Ahad, Februari 11, 2024
BH Idea: Berjumpa kembali
Apabila anak persoalkan kenapa ummu abi tak benarkan dia membaca novel online - WATTPAD.
Semakin membesar seorang anak makin besar cabaran yang perlu ibubapa hadapi. Adakala tindakkan ibubapa dipersoalkan. Anak-anak sekrang bukan seperti kita zaman 90an dahulu. Kalau ibu bapa kata tidak, iya kan saja..menurut sahaja..Tapi anak sekrang lebih kepada persoalan dan pertanyaan. Jika kehendak tidak dituruti akan ditanya sebab. Jika diberi sebab maka, akan dibandingkan pula.
Kisahnya beberapa bulan lepas kakak humaira bercerita tentang kawan membaca novel online, maka dia pun mintalah kebenaran untuk baca sama. Macam biasa apabila kami buat Family link, apa-apa web yang dia nak buka kena ada kebenaran ibu ayah. Notifikasi untuk kebenaran akan sampai ke telefon ibu ayah. Pada awalnya, suka lah maknya ni. Wah anak ada semangat nak membaca...kena sokong ni... tapi bila buka link tersebut..Eh apa ni cerita semua 70% cerita untuk 18tahun ke atas. Anak aku 12tahun pun belum. Langkah seterusnya kita bincang lah dengan bapa dia, bukan apa kalau anak memberontak, mak boleh kukuhkan hujan dengan pendapat bapa dia. Budak sekarang bukan macam dulu mereka akan tanya kenapa begitu, kenapa begini....
Perbincangan secara whatsapp supaya anak dapat baca. |
Sebelum kami menentang sepenuhnya, Mr.Y kata cuba tengok ada 'parental control' atau tidak sebab ada je novel-novel islamic dan sesuai untuk awal remaja. Jom kita tengok apa kata google..(malas nak cerita panjang...copy paste aja lah.)
- Can you put an age restriction on Wattpad? Wattpad doesn't have parental controls but does have a variety of features to help your teen manage who they interact with and what kind of content they see. Reporting functions help keep themselves and the community safe. (maknanya anak aku boleh habis baca dahulu sebelum aku tahu. Ye aku boleh tahu dengan tengok history apa dia buka dan baca.)
- Should a 14 year old have Wattpad? Unfortunately, while Wattpad can be a source of entertainment and creativity for kids, it's also full of content which is inappropriate for young readers. Through stories on Wattpad, children could be exposed to: Suggestive and erotic content, including sex stories and mature themes. (terang lagi nyata dia kata ada kandungan yang tak sesuai untuk pembaca muda, itu yang umur 14tahun, anak aku hok sulung, 12tahun pun belum).
- Suatu malam dia tanya macam mana bentuk kondom dan apa fungsi kondom. Aku tanya mana dia tahu hal kondom, ok dekat sini kita kena bagi pendidikan awal seks. Al-kisah aku tanya macam mana dia tahu benda tersebut. Dia kata ada kawan perempuan tanya kawan lelaki, "xxx kau tahu tak kondom itu apa?" budak lelaki tersebut terus kemerahan dan malu. Aku tanya mana kawan dia tahu perkataan itu? dia kata kawan baca kat watpad. Bila balik dari sekolah kakak dengan sepupu dia pun buka google dan search barang itu tapi yang keluar semua yang berkaitan termasuk yang tak sepatutnya. Aku tanya apa perasaan bila dapat gambaran dari google, kakak jawab "geli". Maka ummu kata, apa-apa benda yang kakak dengar dari sekolah dan tak tahu tanya ummu dulu, kalau sesuai ummu suruh cari kat google kalau tak ummu terangkan. Kalau ummu tak mampu abi akan terangkan.
- Pada pendapat aku budak sekolah rendah belum sesuai untuk terlibat dan berimaginasi sesuatu yang berunsur cinta kekasih (aku tak reti nak jelas, faham-faham sendiri lah). Bila balik kakak cerita, kawan kata sweet lah kalau lelaki bawa perempuan pergi dinner dan bagi bunga. Kakak pun rasa sweet je, abi pernah tak buat kat ummu tak macam tu. ahahhahaha...aku cakap, usahkan jambangan bunga, bunga sekuntum pun abi tak pernah bagi sebab awal-awal ummu dah cakap dari bagi bunga baik bagi duit, boleh ummu beli apa ummu nak makan. So tak perlu berangan dari zaman sebelum kawen sampai anak dah nak masuk 6, tak pernah dapat bunga. Maka kami gelak sama. Lepas gelak dia tanya, ummu 'love bite' apa? Kawan kata kalau lelaki sayang perempuan akan tinggal kesan 'love bite'. Ya Allah, macam mana ummu nak terang ni....Nasib dia sambung, kesan sweet-sweet pergi dinner dan dapat bunga itu love bite lah kan...Ummu iyakan aja...insyallah one day ummu cerita yang sebenar..jantung nak luruh dengar soalan awak...
Tak menyempat, dalam kereta terus baca. Ummu snap gambar pun tak sedar. |
Itu sahaja perkongsian kali ini. Kita perlu corak pemikiran dan peribadi anak-anak sedaya upaya kita. Jika berlaku sesuatu diluar kawalan, anggaplah ia ujian untuk kita tempuhi. Jumpa lagi.
Selasa, Februari 06, 2024
Resepi kuah sizzling
Assalamualaikum dan salam semua...kali ini aku nak kongsi resepi kuah sizling versi yamanaimy. Idea asal nak belajar buat kuah sizling adalah bila kami sekeluarga keluar dan aku order hot plate mee sizzling. Apabila sampai je makanan aku, semua anak-anak teruja dan sibuk nak merasa. Bayangkan kalau dah lima mulut tambahan merasa seperti makan terus, yang tinggal untuk mak dia hanya cili kering dan cendawan. Lain semua anak-anak sapu. Mak pun makan makanan anak lah jawabnya..kalau order lain membazir pulak makanan mereka.
Esoknya anak-anak cakap tak puaslah makan mee semalam. Boleh order ke tak? Aku suruh mereka kira kos kalau order untuk 7 hidangan berapa kena bayar. Harga satu hidangan dalam RM10, maka untuk 7 orang kena bayar RM70 untuk sekali makan. Kemudian aku tanya kalau beli bahan dan buat sendiri berapa kos? maka cari lah resepi sebab kakak nak tengok apa bahan yang tak ada kat rumah. Kebetulan semua bahan yang nak buat mee sizzling ada kecuali cendawan dan yee mee. Oleh kerana itu, kos tak sampai RM15. Maka kami decide buat sahaja dirumah.
Bukan tak boleh nak order waktu anak-anak minta tapi aku masih nak mereka belajar bahawa
- Jika kita mampu berjimat, kenapa nak membazir.
- Perkara yang kita tak tahu, kita boleh belajar buat dan buat.
- Bukan semua perkara dalam hidup, minta saja terus dapat, adakala kena usaha lebih untuk dapatkan. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargai.
- Ia adalah bonding time antara kami sekeluarga. Apabila kakak humaira dan hana sibuk membantu ummu kat dapur, abi akan ambil alih main dengan uwais, uzayr n ulya.
- bawang putih (cincang)
- bawang holand (potong dadu)
- halia (cincang)
- isi ayam (potong kecik-kecik)
- cili kering (buang tengah, potong dlm 2 inci dan rendam dalam air panas)
- kicap manis (banyak mana suka)
- sos tiram (dlm 1-2 sudu)
- kicap pekat (dlm 1 sudu)
- lada hitam (tumbuk, kalaua da serbuk pakai serbuk pun ok - dlm 1/2 sudu kecik)
- kiub ayam
- garam (rasa kuah dulu sbb kicap oekat n sos tiram dah masin)
- cendawan shitake*
- lada benggala*
- fish ball*
- fish cake*
- sawi jepun/atau apa2 daun hijau - bayam brazil pun sedap
- telur
- yee mee/kuew teow/nasi/mee suah/apa2 bahan karbohidrat.
- minyak untuk tumis
- tepung gandum 1-2 sudu (bancuh dalam air)
- Tumis bawang putih dgn halia sampai naik bau, masukkan lada kering, tumis sampai cili nampak mcm garing sikit, masuk bawang holang, tumis lagi sampai bawang holand layu.
- Kemudian masuk ayam, dan bahan bertanda*. masak sampai mcm sikit garing. pastu masuk kicap pekat, kicap cair, sos tiram, biar pecah minyak sikit baru masuk air dan kiub. tunggu kuah gelegak baru masuk air tepung. agak-agak saje. time ni jika kuah tak pekat sangat tak apa.
- perasakan garan gula dan lain2... biar masak atas dapur dlm 5-10 minit boleh tutup api.
- Seterusnya ambil kuali bersih lain, kalau boleh kecik je.. panaskan kuali, senduk kuah tadi dulu (isi dia biar dulu), letak yee mee, curah kuah sikit atas yee mee, pecahkan telur kat tepi, letak sawi sebelah telur, tutup kuali jab bg telur half cook. dlm 1-2 minit je. dah siap masuk mangkuk. pastu masukkan isi dalm kuah kat dlm mangkuk tadi.
Nenek perut nasi, maka kita buat nasi sizzling lah. |
Isnin, Februari 05, 2024
Shiena Sign in to CCAM 2023!
Assalamualaikum dan salam semua. Ini kisah 6 bulan lepas apabila kakak ipar kita minta buatkan video dia untuk masuk award CCAM2023. Mula-mula dengar dia cakap itu, aku memang blur giler sebab tak tahu apa kebenda CCAM. Maka bila nak buat video untuk pertandingan, kena lah tahu juga apa dia CCAM. So kita google lah sikit-sikit.... dan tahu lah yang ia adalah organisasi yang bagi penghargaan untuk mereka yang bekerja berkaitan service pusat panggilan. Lama sangat tak mengarang aku rasa kekok lah nak menaip.
Berikut adalah video yang aku buat dalam keadaan serba kekurangan. Walaupun dah lama jugak, tapi tetap nak letak sini. Inikan pengalaman dan pengetahuan baru.
Rabu, Januari 03, 2024
Selamat Tahun Baru 2024
Assalamualaikum dan salam semuanya...lama sangat tak menaip kat blog ni. Domain blog pun aku tak renew..maka ia kembali kepada blogspot.com. Banyak sangat kisah terjadi sepanjang 2023. Semua kisah sama ada suka atau duka ada pengajarannya. Apa pun aku ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua....