Selasa, Jun 08, 2010

Singapore

Salam semua...my holiday at Singapore...
"Jika di tanya pada rembulan, mengapa pungguk rindukan engkau, pasti ia menjawab kerana pungguk tidak mengetahui dan mencari kebenarannya, disamping itu aku ini juga hipokrit dan penuh dengan kepalsuan. Dari jauh aku kelihatan cantik bersinar-sinar menerangi malam yang gelap tetapi hakikat aku mempunyai banyak kawah yang hodoh dan hanya meminjam pantulan sinaran mentari. Andai pungguk mencari dan menemui kebenaran, pasti ia tidak akan merindui aku lagi…itulah rahsia alam."




Jangan salah sangka..ini bukan kengkawan yang pergi bersama aku, tp pelancong yg mintak tlg aku shoot gambo dorg....







"Berjalan dan lihat lah dunia ini menggunakan matamu, seterusnya fahami dan hayati lah ia dengan hatimu...."

Percutian adalah suatu medan untuk kita mengenali dan mengisafi di...Ambilah pengajaran dan pembelajaran dari apa yang kita alami ketika bercuti...pasti percutian itu menjadi lebih bermakna.

Sekian....tema kaseh...

Demi kecintaan yang satu ini…

Apalagi dari rekahan bibir insan yang bernama wanita, jika perkataan cinta terucap, nilainya tentu lebih tinggi berbanding daripada insan lelaki yang khabarnya lebih mudah memutar-mutarkan lidah, mengikut selera mereka yang penuh rahsia itu.

Cinta tak semudah mengucapkanya. Di sebalik perkataan cinta tersembunyi seribu makna dan maksud. Cinta yang mewangi ibarat bunga yang kembang segar, mudah menarik naluri kumbang, lebah, kupu-kupu, burung malahan langau untuk mendekatinya. Namun adda juga cinta yang berbisa, tersembunyi racun di sebalik warnanya yang ceria, di sebalik baunya yang tidak puas-puas dihidu itu.

Cinta memang mudah diucap tetapi payah untuk memahami makna mahabah di sebaliknya. Cinta adalah mahabah. Mahabah adalah suatu kecintaan yang tinggi nilainya. Mahabah itu adalah suatu kecintaan yang padu, hanya tertumpu untuk Allah S.W.T. Sebagai contoh, cinta Rabiahtul Adawiyah kepada Allah S.W.T adalah cetusan perasaan cinta dan rindu yang mendalam kepada-Nya.

Sahabat sekalian, tentu anda pernah atau sedang dilamun cinta. Cintailah Allah melebihi segala-galanya kerana itu adalah cinta yang abadi.