Isnin, Februari 05, 2024

Shiena Sign in to CCAM 2023!

 Assalamualaikum dan salam semua. Ini kisah 6 bulan lepas apabila kakak ipar kita minta buatkan video dia untuk masuk award CCAM2023. Mula-mula dengar dia cakap itu, aku memang blur giler sebab tak tahu apa kebenda CCAM. Maka bila nak buat video untuk pertandingan, kena lah tahu juga apa dia CCAM. So kita google lah sikit-sikit.... dan tahu lah yang ia adalah organisasi yang bagi penghargaan untuk mereka yang bekerja berkaitan service pusat panggilan. Lama sangat tak mengarang aku rasa kekok lah nak menaip. 


Berikut adalah video yang aku buat dalam keadaan serba kekurangan. Walaupun dah lama jugak, tapi tetap nak letak sini. Inikan pengalaman dan pengetahuan baru.



Rabu, Januari 03, 2024

Selamat Tahun Baru 2024

 Assalamualaikum dan salam semuanya...lama sangat tak menaip kat blog ni. Domain blog pun aku tak renew..maka ia kembali kepada blogspot.com. Banyak sangat kisah terjadi sepanjang 2023. Semua kisah sama ada suka atau duka ada pengajarannya. Apa pun aku ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua....



Jumaat, Jun 02, 2023

Bila suami buka pintu kereta untuk isteri.....

Assalamualaikum dan salam semua. Siapa yang bergelar isteri? angkat tangan, pernah tak suami korang buka pintu kereta untuk korang. 

Hari ini aku jumpa satu ungkapan dari seorang insan. Dia kata, 

"seorang lelaki buka pintu untuk seorang wanita sama ada itu adalah kereta baru atau mungkin isteri baru. "

Salah sangat kenyataan ini pada aku...ke korang rasa betul.  Aku pergi hospital, nampak selalu je seorang anak dan suami buka pintu untuk ibu dan isteri. 

Rabu, Mei 31, 2023

Macam mana urus anak-anak ketika di luar?


 Hai, asslamualaikum semua. Lama betul tak bersiarankan. Semejak bermula sesi persekolahan 2023, aku terlalu sibuk uruskan anak-anak dan rumah. Alhamdulillah, tahun ini empat daripada lima anak dah bersekolah. Rutin aku bangun jam 5pagi, siapkan sarapan dan bekal, pukul 6 kejut anak-anak dan siapkan diri. Jam 7pagi setelah yang sekolah rendah pergi, baru kejutkan Uzayr untuk ke tadikan permata islam MAIWP. Adakala bawa ulya bersama jalan kaki hantar abang uzayr. Jika aku berseorangan aku akan singgah pasar untuk beli lauk pauk andai kata dah kering atau ada permintaan dari mak. Balik rumah, buat itu ini....jam 1ptg, aku akan berjalan kesekolah untuk mengambil uwais dan wawan. Jam 1.45petang aku akan tunggu kakak humaira, kakak sumayyah dan kakak hana di depan jalan, sekadar nak memastikan mereka selamat melintas jalan besar yang kereta tak pernah surut. Jam 2.15petang aku akan menjadi pemandu anak-anak ke sekolah agama pula, selalu uzayr dan ulya akan ikut sebab mereka suka naik kereta. Balik rumah kita buat apa patut., tunggu jam 5petang akan bergerak jalan kaki ke sekolah agama untuk ambil anak-anak. Selalu waktu ini ulya dan uzayr masih tidur petang. Aku akan minta tolong nenek mereka tengok-tengokkan. Malam aku dan Mr.Y akan jadi guru pembantu yang membantu anak-anak siapkan kerja sekolah. Kiranya jadual harian sangat penuh, waktu untuk berblog dan berniaga atas talian amat terhad apabila Ulya jenis mak bangun dia bangun. Bila dah macam itu, aku dalam dilema nak renew domain blog atau tidak..... nanti lah kita fikirkan. 

Berbalik kepada persoalan di atas... menjadi kebiasaan pada keluarga kami untuk bawa anak-anak buat morning walk setiap hujung minggu. Aktiviti ini kami mula buat selepas Uwais masuk wad akibat asma. Oleh kerana paru-paru uwais sempit, doktor cadangkan dia selalu pergi berenang tapi anda faham-faham sahajalah persediaan agak leceh pada aku dan kalau kita hire jurulatih renang, kos menjadi persoalan utama. Kami tanya ada cadangan lain yang lebih murah tak doktor, doktor kata banyakkan berjalan pun ok. Setiap kali kami  berjalan hujung minggu dengan anak-anak akan ada yang tanya, tak ada yang buat perangai ke? semua bagi kerjasama ke? Ye lah dah jauh berjalankan... JAWAPANNYA.......TIDAK SENTIASA LANCAR TAPI MASIH TERURUS.

Konsep yang kami suami isteri guna, bagitahu anak-anak malam sebelum tidur nak buat aktivit berjalan esok pagi, maka selepas solat subuh mereka kena bersiap termasuk sarapan pagi. Walaupun kadang kala tak tahu kemana hala tuju kaki akan melangkah, setidak mereka dah ada persediaan mental. Apabila bagitahu nak buat aktiviti berjalan kaki, kami akan remaind tentang kelakuan dan keselamtan termasuk permintaan. Permintaan yang selalu anak-anak buat apabila berjalan adalah nak makan kedai...dan apa yang aku cakap "kita jalan dahulu, kalau tak sempat nak balik makan rumah baru makan kedai tapi kalau sempat, kita akan makan kat rumah." selalu mereka faham bab ini walaupun adalah yang minta nak air kotak tengah-tengah jalan. adakal kami belikan, adakala kami suruh mereka minum air kosong yang dibawa sahaja. Apabila mereka buat perangai lebih-lebih kami akan ingatkan balik apa yang diberitahu sebelumnya, jika meragam tak nak jalan...kawasan selamat..kami akan buat jalan macam biasa, mereka nampak kami tak ambil pusing ragam mereka, mereka akan berlari datang dekat juga. Kalau kawasan tidak selamat untuk buat tak layan ragam mereka, Mr.Y akan pakai kuasa garang bapa, tak perlu buat apa pun, sekadar besarkan sedikit mata dia yang sepet itu pun anak-anak dah gerun. So senang, semua akan behave. 

Kesimpulan macam mana urus anak diluar adalah set minda mereka, tegas tapi fleksibel.

Khamis, Mac 02, 2023

Kesilapan dalam solat yang sering terjadi


 Assalamualaikum. Rukun solat ada 13 dan terbahagi kepada 3bahagian iaitu qauli, fi'li dan qalbi. Macam biasa kena laksanakan semua rukun baru sah solat. Apa yang sering terjadi, kita ingat dah sempurna rukun qauli dengan bacaan yang betul tapi tak. telinga sendiri pun tak dengar apa kita baca. 

Semoga perkongsian bermanfaat....