Hai, asslamualaikum semua. Lama betul tak bersiarankan. Semejak bermula sesi persekolahan 2023, aku terlalu sibuk uruskan anak-anak dan rumah. Alhamdulillah, tahun ini empat daripada lima anak dah bersekolah. Rutin aku bangun jam 5pagi, siapkan sarapan dan bekal, pukul 6 kejut anak-anak dan siapkan diri. Jam 7pagi setelah yang sekolah rendah pergi, baru kejutkan Uzayr untuk ke tadikan permata islam MAIWP. Adakala bawa ulya bersama jalan kaki hantar abang uzayr. Jika aku berseorangan aku akan singgah pasar untuk beli lauk pauk andai kata dah kering atau ada permintaan dari mak. Balik rumah, buat itu ini....jam 1ptg, aku akan berjalan kesekolah untuk mengambil uwais dan wawan. Jam 1.45petang aku akan tunggu kakak humaira, kakak sumayyah dan kakak hana di depan jalan, sekadar nak memastikan mereka selamat melintas jalan besar yang kereta tak pernah surut. Jam 2.15petang aku akan menjadi pemandu anak-anak ke sekolah agama pula, selalu uzayr dan ulya akan ikut sebab mereka suka naik kereta. Balik rumah kita buat apa patut., tunggu jam 5petang akan bergerak jalan kaki ke sekolah agama untuk ambil anak-anak. Selalu waktu ini ulya dan uzayr masih tidur petang. Aku akan minta tolong nenek mereka tengok-tengokkan. Malam aku dan Mr.Y akan jadi guru pembantu yang membantu anak-anak siapkan kerja sekolah. Kiranya jadual harian sangat penuh, waktu untuk berblog dan berniaga atas talian amat terhad apabila Ulya jenis mak bangun dia bangun. Bila dah macam itu, aku dalam dilema nak renew domain blog atau tidak..... nanti lah kita fikirkan.
Berbalik kepada persoalan di atas... menjadi kebiasaan pada keluarga kami untuk bawa anak-anak buat morning walk setiap hujung minggu. Aktiviti ini kami mula buat selepas Uwais masuk wad akibat asma. Oleh kerana paru-paru uwais sempit, doktor cadangkan dia selalu pergi berenang tapi anda faham-faham sahajalah persediaan agak leceh pada aku dan kalau kita hire jurulatih renang, kos menjadi persoalan utama. Kami tanya ada cadangan lain yang lebih murah tak doktor, doktor kata banyakkan berjalan pun ok. Setiap kali kami berjalan hujung minggu dengan anak-anak akan ada yang tanya, tak ada yang buat perangai ke? semua bagi kerjasama ke? Ye lah dah jauh berjalankan... JAWAPANNYA.......TIDAK SENTIASA LANCAR TAPI MASIH TERURUS.
Konsep yang kami suami isteri guna, bagitahu anak-anak malam sebelum tidur nak buat aktivit berjalan esok pagi, maka selepas solat subuh mereka kena bersiap termasuk sarapan pagi. Walaupun kadang kala tak tahu kemana hala tuju kaki akan melangkah, setidak mereka dah ada persediaan mental. Apabila bagitahu nak buat aktiviti berjalan kaki, kami akan remaind tentang kelakuan dan keselamtan termasuk permintaan. Permintaan yang selalu anak-anak buat apabila berjalan adalah nak makan kedai...dan apa yang aku cakap "kita jalan dahulu, kalau tak sempat nak balik makan rumah baru makan kedai tapi kalau sempat, kita akan makan kat rumah." selalu mereka faham bab ini walaupun adalah yang minta nak air kotak tengah-tengah jalan. adakal kami belikan, adakala kami suruh mereka minum air kosong yang dibawa sahaja. Apabila mereka buat perangai lebih-lebih kami akan ingatkan balik apa yang diberitahu sebelumnya, jika meragam tak nak jalan...kawasan selamat..kami akan buat jalan macam biasa, mereka nampak kami tak ambil pusing ragam mereka, mereka akan berlari datang dekat juga. Kalau kawasan tidak selamat untuk buat tak layan ragam mereka, Mr.Y akan pakai kuasa garang bapa, tak perlu buat apa pun, sekadar besarkan sedikit mata dia yang sepet itu pun anak-anak dah gerun. So senang, semua akan behave.
Kesimpulan macam mana urus anak diluar adalah set minda mereka, tegas tapi fleksibel.