Ummu : Kakak nak ummu baca buku nie ke?
kakak: Baca lah ummu...
Ummu: kakak tak nak baca buku yang ni? (sambil tunjuk buku 1,2 &3)
Kakak: Tak nak, kakak nak buku nie...
(masih tunjuk buku "retire young, retire rich" oleh Robert T.Kiyosaki).
Maka kakak dengan adik duduk lah bersandar dekat sofa, ummu pun mula lah baca, tengok total muka surat 546, tapi hanya baca 2helai, selepas itu kakak dengan adik dah nak main lukis-lukis lak...
Sedikit perkongsian dari bacaan buku tersebut (ntah faham ke tidak budak 2 orang tue)
- Aliran tunai adalah frasa terpenting dalam dunia keewangan. Perkataan ke-2 terpenting adal "leverage".
- "leverage" adalah kuasa yang dapat membantu menaikan atau menjatuhkan seseorang.
- "otak kita dapat menjadi aset terkuat ataupun dapat juga menjadi liabiliti terhebat. Sekiranya kita menggunakan perkataan tepat dalam otak, kita akan menjadi kaya. Sekiranya kita menggunakan perkataan yang tidak tepat, kita akan menjadi miskin." ini lah Leverage Minda.