Ini adalah sebuah rancang tentang pejalan-pejalan haji, merangkap tetamu Allah pada tahun ini. Rancangan nie ada setiap malam jam 9 selama 1jam di tv1bermula 23/10/2011 selama 20hari..…*Cuma malam ada perlawanan akhir piala Malaysia (29/10/2011) je tak da rancangan nie, penat aku tunggu…yg kuar bola lak..x apa lah*
Apa yang aku suka tentang rancangan nie adalah…pengajaran yang ada serta isu-isu yang sering di hadapi oleh jemaah haji…stakat ini yang topic yang paling aku suka adalah air mata kaabah dan di sebalik batu.
Air mata kaabah ada banyak jenia, air mata kagum, air mata sedih, air mata gembira dan air mata kerdil serta pelbagai lagi. Segala air mata ini berbeza antara hamba. Setiap hamba yang ada jiwa yang halus akan mengalirkan air mata apabila melihat kaabah buat pertama kali nya. Kegembiraan bagi hamba yang impian melihat kaabah terlaksana, ketakutan bagi hamba yang mengenang dosa-dosa silam. Apakah terampun segala dosa lalu. Apakah makin bertambah keimanan kita. Apa sahaja kembali kepada diri sendiri.
Disebalik batu pulak tentang kaabah itu sendiri. Topik ini menarik tentang amalah bidaah jemaah haji. Tak ada guna kita memeluk kaabah itu. Tapi hayati lah kisah di sebalik pembinaannya. Renungi lah semangat di sebalik kaabah. Tempat tujuan seluruh umat islam di dunia.
Harapan diri agar tak telepas mana-mana topic dalam rancangan ini. Kerana ia begitu menyentuh hati. Makin lama tengok rancangan ini makin kuat rasa nak pegi Haji…insyalah suatu hari nant.
Teringat satu ungkapan dalam sebuah cerpen “ Jangan kira rezeki Allah dengan mesin kira manusia. Allah mempunyai mesin yang jauh lebih canggih. Tugas kita adalah berikthiar dan menyimpan duit. Kemudia Allah tentu melengkapkannya”