Selasa, Disember 06, 2016

Razia sultan TV3

Assalamualaikum...entah macam mana boleh terjerat dengan drama bersiri Razia Sultan ni... Bahasa perantaraan adalah bahasa hindi. Drama bersiri berdasarkan kisah benar tentang seorang sultan perempuan yang memerintah India suatu masa dahulu.

Serba sedikit tentang razia sultan ada dalam web The Indian History: Razia Sultana

Sekarang cerita tengah bersiaran di tv3 setiap isnin hingga khamis... tapi i is tengok online je...tak sempat nak layan...

Isnin, November 28, 2016

Cuti sekolah nanti balik kampung tak?

Ok, setiap kali menjelang musim cuti sekolah, soalan yang paling banyak aku jawab adalah

Cuti sekolah nanti balik kampung tak?

Setiap kali itu juga lah aku menjawab:

Insyallah tak balik.

Maka soalan seterusnya:

Kalau tak balik kampung, pergi kemana cuti sekolah nanti?

Aku dah agak akan ada soalan ini juga, jawapan aku:

Tak kemana, duduk sibu je. Buat aktiviti dengan anak-anak kat rumah.

Kalau korang macam mana?

Printcious~saya berniaga tanpa modal


Assalamualaikum dan selamat petang.

Pada petang yang berbahagia ini saya nak kongsikan apa yang sedang saya lakukan dan kenapa saya memilih syarikat percetakkan ini. "Printcious". Saya telah lama terlibat dengan Printcious semasa mereka masih menggunakan nama heartbeat. Bawah adalah carta alir mudah.

❤❤❤
2011~ Join Affiliat HeartBeat.
2013~Jadi heartbeat-dropshipper 
2016~Join Printcious sebagai designer.
❤❤❤

Kenapa dengan Printcious, saya dapat berniaga tanpa modal? 
Ini kerana saya menjadi designer untuk printcious tanpa perlu membayar apa-apa yuran. Apa yang perlu saya berikan adalah bakat dan seterusnya mematuhi segala T&C yang ditetapkan.

Apa lagi yang best?
Bagi ibu-ibu yang sibuk dengan anak-anak pasti menghadapi kekangan masa untuk menguruskan tempahan pelanggan dan pembukungsan dan seterusnya penghantaran. Dengan printcious saya tidak perlu melakukan semua itu, saya hanya perlu membuat design mengikut masa saya, upload mengikut kesukaan saya dan seterusnya paparkan di kedai online. Jika ada pembeli, email akan dihantar.Kata orang sekali kerja dapat hasil berkali-kali. Maka buatlah design yang cantik-cantik.








Jumaat, November 25, 2016

Bercerita sambil tengok photobook

Best bercerita dengan anak-anak sambil tengok gambar kenangan dalam photobook.

Yang best anak-anak dapat kenal atok nenek yang dah tiada.

Dan ajar mereka hargai ibu bapa serta orang tua.

5SEBAB KENAPA SURIRUMAH PERLUKAN INSURANS



Insurans adalah komitmen pertama yang saya ambil selepas dapat dapat kerja. Ptptn belum dapat kerja dah kena bayar.  Kenapa? Sebab saya risau jika apa-apa berlaku saya akan membebankan orang yang saya sayang. Masa tue risau susahkan mak ayah. Ye lah belajar bertahun dah susahkan dorg, tak kan dah kerja tetiba jadi perkara yang tak diingini nak susahkan dorg lg.

Sekarang saya kerja biasa2 sahaja, kebanyakan masa duduk rumah. Setiap bulan saya sekadar minta suami bayar insurans sahaja. Jika ada pemberian wang atas tangan saya anggap itu bonus. hehehe...

Kenapa saya masih meneruskan pengambilan insurans walaupun dah tak bekerja bidang berisiko tinggi seperti dulu dan suami seorang penjawat awam.

1. INI KERANA KOS PERUBATAN MAKIN TAHUN MAKIN MENINGKAT

2. INI KERANA UNTUK DAPAT RAWATAN PERCUMA DI HOSPITAL KENA MENUNGGU GILIRAN

3. INI KERANA SESETENGAH UBAT PERLU DIBAYAR SENDIRI KERANA HARGA YANG MAHAL

4. INI KERANA APABILA SAKIT MUNGKIN SAYA HILANG UPAYA UNTUK MENCARI PENDAPATAN SENDIRI

5. INI PALING PENTING, SAYA TAK NAK ORANG YANG SAYA SAYANG MERASA TERBEBAN JIKA SAYA DITIMPA MUSIBAH.

INI BUKAN BERFIKIRAN NEGATIF, TETAPI INI ADALAH LANGKAH PERLINDUNGAN DAN PENCEGAHAN.