Selasa, Februari 07, 2017

Anak bapak

Uwais & Mr.Y

Siapa ada part pengalaman anak nak bapak lebih dari mak. Selalu orang kata anak perempuan akan lebih suka dekat bapak dan anak lelaki akan lebih kepada mak. Berbeza sangat dengan situasi saya. anak perempuan sulung sahaja yang nak mak sentiasa tetapi anak perempuan ke dua dan anak lelaki sentiasa nak ayah dia. sampai tidur bawah ketiak ayah. Kadang-kadang berebut.

Mereka cari mak saat lapar dan dahaga. kadang2 kesian bapak nak lelap mata sebentar pun tak dapat lepas balik kerja. anak-anak pakat panjat badan. ajak main.

Jika abi kena pergi kerja luar kawasan maka beberapa hari sebelum berangkat kami akan bgtaw anak-anak. ini bertujuan mereka ada persedian mental dan rela pemergian abi mereka.