Khamis, Januari 12, 2012

Kek coklat kukus munie...


Ini lah hasil kek coklat pertama yang aku buat...nampak sedap n mcm x sabar nak makan...tapi ikut kata sifu kena tunggu semalaman dalam peti ais dulu baru best...

Nak tahu resepi nyer..ambik dr blog Resepi Munie masak...tapi aku buat separuh dari ramuan asal. Pasal kat umah nie belum ada periuk kukus besar...


Resepi Kek Coklat

Bahan A :

2 cawan gandum
2 cawan serbuk coklat
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil serbuk penaik

--->semua bahan2 diatas diayak dalam 1 bekas

Bahan B:

1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

--->campurkan semua bahan di atas..kacau sehingga semua bahan sebati

Cara-cara :

Gaulkan kan bahan A dan bahan B..kacau sampai rata..setelah rata, masukkan 1 cawan air panas.kacau rata..kemudian, masukkan ke dalam loyang yang telah di sapu minyak pada keseluruhan permukaan loyang.
Kemudian tutup loyang td dengan alu foil dan kukus selama 2 jam..(air dalam kukusan kena tgk dalam sejam sekali kerana dikhuatiri air kering..)...bila kek sudah masak selama 2 jam, terbalik kan ke dalam bekas untuk di pastu topping coklat (bahan C).

Utk topping :

1/2 cawan serbuk koko van houten
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter @ marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curah atas kek coklat yang sudah dikukus

p/s: Munie aku coppy ek...

Rabu, Januari 11, 2012

Makbulkah Ia?

  “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. “(Al-Baqarah:186)


Aku adalah hamba, sebagai hamba aku perlu bertuan. Tuan yang bagaimana? Semestinya yang menciptakan aku dan mereka, mereka serta alam semesta yang tidak diketahui penghujungnya  ini. Menilik kembali diri sebagai seorang hamba,  aku tahu sudah pasti ia lemah dan tidak berkemampuan. Seterusnya ia mesti  kenal tuanya dan sering memohon apa sahaja dari tuanya. Malangnya diri ini lupa ia lemah dan tidak berkemampuan, lebih mendukacita lagi, aku tidak kenal siapa tuanku, tapi aku sering berdoa memohon sesuatu darinya.

Mereka memberitahu aku bahawa tuanku adalah Allah dan kerana dia adalah Allah, maka aku sering menandah tangan selepas menyembahnya untuk memohon sesuatu. Tapi apakah permohonan ini akan termakbul? Memang permohonan diri ini tidak semua termakbul. Adakalanya aku memujuk diri dengan mengambil kata orang bijak pandai bahawa,  jika kita sering berdoa kepada Allah tetapi permohonan kita tidak termakbul mungkin ada 3 kemungkinan, perrama apa yang kita pohon pada hemah kita ia bagus untuk diri ini, tapi pada pandangan Allah ia bukan sebaiknya. Kedua, Allah akan memberi balasan di akhirat nanti dan yang ketiga belum masanya lagi permohonan kita dimakbulkanNYA. Semua kata bijak pandai ini tidak salah. Tapi ia betul jika permohonan itu datang dari mereka yang kenal akan Allah dan memohon sesuatu keranaNYA. Betulkah niat ku selama ini? Ini menjadi persoalan pada diri ini kerana sering diri ini memhonon tapi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Alpa bahawa diri ini hanya pinjaman yang sementara, jiwa yang kekal tidak ditanyakan akan makan minumnya.

Dalam kitabNya yang agung, Allah berfirman bahawa dia akan mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaNya tapi janji Allah ini bersyarat. Syarat itu senang didengari tapi sukar dilaksanakan iaitu memenuhi segala perintahnya dan beriman kepada Nya, seterusnya sentiasa berada dalam kebenaran. Adakah kita telah berjaya melakukan segala perintahnya? Tanya pada diri ini, jujur hati ini mengatakan perintah Allah tidak semua kulaksanakan. Benarkah diri ini beriman, wahai hati? Hati menjawab tapi penuh keraguan, kerana di hati itu tempat iman dan nafsu. Adakala nafsu berjaya mengaburi iman. Terus terpadam cahaya iman pada titik itu. Persoalan seterusnya adakah kita sentiasa dalam kebenaran? Tiada siapa yang dapat menipu diri sendiri, jika org lain tidak tahu tapi akal dan hati pasti tahu. Ya, aku pernah berbohong, mana mungkin aku mengatakan aku sentiasa dalam kebenaran. Taubatku seperti tidak taubat…kenapa? Kerana bila tesepit aku melakukan kembali penipuan dan pembohongan.

Syarat yang sering manusia lupa. Sedangkan nabi telah bersabda yang bermaksud :”ku tinggalkan untuk kamu dua perkara pusaka, tidak akan tersesat selama-lamanya, selama mana kamu masih berpegang teguh kepada kedua-duanya. Iaitu kitabullah dan sunnah rasulnya.” Maksudnya kita perlu mengambil keseluruhan. Kerana nabi kita tidak kata “berpegang teguh sebahagian dari kedua-duanya.”  

Jelas aplikasi ini salah dalam diriku, kerana aku lupa bahagian kedua firman Allah di atas. Iaitu mematuhi segala perintahNya dan beriman kepadaNYa.

Kata orang tidak kenal maka tidak sayang. Bagaimana mungkin kita mengharapkan sesuatu dari mereka yang tidak kita sayangi. Tidak bisa bukan. Tapi Allah sayang akan hambanNya. Kerana itu, bila mana kita bertanya tentangNya. Dia menyatakan dengan jelas dalam kitabNya bahawa dia dekat. Ya kita tidak merasa kehadiranNya kerana hati ini telah dicemari dan dinodai. Siapa yang mnengotorkan hati ini. Sudah pasti diri sendiri.

 Hakikat semua manusia adalah hamba kepada sang pencipta. Tapi tak semua manusia mengenali sang pencipta terutama pada zaman sekarang dimana semua hal seperti bisa dilakukan sendiri oleh manusia dan computer-komputer ciptaanya tanpa bantuan yang lain. Kita ini sebenar lupa bahawa computer Allah itu lagi jauh canggih berbanding yang ada sekarang. Kerana sifat lupa akan wujudnya tuan, maka manusia itu sombong. Sombong yang mebinasakan dirinya. Apabila wujud masalah dan krisis dalam kehidupan, barulah jiwa ingin kembali memohon kepada tuanya, malang dia tidak kenal dan tidak tahu dimana wujudnya tuanya.

Jangan selalu mengharap kerana mengharap semata-mata tanpa usaha tidak akan sempurna, tapi kita perlu terus berusaha dan bersabar dalam memenuhi harapan. Usaha dan sabar mengajar erti sebuah kehidupan. Selain berusaha dan bersabar, ada lagi satu teknik yang sering kita lupa. Iaitu memohon kepada yang maha pencipta.

‘Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."’ (al-mu’min:60)

Hikmah yang Tidak Dipersoalkan VS Hikmah yang Dipersoalkan

Setiap kejadian dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seorang insan pasti ada hikmah.  Tetapi manusia sering lupa mempersoalkan hikmah disebalik suatu kejadian dan peristiwa yang mengembirakan hati dan perasaan. Apa yang sering manusia lakukan adalah mempersoalkan hikmah disebalik kejadian dan peristiwa yang menguris hati dan perasaan.

Adakala persoalan tentang hikmah Allah ini ditanyakan kepada manusia yang lain..lupakah kita bahawa, Allah hanya memberikan sedikit ilmuNya kepada kita. Oleh itu mana mungkin kita mampu menjawab rahsia Allah.

Hikhmah bagi setiap kejadian adalah rahsia Allah dengan hamba yang merasainya sahaja. Bagaimana seorang hamba dapat merasa hikmah suatu kejadian jika sifat asas sebagai hamba tidak dapat dipraktikan. Jika berlaku suatu peristiwa, kita perlu ikhlas dan redha dengan apa yang ditentukan Allah. Insyalah…kita akan merasa hikmah disebalik setiap kejadian.


"Musibah itu suatu ujian, Kebahagian itu pula adalah cobaan. Hanya hamba yang redha& ikhlas merasa nikmat disebalik kejadian."

Khamis, Januari 05, 2012

My Super Sleeping Buddy! - Bantal ♥Love♥ Tara

Sleeping Buddy atau dalam bahasa melayu kita teman tido...kalu my super sleeping buddy maksud yang aku faham adalah apa-apa yang sering menemani kita tido. Bila tgk contest nie teringat kat Bantal Love (Bantal♥) Tara.


Tara atau nama sebenarnya Tiara Adelina berusia 5tahun pada 2012. Dah masuk tadika pun semalam.1st time jumpa Tara masa umur 3tahun sewaktu majlis perkahwinan Ibu&Baba. Tapi 1st time jupe tak tahu lagi dia ada bantal busuk bentuk love. Perjumpaan seterusnya baru tahu dia ada bantal busuk bentuk love yang dia panggil bantal love.


 Oleh kerana bantal ♥ nie bantal busuk dia, maka tak kisah lah dia tido siang ker tido malam ke, mesti bantal♥ nak kena ada kat kepala. Bantal ini pun akan dibawa kemana sahaja dia bermalam. Pernah sekali waktu balik ke KL dr Melaka, dia lupa masukkan bantal♥ dalam kereta. Acu nya perasan dan sembunyikan bantal♥ dalam kereta lagi satu. Dalam perjalanan tue...dia teringat yang bantal♥ tertinggal kat Melaka, menangis lah minah nie dalam kereta mintak balik ambik. Nasib lah acu dah sembunyikan dalam kereta dia. Kalu tak satu kerja pulak nak patah balik ke Melaka semata-mata nak ambik bantal♥ dia 2. 


So, jom kita tengok beberapa keping photo yang ada dalam simpanan antara Tara & Bantal♥

Kemana sahaja pasti bantal ♥ akan dibawa bersama...Ini sewaktu balik raya  Aidlfitri 2011 di Melaka.  Lebih enak  hisap susu berbantal ♥ dia tue...
Kali ini Tara teman Acu tido...tak boleh tido jika tak ada bantal ♥, sebelum tido kita bergambar dahulu dengan sunglasses baru Acu...
Tara & bantal ♥ beberapa tahun lepas. Pada masa nie Tara baru 2tahun.  Sekarang Tara dan 5tahun. Kira dah nak masuk 3tahun mereka tido bersama-sama. (curi gambar nie dari lappy Mr.Yaman)
Syiok tido sambil isap jari...kena lak baring atas bantal ♥...

p/s: Entry ini khas untuk penyertaan Contest Baby Malaysia – My Super Sleeping Buddy!

Selasa, Disember 27, 2011

Tuntunan MU vs Tuntunan Manusia

Hati yang tidak tetap pada Allah sering berubah pandangan. Jika benar kita memilih sesuatu berdasar tuntunan wahyu Allah, insyalah kita merasa mudah. Walaupun ada yang menghalang dan mencabar pilihan tersebut. Ini kerana hati kita tetap padaNYA. Janganlah kita membuat sesuatu pilihan kerana tuntunan manusia. Kerana manusia tidak pernah menjanjikan kebahagian sesama manusia itu. 





Perjalanan sebuah kehidupan pasti ada banyak simpang dan liku. Walaubagaimanapun, liku dan simpang perjalanan setiap manusia pasti berbeza. Ada yang mempunyai simpang yang banyak diawal perjalanan tapi ada yang sangat banyak liku menghampiri perjalanan.  Adakala liku dan simpang yang sama perlu kita hadapi beberapa kali. Begitu juga dalam hubungan lelaki dan wanita.

Sudah menjadi fitrah lelaki akan berpasangan dengan wanita. Bagaimana pengakhiran sebuah hubungan itu bergantung kepada kebijaksanaan pasangan tersebut. Selagi lelaki dan wanita belum berkahwin, kita kenali mereka sebagai bakal pasangan. Andai telah berkahwim, barulah layak mereka digelar sebagai pasangan.  Ada yang menjadi bakal pasangan untuk tempoh yang lama, tapi hanya sekejab menjadi pasangan. Ada pula yang hanya sebentar menjadi bakal pasangan tetapi bertahan hingga ke akhir hayat sebagai pasangan.

Pada zaman sekarang, pasangan bukan lagi dipilih oleh ibu bapa, tetapi oleh individu tersebut. Walaubagaimanapun, pendapat dan pandangan ibu bapa sering di utamakan dalam pemilihan pasangan. Jika bakal pasangan ini telah bersetuju untuk melangkah ke simpang yang lebih mencabar. Maka mereka akan memperkenalkan bakal kepada ibu bapa masing-masing. Seterusnya ibubapa akan bertemu dan cuba mengenali bakal pasangan anaknya serta keluarga besan. Apabila kedua-dua pihak setuju maka melangkahlah mereka memasuki simpang dan melalui liku rumah tangga. Amat mudah dan senang bagi pasangan yang mendapat restu kedua-dua keluarga. Seringkali hubungan begini dipermudahkan Allah. Insyalah perjalanan ini mengikut tuntunan wahyuMU. Sebagaimana yang tersurat dalam kalam Mu yang agung.

Pilihan pasangan melalui tuntunan manusia sering dipengaruhi oleh nafsu dan emosi. Ada manusia mencari pasangan berdasarkan kekayaan dan ada pula yang berdasarkan rupa. Ini semua ada tuntunan nafsu manusia yang tidak dipandukan iman. Seterus emosi akan menguatkan pilihan hati yang buta. Jika berlaku sesuatu yang tidak dirancang dikemudian hari, maka mula lah episode salah menyalah antara satu sama lain. Kebahagian yang diharap, kesengsaraan yang dirasai. Yang sering terkesan akibat pilihan berdasarkan tuntunan manusia adalah hati. Berseronok lah syaitan melihat satu lagi pasangan adam hawa di hanyutkan dalam emosi tanpa iman.

Islam itu indah, agama itu cantik, jiwa itu murni, hati itu bersih….yang mencemari semua ini adalah tuntunan manusia yang mengikut nafsu dan emosi tanpa mengutamakan tuntunan Allah.