Rabu, Februari 16, 2022

Beringatlah....



Beringat lah.....

Ramai betul sekeliling saya yang terjangkit dengan covid-19 skrg.

Ramai juga yang lupa jaga SOP....

Al-kisah 3 minggu lepas kami bawa baby ulya ke satu majlis. Serius ummu mmg tak beri baby ulya dekat dgn orang luar. Risau nak bawa baby sebenarnya, tapi tak dapat elak kena bawa juga.

Sebolehnya ummu cuba jaga jarak baby ulya dengan orang lain. Tetiba entah dari mana datang seorang acik, lalu depan ummu, tangan dia laju je sapu pipi baby ulya sambil kata comelnya. Ya Allah, terus ambil sanitizer sapu pipi. 

Maka terus ummu keluar dari majlis.   Kejadian itu buat kami lebih berjaga-jaga. Itu lah orang kata beringat sebelum kena. Kalau dah terlajak, cepat-cepat berundur. 

Kita tak mampu nak pastikan semua orang mengikut SOP, maka kita lah kena pastikan diri kita mengikut SOP.

Peringatan untuk diri.

#yamanaimy

1 ulasan:

Sila komen yang baik-baik