www.hasil100fb.com/407936
Selasa, Februari 09, 2016
Tone excel Pelan Emas saya.
www.hasil100fb.com/407936
Resepi 15minit
Assalamualaikum...
Suatu petang hana & humaira merasa lapar selepas bangun dari tidur yang panjang. Maka ibu mereka yang sibuk melayan uwais aysar mula memerah otak fikiran bersama pak Google mencari resepi yang simple dan cepat. Inilah nasib ibu beranak kecil. Cari punya cari jupe resepi lempeng moden @ pancake. Jom tengok resepi yang dah diubah suai ikut barang2 yang ada di dapur kami saat itu.
Bahan:
Tepung gandum (1cawan)
Sri kaya (2sudu makan)
Garam (secubit)
Soda bicarbonat (1/2sudu kecil)
Air (secukupnya)
Cara:
Campur semua bahan sehingga sebati, pastikan tak terlalu cair & tak terlalu pekat.
Tapiskan adunan.
Ambil kuali non stick dan panaskan. Setelah panas, tuangkan 1senduk adunan. Apabila adunan berbuih2 boleh diterbalikan. 1-2minit boleh angkat. Buat sqmpai siap.
Apabila Mr. Y balik, dia sapu lempeng dengan kaya lagi.. owh..skali ngap dia cakap sedap mcm kaya ball..hurm... x kisah lah apa nak panggil... yg ptg sedap di mulut ahli keluarga.
Selamat mencuba.
Isnin, Februari 08, 2016
"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
- Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).
- Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda - [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
- Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
- Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini
- Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
- Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
- Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.
Jumaat, Februari 05, 2016
Resepi epok-epok telur
Epok-epok atau lebih glamour karipap. Kalau panggil epok-epok nampak klasik sikit.
Aku selalu buat epok-epok untuk family...boleh dikatakan hampir setiap minggu.
Jom tengok resepi
Bahan-bahan & cara:
Doh
1. Tepung gandum
2. Majerin
3. Minyak (dipanaskan)
4. Garam
5. Air
Campur semua bahan dan uli hingga tidak melekat ditangan. Kemudian bulat-bulatkan besar sedikit dari saiz duit syiling 50sen dan rehatkan sekejab. Sementara itu boleh siapkan inti telur.
Inti
1. Telur
2. Bawang besar (dimayang)
3. Lada besar (dipotong halus)
4. Apa-apa jenis sayur yang sesuai.
5. Garam
Campur semua bahan dan ketepikan. Kemudian ambik seketul doh tadi dan penggolek. Maka apa lagi, golekkan lah doh tadi. Dah jadi sekeping, angkat letak dalam bekas yang agak dalam supaya nanti bila masuk inti tak mengalir keluar. Setrusnya masukkan inti tadi dalam 2-3sudu makan. Dah masuk inti, apa lagi kelim lah tepinya...
Ini lah rupa epok-epok telur resepi ibu mertuaku.
Ahad, Januari 31, 2016
MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.
MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.
Suatu hari kami menonton rancangan tanyalah ustAzah. Ustazah menceritakan dia membawa beberapa orang wanita dalam suatu program berjumpa dengan seorang kiai untuk bertanyakan kepada kiai tersebut. BAgaimana kiai itu mendidik dan membesarkan anak seramai 11 orang sehingga semua berjaya. Jawapan kiai sangat mudah dan simple....MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM...pendek kata MENANGIS DALAM SOLAT TAHAJUD.
Kita mungkin, telah menyediakan pendidikan terbaik, kehidupan terbaik dan keperluan terbaik untuk anak kita Tetapi kenapa anak kita masih belum berjaya, susah diatur dan banyak karenah. Ini mungkin kerana kita kurang atau mungkin tak pernah MENANGIS KERANA ANAK DI TENGAH MALAM.
Andai kita sudah sering menangis dalam tahajud kerana anak, tetapi masih juga tiada perubahan. Mungkin belum masa Allah nak kabulkan permintaan kita.
KATA ARWAH CIK, "ALLAH SIMPAN DULU PERMINTAAN KITA. KALAU TAK KAT DUNIA, INSYALAH DI AKHIRAT ALLAH BAGI APA YANG KITA MINTAK.."