Rabu, Oktober 12, 2011

Air Paip saya kena Curi

Sekarang saya tinggal di taman satria, dekat dengan kampung jeriah....sibu, serawak....
Oleh kerana kawasan taman ini adalah penempatan baru, maka di hadapan rumah saya sangat aktif aktiviti membuat rumah baru. Hari-hari saya mendengar bunyi bising jentera..apa yang tidak seronok nya, hari cuti pun mereka bekerja. 

Minggu lepas saya dapat resit bil air...sepanjang 5 bulan saya tinggal di sini bil air rumah saya tidak pernah melepasi RM5.00 (kalu kat selangor mst dah free kan)...Apa yang terjadi, bil air saya bulan lepas meningkat melebihi RM5.00...Bukan niat hati ingin menuduh sesiapa...tapi nak dijadikan cerita..ketika sang suami pulang kerumah...dia melihat paip air terbuka dan air mengalir dengan senang hati. Maka bermula lah sesi soal siasat suami kepada isteri... Oleh kerana isteri mempunyai bukti kukuh yang dia tidak keluar rumah pada hari itu, maka terbuktilah si isteri tidak bersalah. 

Kedua-dua suami dan isteri ini tahu bahawa pekerja di tapak pembinaan selalu mencuri air di rumah sebelah (rumah belum diduduki tapi bakal diduduki)...x ku sangka rumah ku turut menjadi mangsanya...

Kesimpulan kami sedang mencari kunci kepala paip....biar mereka tidak ambik air kamii lagi...kalu nak..mintak lah...kan....bukan kedekut sgt pun....tp beradab lah skit.

Gambar di bawah menunjukkan pembinaan di depan rumah saya:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila komen yang baik-baik