Salah satu cara mengurangkan pergerakkan dalam melawan pandemik covid-19 adalah kita beli barang dapur terutama barang basah seperti daging ayam, itik, lebu, kerbau dan ikan secara atas talian. Semalam ada yang tanya macam mana kami beli barang basah online?Cara mudah saja, kami guna aplikasi yang menyediakan perkhidmatan pembelian barang dapur. Antara aplikasi tersebut adalah TESCO ONLINE, HAPPY FRESH, PANDA MART, GRAB MART dan lain-lain.
Ahad, Mei 30, 2021
Beli Barang Dapur Basah di GRAB MART
Khamis, Mei 27, 2021
Hadiah buat ayah...(Benda pertama beli menggunakan wang bonus Wahed Invest)
Assalamualaikum dan salam semua.
Berstatus sebagai surirumah bukan halangan untuk aku menghadiahkan sesuatu kepada hero kesayangan aku, siapa lagi kalau bukan ayah sendiri. Aku ingat lagi masa awal-awal aku pegang status surirumah sepenuh masa kira-kira 2 tahun lepas, aku selalu ditanya "awak ada duit ke nak tontong duit hadiah ni?" Kadang-kadang mereka akan kata macam ni, "awak tak payah kuar duit, letak nama je dekat hadiah ni, kitaorg cover bahagian awak" Ayat-ayat dan soalan macam ni sebenarnya buat kita rasa kita useless dan tak mampu. Tapi aku selalu jawab ada duit,masala mereka akan tanya mana dapat duit...guna duit Mr.Y ke? Aku kata, "tak lah, guna duit hasil titik peluh sendirilah." (Maaf, bunyi macam berlagak tapi kena jelaskan walaupun status surirumah, aku masih ada pendapatan sendiri)
Bulan april hari itu hari lahir ayah...tahun lepas aku hadiahkan ayah mini photobook. Tahun ni aku belum hadiahkan apa-apa lagi. Nak bagi photobook tak banyak gambar ambik last year...ye lah COVID-19.
Nak dijadikan kisah, beberapa hari lepas aku buka shopee dengan tiada niat apa-apa. Bila buka tak ada arah tujuan maka kita melilaulah tengok apa yang best. Tetiba nampak shocking sale air fryer. Kalau bagi hadiah air fryer dekat ayah pun ok nie (nampak tak, kita tak ada tujuan untuk berbelanja kalau ada tawaran menarik, tetiba ada tujuan untuk berbelanja). Aku pun whatsapp adik bagitahu ada shockingsale air fryer dekat shopee (memang jenis suka bincang dengan adik nak bagi hadiah apa). Adik aku terus call tanya "ayah ada bagitahu awak juga ke dia nak airfryer?" Bayangkan perasaan aku macam mana, niat nak bagi dekat ayah benda tu, sekali adik cakap ayah memang nak (ayah dah suruh adik beli sebenarnya, mujur adik belum beli). Kebetulan tengah berborak dengan adik, Mr.Y ada sama. Usai bercakap Mr.Y tak setuju dengan brand Airfryer yang tengah buat sale tu. Mr.Y kata cari yang ada brand sikit. Cari punya cari jumpa yang ada brand yang aku berkenan tapi lebih sikit harga dari yang promo tadi. Beli ke tak? Tetap beli.
Apabila selesai cari dan jumpa masuk chart...Mr.Y tanya, "awak nak guna duit mana beli hadiah air fryer ni?" Terus aku jawab, referral bonus Wahed Invest.
Sebenarnya aku tak pernah keluarkan wang bonus hasil referral code wahed invest. Keinginan nak keluar dah wujud beberapa kali tapi selalu terbantut sebab setiap kali aku nak keluar persoalan "Kenapa aku nak keluarkan? apa aku nak beli?" sering berlegar dalam kepala aku. Akhirnya kali ini aku jumpa tujuan aku nak keluarkan wang bonus wahed invest.
Apa aku nak cakap dekat sini adalah, kita sebagai surirumah akan bebas berbelanja demi insan yang kita sayang jika kita ada pendapatan sendiri. Kita tak akan rasa bersalah atau teragak-agak untuk minta atau guna wang suami. Pada aku bukan tanggungjawab si suami memenuhi keinginan siisteri. Tanggungjawab suami adalah memenuhi keperluan isteri dan anak-anak, jika ada keinginan isteri yang dipenuhi anggaplah sebagai bonus. Memberi hadiah adalah keinginan bukan keperluan ye, maksudnya tak wajib pun. Tapi jika kita dapat beri hadiah sebagai tanda kasih sayang itu adalah lebih baik, terutama kalau guna duit titik peluh sendiri.
Ini lah yg dihadiahkan |
Melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu, kerana telah disahkan Patuh Syariah, dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Selasa, Mei 25, 2021
Bonus Referral RM40 Wahed Invest Kembali....masa untuk kembali beraksi..
Assalamualaikum dan salam semua. Jumaat lepas bawa baby Ulya check up 2 bulan dekat klinik. Sambil tunggu nombor naik kita check e-mail yang dapat. Dapat email kat atas...wow teruja sangat rasa. Ye lah bonus referral ini wahed bagi masa awal-awal dulu. Aku sempat beberapa referal je yang dapat bonus RM40.
Maka aku berangan dengan cuba membayangkan satu referal dapat RM40, kalau dapat 10 orang saja dah RM400. Berangan tak lama sebab nombor baby ulya naik.
Malam tanya Mr.Y sama ada dia tahu tak tentang tawaran yang dibuat oleh Wahed, dia kata tahu tapi tak detail...aku pun share lah email dekat dia. Point utama wahed nak bagi duit raya tapi limited kepada 10000 orang referral terawal sahaja.
Kata Mr.Y, awak dah lama tak share info pasal wahed, ini lah masanya. ada rezeki alhamdulillah.
Maka kat sini aku nak shere..
Kalau kita makan kedai laksa sedap mesti kita bagitau rakan rakan kedai mana yang sedap.
Sabtu, Mei 22, 2021
Bila anak bertanyakan tentang isu Palestin?
Assalamualaikum dan salam semua. Sekarang isu hangat umat islam bahkan seluruh dunia adalah isu Palestin dan Israel. Isu ini bangkit kemuncak pada 10malam terakhir Ramadan. Sejak itu berita tak putus keluar tentang isu tersebut dan tabung bantuan juga diwujudkan bagi menghulur bantuan buat rakyat Palestin.
Kisahnya bila aku dan Mr.Y berbual dan berbincang untuk hulur derma kepada Tabung Bantuan Palestine didengari kakak Humaira. Maka dia pun nak menderma sama menggunakan wang dia yang abi masukkan dalam akaun bank. Semoga sifat dermawan kakak kekal sehingga bila-bila. Bab derma habis disitu, yang berpanjangan adalah kenapa palestin kena serang? kenapa kita nak bantu mereka? Siapa palestin? Di mana palestin? Maka jenuh ummu abi nak menjawab, sudahnya aku kata nanti kakak cari maklumat tersebut dekat youtube atau internet ye. Tapi perasaan seorang mak, macam tak patut pulak suruh dia cari sendiri. Nanti kalau keluar info dari pro-israel macam mana..dah salah info anak aku dapat... maka cerita dekat cucah dia, cucah cadang beli buku. Alhamdulillah buku dah jumpa dan dah masuk list, Mr.Y pun suruh baca buku. Itu lebih selamat sebab kita yang pilih dan tentukan.
Hari ini anak-anak tidur lagi aku buat blog walking dan terjumpa satu FB post yang bagus untuk menjawab persoalan kakak, FB post ini di share dalam blog Bicara Mummy. Berikut aku sharekan post tersebut...