Isnin, Januari 16, 2017

Penipuan Pembelian Online

Mangsa penipuan pembelian melalui online , mangsa hendaklah menyimpan bukti-bukti pembelian seperti  bukti pembayaran (printscreen akaun bayaran dan nombor akaun penjual); alamat facebook dan sebagainya, kemudian, laporkan kepada:
(1) Polis Diraja Malaysia; di mana-mana balai polis berhampiran.

(2) E – Aduan KPDNKK.
Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my.

(3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
 (Laman Web: http://www.skmm.gov.my atau E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my.

(4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.
Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my; Tel : 03-88825822.

(5) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC); pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.
Laman web : http://www.nccc.org.my
Tel : 03 7877 9000.

PENIPUAN MELALUI ONLINE BOLEH DIDAKWA MENGIKUT SEKSYEN 415, 416, 419, 420 KANUN KESEKSAAN:

Seksyen 415 iaitu:

Barang siapa yang memperdayakan (deceived) mana-mana orang, sama ada perdayaan itu adalah dorongan yang utama atau tidak;

(a) secara frod (fraudulently) atau tidak amanah (dishonestly) mendorong orang yang terpedaya itu untuk menghantar sebarang harta kepada mana-mana orang atau memberi kerelaan kepada orang tersebut menyimpan harta itu; atau

(b) dengan secara berniat mendorong (intentionally induces) orang yang telah terpedaya itu untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa yang dia sepatutnya melakukan atau tidak melakukan jika dia tidak diperdayakan sedemikian dan perbuatan atau ketinggalan itu telah menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang pada tubuh, minda, reputasi atau harta.

Jelasnya, penipuan berlaku apabila orang yang membuat representasi atau kenyataan mengenai sesuatu fakta itu sendiri tidak mempercayai apa yang dia katakan itu sebagai benar.

Elemen ini dikenali sebagai deception iaitu membuat kenyataan salah sehingga memperdayakan orang yang menerima kenyataan itu sedangkan orang yang membuat kenyataan itu sendiri tidak percaya bahawa ia adalah benar.

JIKA TIADA HARTA YANG TERSERAH KEPADA PIHAK YANG SATU LAGI HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 417 KANUN KESEKSAAN YANG MEMBAWA HUKUMAN MAKSIMUM PENJARA LIMA TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUA SEKALI.

Kesalahan penipuan ini juga boleh dipertanggungkan ke atas orang yang menjadi dalang atau punca penipuan. Dalam konteks ini, sindiket penipuan akan menggunakan pihak ketiga atau ejen untuk melaksanakan rencana mereka.

Walaupun orang tengah itu yang memainkan peranan aktif berkata-kata dan berusaha mendorong mangsa untuk ditipu tetapi kesalahan penipuan ini masih boleh dipertanggungkan ke atas orang memberikan kebenaran kepada ejennya itu untuk melakukan penipuan bagi pihak dirinya.

Dalam Seksyen 416 Kanun Keseksaan sesiapa yang menipu secara menyamar sebagai orang lain selain daripada dirinya sendiri adalah melakukan kesalahan menipu secara menyamar. Hukuman yang boleh dikenakan adalah lebih berat daripada penipuan secara biasa tadi.

DI BAWAH SEKSYEN 419 KANUN KESEKSAAN HUKUMAN BAGI JENIS PENIPUAN SECARA MENYAMAR INI ADALAH PENJARA TIDAK MELEBIHI DARIPADA TUJUH TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

Bagaimanapun, jika penipuan yang dilakukan itu mengakibat sebarang harta atau barangan telah terserah kepada satu pihak lain atau telah berlaku kerosakan terhadap sesuatu harta maka hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap pesalah.

HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN DI BAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN IAITU PENJARA TIDAK KURANG DARI SATU TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA 10 TAHUN DAN HENDAKLAH DIKENAKAN SEBATAN DAN JUGA DENDA.

Terima kasih.

p/s: info adalah copy paste dr whatsapp.

Ahad, Januari 15, 2017

Kisah doa dan pengajaran

Assalamualaikum...

Beberapa hari lepas ada baca beberapa kisah pengalaman beberapa orang individu tentang doa. Pernah tak terfikir kenapa doa kita tak tertunai atau belum tertunai. Sebenarnya mungkin kita tak menampakkan kesungguhan dalam berdoa atau doa kita terlalu umum.

Kisah satu: Seorang wanita ingin sangat menunaikan umrah pada tahun tersebut. Maka dalam doa dia nyatakan secara jelas kepada Allah setiap kali lepas solat akan niat dan keinginan nya, walaupun pada saat dan ketika itu dia tidak memiliki wang yang cukup. Allah dengar doa dan keinginan wanita ini tetapi Allah tidak terus memberi. Sebaliknya Allah buka jalan untuk wanita ini lebih banyak bersedekah. Ingatlah setiap 1 kita keluarkan Allah gandakan 10. Alhamdulillah hajat dan impian wanita ini terlaksana. Dapat lah dia dan suami pergi umrah pada tahun tersebut.

Pengajaran: Jangan kedekut untuk bersedekah walaupun tak berwang. Sedekah menggunakan tenaga dan buah fikiran juga salah satu caranya.

Kisah dua: Sepasang suami isteri sangat berhajat untuk membawa ayah mereka menunaikan haji. Si isteri dengan penuh yakin bahawa mereka akan dapat nunaikan haji pada tahun tersebut. Manakala si suami 50-50, ye lah kuota haji bukan banyak, tambahan mereka baru mendaftar haji. Walaupun begitu si isteri tetap yakin dengan doa yang dilafazkan setiap kali lepas solat, dia tetap terus menuntut ilmu haji bersungguh-sungguh dan berusaha mengumpul wang untuk menunaikan haji. Allah maha berkuasa, permohonan mereka untuk menemani ayah yang telah uzur menunaikan haji tercapai. Maka dapatlah suami isteri menunaikan haji pada usia masih muda.

Pengajaran: Yakin terhadap apa doa yang dilafazkan.

Kisah tiga: Apabila berhutang wajib bayar. Seorang insan yang telah meminjam wang dari kenalan dan rasa amat terbeban apabila menanggung hutang dengan individu telah berdoa kepada Allah dengan penuh spesifik. Allah berikan dia jalan untuk melangsai hutang dengan cepat.

Pengajaran: Nyatakan dengan jelas bila dan bagaimana kamu ingin sesuatu dalam doa.

Sabtu, Januari 14, 2017

Dinasour

Assalamualaikum dan salam pagi....

Last week beli glow in the dark untuk anak-anak tema dinasour.

Memang dorg xcited sgt lah...yelah selalu tengok documentari tentang dinasour ni. Lepas itu ummu pulak download cerita dinasour. Asyik ulang tayang je lah.

Ok lah tengok cerita dinasour dari cerita ntah apa-apa. Tapi nak jawab soalan masyaAllah. Terpaksa ummu download App dekat playstore pasal nama-nama dinasour pulak. Yelah jab-jab tanya, apa nama yang ni. dia makan apa? gigi dia tajam tak.

Apa pun anak-anak happy, mak tambah ilmu pasal hidupan zaman jurasic.

Jangan lupa kunjungi kedai online naimyart....love u all...

Khamis, Januari 12, 2017

Perginya seorang pemimpin berjiwa rakyat~Tok Nan

Assalamualaikum, hari ini seluruh negeri sarawak bersedih atas pemergian seorang pemimpin berjiwa rakyat. Pemergian mengejut ketua menteri sarawak amat dirasai oleh seluruh negeri. walaupun kami bukan orang Sarawak tetapi keberadaan kami di negeri inimelebihi 5tahun membuat kami turut sama merasa kesedihan itu.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan beliau berada dikalangan insan-insan beriman. amin.

Isnin, Januari 09, 2017

Terima kasih cinta

Alhamdulillah hasil jagaan penuh kasih sayang dari seorang bapa, anaknya bertambah baik hari ini.

Bangun pagi, kakak dtg kat ummu dan terus cerita.

Hunaira: ummu malam tadi kakak demam, abi ambik air lap kat kepala kakak. kakak suka sbb abi jaga kakak.
Ummu: cakap terima kasih kat abi tak.
Humaira: ala abi dah pegi keja, kakak tak sempat cakap. ummu dah cakap dengan cikgu tak kakak demam.
ummu: dah.kakak demam lagi ke?
humaira: kakak tak demam dah tapi badan kakak rasa dedar lagi lah.

Salah satu petua untuk anak cepat baik demam adalah ibubapa menunjukan kasih sayang yang penuh saat anak tidak sihat. bukan hanya buat mereka lebih cepat sihat tetapi turut buat mereka lebih menghargai pengorbanan kita...