Jumaat, Februari 03, 2012

Adik-Adikku~musim ke-3

Rancangan Adik-adikku dah nak masuk musim ke-3. Best2...tgk budak2 berpidato... Ada 13 org peserta yang layak... sapa nak tgk gambar peserta untuk musim nie sila lah sini http://bb2.islam.gov.my/adik-adikku/

Bila akan diadakan...info seperti berikut:

Bermula: 8 Febuari 2012
Febuari: Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat (6.30ptg)
Mac:  Ahad, Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat (6.30ptg)

Doa Nabi Daud

Doa Nabi Daud a.s...Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara...


Diriwayatkan bahawa antara doa yang menjadi amalan Nabi Daud alaihis salam ialah : Ya Allah, aku memohon kepadaMu 4 perkara dan aku berlindung denganMu daripada 4 perkara.
4 perkara yang aku pohon dariMu ialah:
  • 1. Mempunyai lidah yang sentiasa berzikir kepadaMu.
  • 2. Mempunyai hati yang sentiasa bersyukur kepadaMu.
  • 3. Mempunyai tubuh badan yang sanggup menahan sabar.
  • 4. Mempunyai isteri yang sentiasa membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku.
4 perkara yang aku memohon perlindunganMu ialah :
  • 1. Mempunyai anak yang bersikap sebagai tuan kepadaku.
  • 2. Mempunyai isteri yang menyebabkan aku beruban sebelum waktu aku patut beruban.
  • 3. Mempunyai harta benda yang menjadi bencana dan menyusahkan diriku.
  • 4. Mempunyai jiran yang suka menyembunyi dan memejamkan mata dengan kebaikan yang aku lakukan, tetapi menghebahkan kepada orang lain apabila sahaja melihat keburukanku

Isnin, Januari 16, 2012

Nota Buat Suami

Nota Buat Suami


Suamiku,
Sepertimana yang kita sedia maklum dan tahu bahawa kita akan menjadi pendidik dan pelindung kepada bakal khalifah. Bakal khalifah yang masih berada di alam roh ini digelar sebagai anak. Sebenarnya diri ini tidak mengharapkan anak ini didik dengan kemewahan dan kemanjaan. Tetapi cukuplah engkau pimpin kami dengan agama tuhanmu. Cukuplah engkau tunjukkan kami jalan mendapatkan keselesaan hidup dunia dan kebahagian akhirat.

Didiklah bakal khalifah ini seawal usia kandungan, agar dia tahu bahawa dalam hidup ini dia perlu mencari redha dan kasih Allah melebihi redha manusia dan sayang manusia. Panggillah dia dengan nama-nama yang baik serta manis. Agar senang sesiapa sahaja mendengarnya. Semoga setiap yang memanggil mendoakan kebahagiaan buatnya.

Suamiku,
Sehingga kini diri ini sering merasa aman mendengar bacaan kalam Allah darimu. Walaupun suara mu tidak semerdu & selantang Munif Hijaz. Tetapi ia tetap memberi ketenangan saat gelisah. Benar lah ubat bagi jiwa dan emosi yang kacau adalah Ayat-Ayat Allah.

Ini sahaja coretan ku kali ini. Semoga kita sama-sama mencapai CINTA ILLAHI.

"Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” 
(Al-Furqaa:74)

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim:40)

Me wif Mr.Yman & Shu...
Ingatan Drpd: Seorang Isteri

Khamis, Januari 12, 2012

Kek coklat kukus munie...


Ini lah hasil kek coklat pertama yang aku buat...nampak sedap n mcm x sabar nak makan...tapi ikut kata sifu kena tunggu semalaman dalam peti ais dulu baru best...

Nak tahu resepi nyer..ambik dr blog Resepi Munie masak...tapi aku buat separuh dari ramuan asal. Pasal kat umah nie belum ada periuk kukus besar...


Resepi Kek Coklat

Bahan A :

2 cawan gandum
2 cawan serbuk coklat
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil serbuk penaik

--->semua bahan2 diatas diayak dalam 1 bekas

Bahan B:

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

--->campurkan semua bahan di atas..kacau sehingga semua bahan sebati

Cara-cara :

Gaulkan kan bahan A dan bahan B..kacau sampai rata..setelah rata, masukkan 1 cawan air panas.kacau rata..kemudian, masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak pada keseluruhan permukaan loyang.
Kemudian tutup loyang td dengan alu foil dan kukus selama 2 jam..(air dalam kukusan kena tgk dalam sejam sekali kerana dikhuatiri air kering..)...bila kek sudah masak selama 2 jam, terbalik kan ke dalam bekas untuk di pastu topping coklat (bahan C).

Utk topping :

1/2 cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter @ marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curah atas kek coklat yang sudah dikukus

p/s: Munie aku coppy ek...

Rabu, Januari 11, 2012

Makbulkah Ia?

  “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. “(Al-Baqarah:186)


Aku adalah hamba, sebagai hamba aku perlu bertuan. Tuan yang bagaimana? Semestinya yang menciptakan aku dan mereka, mereka serta alam semesta yang tidak diketahui penghujungnya  ini. Menilik kembali diri sebagai seorang hamba,  aku tahu sudah pasti ia lemah dan tidak berkemampuan. Seterusnya ia mesti  kenal tuanya dan sering memohon apa sahaja dari tuanya. Malangnya diri ini lupa ia lemah dan tidak berkemampuan, lebih mendukacita lagi, aku tidak kenal siapa tuanku, tapi aku sering berdoa memohon sesuatu darinya.

Mereka memberitahu aku bahawa tuanku adalah Allah dan kerana dia adalah Allah, maka aku sering menandah tangan selepas menyembahnya untuk memohon sesuatu. Tapi apakah permohonan ini akan termakbul? Memang permohonan diri ini tidak semua termakbul. Adakalanya aku memujuk diri dengan mengambil kata orang bijak pandai bahawa,  jika kita sering berdoa kepada Allah tetapi permohonan kita tidak termakbul mungkin ada 3 kemungkinan, perrama apa yang kita pohon pada hemah kita ia bagus untuk diri ini, tapi pada pandangan Allah ia bukan sebaiknya. Kedua, Allah akan memberi balasan di akhirat nanti dan yang ketiga belum masanya lagi permohonan kita dimakbulkanNYA. Semua kata bijak pandai ini tidak salah. Tapi ia betul jika permohonan itu datang dari mereka yang kenal akan Allah dan memohon sesuatu keranaNYA. Betulkah niat ku selama ini? Ini menjadi persoalan pada diri ini kerana sering diri ini memhonon tapi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Alpa bahawa diri ini hanya pinjaman yang sementara, jiwa yang kekal tidak ditanyakan akan makan minumnya.

Dalam kitabNya yang agung, Allah berfirman bahawa dia akan mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaNya tapi janji Allah ini bersyarat. Syarat itu senang didengari tapi sukar dilaksanakan iaitu memenuhi segala perintahnya dan beriman kepada Nya, seterusnya sentiasa berada dalam kebenaran. Adakah kita telah berjaya melakukan segala perintahnya? Tanya pada diri ini, jujur hati ini mengatakan perintah Allah tidak semua kulaksanakan. Benarkah diri ini beriman, wahai hati? Hati menjawab tapi penuh keraguan, kerana di hati itu tempat iman dan nafsu. Adakala nafsu berjaya mengaburi iman. Terus terpadam cahaya iman pada titik itu. Persoalan seterusnya adakah kita sentiasa dalam kebenaran? Tiada siapa yang dapat menipu diri sendiri, jika org lain tidak tahu tapi akal dan hati pasti tahu. Ya, aku pernah berbohong, mana mungkin aku mengatakan aku sentiasa dalam kebenaran. Taubatku seperti tidak taubat…kenapa? Kerana bila tesepit aku melakukan kembali penipuan dan pembohongan.

Syarat yang sering manusia lupa. Sedangkan nabi telah bersabda yang bermaksud :”ku tinggalkan untuk kamu dua perkara pusaka, tidak akan tersesat selama-lamanya, selama mana kamu masih berpegang teguh kepada kedua-duanya. Iaitu kitabullah dan sunnah rasulnya.” Maksudnya kita perlu mengambil keseluruhan. Kerana nabi kita tidak kata “berpegang teguh sebahagian dari kedua-duanya.”  

Jelas aplikasi ini salah dalam diriku, kerana aku lupa bahagian kedua firman Allah di atas. Iaitu mematuhi segala perintahNya dan beriman kepadaNYa.

Kata orang tidak kenal maka tidak sayang. Bagaimana mungkin kita mengharapkan sesuatu dari mereka yang tidak kita sayangi. Tidak bisa bukan. Tapi Allah sayang akan hambanNya. Kerana itu, bila mana kita bertanya tentangNya. Dia menyatakan dengan jelas dalam kitabNya bahawa dia dekat. Ya kita tidak merasa kehadiranNya kerana hati ini telah dicemari dan dinodai. Siapa yang mnengotorkan hati ini. Sudah pasti diri sendiri.

 Hakikat semua manusia adalah hamba kepada sang pencipta. Tapi tak semua manusia mengenali sang pencipta terutama pada zaman sekarang dimana semua hal seperti bisa dilakukan sendiri oleh manusia dan computer-komputer ciptaanya tanpa bantuan yang lain. Kita ini sebenar lupa bahawa computer Allah itu lagi jauh canggih berbanding yang ada sekarang. Kerana sifat lupa akan wujudnya tuan, maka manusia itu sombong. Sombong yang mebinasakan dirinya. Apabila wujud masalah dan krisis dalam kehidupan, barulah jiwa ingin kembali memohon kepada tuanya, malang dia tidak kenal dan tidak tahu dimana wujudnya tuanya.

Jangan selalu mengharap kerana mengharap semata-mata tanpa usaha tidak akan sempurna, tapi kita perlu terus berusaha dan bersabar dalam memenuhi harapan. Usaha dan sabar mengajar erti sebuah kehidupan. Selain berusaha dan bersabar, ada lagi satu teknik yang sering kita lupa. Iaitu memohon kepada yang maha pencipta.

‘Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."’ (al-mu’min:60)