Selasa, Julai 28, 2020

Apa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

Bukan suatu yang pelik jika sisuami menghadiahkan sesuatu buat isteri. Tapi adakala hadiah yang diberikan bukan pilihan si isteri, bila ini terjadi, selalunya hadiah itu akan tersimpan menjadi khazanah almari atau rak-rak dirumah.

Nasihat aku buat suami-suami diluar sana, jika nak hadiah sesuatu buat isteri,berilah apa yang akan si isteri pakai. Perempuan ada satu sifat yang aku sendiri tak pandai nak jelaskan (aku pun alami, sebab itu awal-awal kawin aku dah bagitahu hadiahkan aku dengan barang yang akan aku guna bukan sekadar suka). Perempuan tidak semestinya guna apa yang dia suka..contahnya, dia suka tengok baju itu, dia suka tengok orang pakai baju itu, dia rasa nak ada dan pakai baju itu tapi bila dah ada, dia tak pakai pun baju itu. Alasan, corak.baju tak sesuailah,badan dia tak nampak cantik lah kalau  pakai baju tu. Sudahnya rugi duit en.suami beli tapi tak guna.

Berikut adalah beberapa pilihan hadiah untuk isteri dari suami.

  • Emas dan perhiasan diri~beritahu aku berapa ramai yang tak suka emas dan perhiasan diri, hampir kesemua perempuan suka. Tapi suami kena perhatikan, adakah isteri sentiasa ada perhiasan itu di badan atau tidak terutama jika keluar rumah atau hadiri apa-apa majlis. Jika ada, anda boleh beli. Jika tiada, cari keperluan yang lain kerana isteri anda bukan jenis memakai.
  • Barang dapur~ini hakikat semua mak-mak suka. Perhatikan apa minat isteri ketika di dapur, maksudnya apa yang selalu dia guna dan menu masakan yang selalu dia buat. Maka tuan-tuan boleh adakan gadjet dapur yang tak ada seperti periuk noxxa, airfryer, air coway atau cookco tak pun mixer.
  • Tiket percutian - tak perlu yang mahal, dapat lari dari rutin harian sehari dua pun sudah cukup bermakna buat isteri. Jika selalu isteri masak dan tidur dirumah, apakata setahun sekali bawa dia berkhemah tepi sungai. Aku ada kenal seorang kakak ini, dia bukan kaki pancing dan ada anak dua. Laki dia pula adalah kaki pancing, oleh kerana bosan duduk dirumah, dia setuju ajakan suami untuk berkhemah tepi sungai bersama kawan pancing laki dia. Pasang khemah sendiri, bawa makanan untuk camping macam zaman-zaman sekolah...walaupun dia merungut banyak nyamuk, sejuk dan macam-macam...tapi di penghujung dia kata best sebab dapat keluar dari rutin harian dan merasai sedikit cabaran mrnyediakan menu makanan buat anak-anak. Maka sebebarnya bawa isteri balik kampung pun dah buat dia lari dari rutin harian yang sama.
  • Ilmu~ramai yang tak tahu bagaimana nak beri hadiah berbentuk ilmu kepada isteri. Kebanyakkan yang terbayang bila kata bagi hadiah ilmu, mereka bayangkan buku. Bagi yang tak ada anak kecil, sesuai lah nak beri buku pada aku. Tapi jika yang ada anak kecil, nak urus diri pun mereka tak tenang apa lagi nak duduk membaca dengan tenang. Apa kata hadiahkan mereka dengan kelas-kelas atas talian aja sekarang....sambil buat kerja rumah mereka boleh dengar kelas-kelas menambah pendapatan, menambah menu masakan di dapur dan ilmu parenting. Kelas-kelas ini seeloknya berbayar lah, baru lah isteri nampak suami berusaha membantu isteri upgrade diri walaupun duduk rumah.
  • Masa untuk minat si isteri~cakap sahaja dekat isteri..."hari ini awak lakukan apa yang awak nak diluar rumah, abang urus anak-anak dirumah." Atau pun join minat isteri, seperti jika isteri suka buat kerja amal rumah anak yatim atau orang tua, ikut sekali. Jangan suruh isteri lakukan apa yang dia minat itu dirumah kerana dia akan ketepikan minat dia sebaliknya akan selesaikan urusan rumah yang belum selesai.Kerja dekat rumah tidak akan pernah habis terutama jika masih ada anak kecil.

  • Tanya isteri apa yang diperlukan bagi memudahkan urusan kerja rumah. Kadang-kadang suami nampak isteri susah nak masak, maka dibeli pelbagai gadjet hakikat isteri bila tanya apa yabg mementkannya. dia menjawab merasa letih nak angkat jemur kain baju...setiap kali nak sidai baju kena pakai pakaian menutup aurat, cuaca pula tak menentu...maka sidai angkat sidai angkat..banyak masa habis untuk itu sahaja... Nah...hadiahkan pengering baju ye tuan-tuan. 
Apa yang penting untuk isteri bukan nilai Ringgit hadiah tersebut tapi keikhlasan suami dalam menghargai pengorbanan isteri.

Rahsia Sell Online Reloaded -25/7/2020

Assalamualaikum.... selamat pagi..hari ini nak kongsikan ilmu apa yang diperolehi sewaktu join kelas Funnelevo, Rahsia Sell Online Reloaded.

Kelasm mula jam 9pagi sehingga 5petang. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku betul-betul join kelas online. Sebelum ini Mr.Y sahaja yang rajin join kelas-kelas or seminar ini. Jika sebelum PKP kita hadiri kelas dengan pergi ke venue-vanue yang ditetapkan..tapi kali ini kita join melalui internet. Alhamdulillah memudahkan kerja mak sebagai ibu (Mr.Y yang banyak ambil alih kerja hari tu).



Pada pendapat aku, banyak ilmu yang diperolehi antaranya:

  • Sesuatua yang tidak logik pada pandangan kita, mungkin logik pada pandangan seorang guru. Maka itu, jika guru menyuruh untuk melakukan apa-apa, kita sebagai murid, jangan membantah...sebaliknya cuba sebaikbya untuk laksanakan.
  • Buat apa yang Allah suka...Allah akan berikan apa yang kita nak.
  • Trafik tinggi, maka mata yang memandang lebih ramai. lagi ramai yang tahu tentang perniagaan kita,lagi tinggi jualan akan kita lakukan. Ini macam kita naikkan trafik blog lah.
  • Perkara utama dalam meningkatkan jualan atas talian adalah database dan trafik. Apabila kita ada database yang besar, kita boleh wujudkan trafik yang pesat melalui database tersebut.
Maka aku ambil keputusan nak mula mengumpul database. Sejak 2011 niaga online tapi buat database on off...tak istiqamahnya aku. Ya Allah kurniakan sifat istiqamah dalam diri nor aini. 

Itu sahaja perkongsian kali ini.

Isnin, Julai 20, 2020

Daftar bil TNB baru di rumah Subsale

Assalamualaikum... sebelum ini aku ada cerita macam mana surirumah belajar beli rumah subsale kan. Kali ini aku nak kongsi macam mana nak tukar nama dekat bil TNB rumah yang kita baru beli itu. Tak kan kita nak selamanya bil TNB keluar nama tuan rumah lama kan.  Sekarang mudah sangat nak daftar bil TNB baru di rumah subsale, ikuti langkah berikut..

Bahan bahannya
1) IC owner Baru
2) SNP muka tertera nama owner Baru Dan alamat rumah

Seterusnya buka mytnb portal dan pergi ke Change of Tenancy.(Boleh juga buat untuk setiap penyewa baru rumah dan rumah baru)

Bila isi borang Change of Tenancy,dan tunggu emel dari MyTNB untuk demand letter.Dalam demand letter tu dia akan minta bayaran deposit meter,duti setem dan change meter.So aku rasa macam terima demam letter 😆 deposit bil Rm500.


Selesai bayar di kiosk kedai tenaga dan dalam 48jam akan terima emel anda berjaya buka akaun baru myTNB.

Aku download myTNB apps di PlayStore dan cari nama pemilik dan alamat rumah untuk masuk akaun.

Siap semua dalam tempoh seminggu.
Ini link cara daftar akaun baru di MyTNB portal.   







Ahad, Julai 12, 2020

Minat berkongsi membuahkan hasil.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Sedar atau tidak jika kita buat sesuatu yang kita minat, kita tak akan rasa ia susah, kita tak akan rasa ia membazir dan kita tak akan rasa ia membebankan. Bila kita buat sesuatu kerana minat, kita akan buat sepenuh hati, kita akan sampaikan kepada yang lain dengan keterujaan dan kita tidak akan merasa bosan untuk sampaikan kepada yang lain (sampai kita tak sedar yang orang lain pun bosan dengar cerita kita). Selalunya apabila kita buat sesuatu kerana minat, hasil kita akan dapat lebih memuaskan, kita akan gembira dan hilang tekanan. 

Kajian yang aku baca banyak mengatakan bahawa pekerjaan dirumah memberi tekanan yang lebih daripada pekerjaan pejabat. Aku tak setuju dengan kenyataan tersebut sebab pada pendapat aku, apa-apa pekerjaan tetap ada tekanan tersendiri. Manakala tekanan yang diterima dan mampu diterima oleh setiap insan adalah berbeza. Ada orang rasa kerja sebagai suri rumah senang, kerana dia memang minat pada kanak-kanak dan memasak. Manakala ada yang kata duduk rumah sebagai surirumah lebih memeningkan kepala mereka. Ini kerana mereka mungkin jenis yang outdoor person atau mempunyai minat yang lain selain menguruskan rumah tangga.

Macam aku sendiri, jujur cakap memasak bukan minat aku, aku juga tak suka kemas rumah, tapi aku terima semua tersebut dengan tidak meninggalkan minat. Aku suka bidang photography dan mengedit gambar, seterusnya aku suka kongsi hasil itu dengan kawan-kawan. Selain itu aku suka baca buku tentang pengembaraan dan berkongsi tentang tempat tersebut dengan mereka yang suka mengembara, kalau berpeluang aku pun nak mengembara ke tempat tersebut agar dapat dibandingkan dengan buku yang aku baca, sama ke tak. Memandangkan aku hanya seorang surirumah yang bekerja dari rumah, maka aku menggunakan blog sebagai tempat aku bercerita (walaupun aku tak pernah jumpa dengan kebanyakan pembaca blog, tapi aku amat berterima kasih kerana masih sudi membaca blog sendu aku ini). Suri Rumah, dunia dia hanya orang yang sama setiap hari, anak, suami dan jiran (kalau jiran surirumah juga kalau tak anak suami je lah). 

Baru-baru ini aku buat beberapa post berkongsi info tentang e-book 'Trade What You See'. Aku sertakan sekali link affiliate untuk e-book tersebut. Akaun affiliate bukan aku uruskan pun, aku hanya kongsikan apa yang aku faham dan link affiliate tersebut. Aku kongsi apa yang aku faham sebab aku suka cerita balik apa yang aku baca, tambahan awal pengenalan penulis bagitahu dia mengembara untuk sambung belajar di negara China. Bila dah kongsi hampir dua minggu dekat blog Mr.Y hantar screenshot bawah



Maka aku pun ucaplah tahniah sebab dapat extra income sebab tak sia-sia buat promosi e-book tersebut di instagram dan facebook. Dia balas, itu income daripada blog yamanaimy. Aku tanya macam mana boleh jadi income dari blog? Mr.Y balas dia tengok banyak track link dari blog yamanaimy. Terutama selepas aku post entry Bila kita ada niat, Allah akan tunjukkan jalan.... 

Alhamdulillah, ini lah yang dikatakan minat boleh membuahkan hasil yang tak disangka. Ramai sahaja sebenarnya yang membuat pendapatan dari minat. Bagi aku ini kali pertamalah minat bercerita membuah hasil, selalu minat mengedit dan photography yang membuahkan wang, sebab aku jadikan ia sebagai kerjaya dari rumah. Nak order design gambar, kad atau photobook boleh contact aku ye... Terima kasih. Itu sahaja perkongsian kali ini.

Update: E-book Srikandi Saham Sudah Tidak Dijual. (May 2021)

Jumaat, Julai 10, 2020

Produk Asmak, Potong Gula...Tak perlu buat topping kek lagi..



Assalamualaikum, panjang juga tajuk kali ini. Kalau anda tengok video, anda akan faham dan tahu bahawa saya tak jual produk tersebut dan saya tak buat review berbayar untuk produk itu, Saya buat video itu sebagai bahan untuk kakak ipar guna bagi promote salah satu produk dia. Banyak sebenarnya produk yang dia jual, tapi kali ini aku hanya nak bagitahu tentang produk yang dikenali sebagai POTONG GULA ini.

Mula-mula aku dengar yang ini adalah sama seperti susu pekat manis tapi tiada gula, aku kurang yakin sebab takkan Asmak keluarkan susu pekat, ye lah Asmak kan rangkaian produk kesihatan dan penjagaan diri. Maka aku tanya lah lebih lagi, produk ini sebenarnya ada kandungan gula yang sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis. Ada 3 jenis, iaitu ASLI, GULA PERANG DAN COKLAT.

Kebetulan petang selasa lepas aku buat mufin coklat cip sebagai menu minum petang, maka saja cuba letak produk ini sebagai topping. Rasa dia sedap, tak manis sangat dan buat mufin kamu lebih lembab. Aku rasa lepas ini kalau buat kek coklat, aku tak perlu buat topping dia lagi...guna ini je sebagai topping. Harga RM6 sahaja satu pek untuk yang coklat. Yang lain aku tak tanya pasal aku tak beli yang lain...hehehehe....

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk ini maka boleh lah