Ada anak yang kreatif melakukan contengan pada dinding. Bila tengok dinding rumah rasa tak sedap mata memandang. Tambah-tambah kalau duduk rumah sewa. Ye lah, apa kata tuan rumah kalau datang tengok dinding rumah dia terlalu berseni.
So menjadi masalah nak padam kesan seni kreatif anak-anak. Pasti ramai yang ada masalah macam ini.
Kami awal-awal pun sama, macam-macam petua dekat internet kami cuba. Masih tak berjaya. Akhir sekali ternampak pasal Magic Sponge dalam katalog cosway. Apa lagi ada peluang pergi cosway terus beli barang tersebut. Balik rumah teruja sangat nak cuba. Makin teruja apabila ia membuah hasil yang positif.
Sekadar berkongsi dengan rakan2 yang mengalami situasi yang sama.Senang je pakai span ni...mcm pakai span biasa. Anak-anak boleh padam sendiri sebagai denda menconteng dinding.
Bukan kesan contengan pen,pensil, marker je...apa sahaja kesan degil pada permukaan keras boleh di padamkan hanya dengan melembapkan magic span ni.
Gambar adalah denda dan aktiviti anak-anak solehah kami dengan magic sponge.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila komen yang baik-baik